sebab bercanggah dengan NAS QURAN,HADIS SAHIH DAN USUL FIQH.
10 hujah tolak Gerakan Harapan Baru
NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK | 23 Julai 2015.
BAGI seorang Islam, sumber perundangan dan tindakannya mesti berlandaskan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan Qias serta sumber lain untuk menerima atau menolak sesuatu, apatah lagi kalau ia melibatkan isu ummah.
NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK | 23 Julai 2015.
BAGI seorang Islam, sumber perundangan dan tindakannya mesti berlandaskan al-Quran, as-Sunnah, ijmak dan Qias serta sumber lain untuk menerima atau menolak sesuatu, apatah lagi kalau ia melibatkan isu ummah.
Saya kemukakan 10 hujah untuk menolak Gerakan Harapan Baru:
1. Kewujudannnya ke arah merealisasikan tertubuhnya satu lagi parti Islam di Malaysia bercanggah dengan tuntutan alQuran yang menyebut: “Hendaklah kamu berpegang dengan tali Allah dan jangan berpecah-belah”. Penubuhan parti Islam baru mengundang perpecahan undi umat Islam. Ayat al-Quran lain juga banyak memperihalkan perkara ini.
2. Ia bercanggah dengan banyak hadith Nabi yang menyebut tentang kepimpinan umat Islam yang mesti disatukan.
3. Ia bercanggah dengan kaedah Usul fiqh 'Tiada kemudaratan dan tiada memberi mudarat' Kewujudannya sedikit sebanyak boleh memudaratkan kesatuan umat dengan satu suara.
4. Ia bercanggah dengan Sirah Nabi yang mengumpulkan umat Islam di bawah kepimpinan Nabi SAW seorang sahaja.
5. Ia bercanggah dengan Perlembagaan PAS sedangkan ahli GHB mengakui mereka masih ahli PAS sehingga parti baharu ditubuhkan. [Rujuk Fasal 13 (3) (a) ]
6. Ia bercanggah dengan kenyataan pengerusi GHB, Muhammad bin Sabu yang pernah melarang ahli PAS menubuhkan parti baharu jika tidak setuju dengan kepimpinan PAS. Rujuk ucapan mereka yang lepas. (http://www.astroawani.com/…/biarpun-berbeza-pendapat-tetapi… )
7. Ia bercanggah dengan baiah yg telah mereka lafazkan ketika menjadi calon PRU.
8. Sekiranya mereka berkata perjuangan GHB menyambung hasrat perjuangan Tok Guru Nik Aziz dan Ust Fadhil Nor, maka ia suatu pembohongan terhadap mereka yg sudah meninggal dunia. Tok Guru Abdul Hadi ialah org paling dekat dengan kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang meninggal ketika memimpin PAS.
9. Sekiranya mereka menganggap baiah, taat, wala, thiqah adalah istilah yang mengarut, maka ternyata sia-sialah tarbiah, usrah dan ilmu yg mereka dapati sebelum ini.
10. PAS Pusat sebenarnya sudah bertolak-ansur dengan GHB. Jawatan pernah ditawar walaupun kalah tetapi ditolak. Tindakan belum diambil walaupun GHB sangat galak membuat provokasi.
Selepas percanggahan dengan nas Quran, Hadis, kaedah fiqh dan ucapan pemimpin GHB sendiri, masih adakah lagi kebaikannya? - HARAKAHDAILY 23/7/2015
Penulis ialah TYDP PAS Kemaman merangkap Ketua Lajnah Media Baharu, Dewan Ulama PAS Terengganu-share
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej