Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, August 2, 2015

MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA 17 PASANGAN


MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA 17 PASANGAN
Alhamdulillah. Antara pengisian Kuliah Subuh Ustaz Kamal Ashaari pagi tadi di Kota Samarahan ialah tentang Islam itu mudah jika kita fahaminya sebagaimana ia sepatutnya difahami.
Antara sunnah yang semakin disusahkan dewasa ini ialah mempermudahkan urusan perkahwinan. Nabi SAW menyuruh untuk mengadakan walimatul urs (majlis perkahwinan) dengan kadar kemampuan, seperti sabdanya:
"Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Malangnya yang berlaku dan menjadi antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal termasuklah dalam hal perkahwinan.
Perkara yang diusahakan oleh ADUN ini iaitu perkahwinan beramai-ramai mungkin adalah salah satu solusi yang wajar dikembangkan dalam masyarakat kita.
Setiap pasangan hanya dikenakan bayaran sebanyak RM1,500 sahaja, manakala yang lain ditanggung oleh pihak ADUN.
Syabas YB PAS Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang Ustaz Rosli Jabar yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang atas inisiatif dan qudwah yang baik.
WALIMATUL URUS PERDANA 2.0 - YouTube - https://m.youtube.com/watch?v=isBwMwD19g8
Like   Comment   

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej