Sy sendiri bencikan kepimpinan najib. Pandangan peribadi sy, najib ialah pemimpin paling tak cerdik bekerja dan tak ada sebarang kemampuan langsung melainkan membawa masalah dan menyusahkan rakyat. Jadi, kalau boleh singkir najib, sy memang setuju sangat. Masalahnya, setakat ni pembangkang cuma berkokok saja undur najib undur tapi najib tetap tak undur-undur.
Suruh rakyat turun demo, merusuh, lepas tu rakyat jadi mangsa kena sembur tear gas, kena tangkap, kena pukul. Pemimpin-pemimpin pembangkang tetap dengan gaji mp berpuluh ribu, tetap dengan jawatan-jawatan penting yang banyak habuan, tetap sedap hidup selesa juga.
Pemimpin BN lagi la tak payah nak cerita. Kiri kanan, yang jadi mangsa tetap rakyat juga. Esok-lusa, habis-habis pemimpin pembangkang cuma jadikan pengorbanan rakyat berdemo sebagai modal politik hentam umno, cakap umno zalim.
Demi nak guna modal ni, mereka tak pernah kisah tolak rakyat ke depan biar umno belasah, tangkap, zalimi. Umno pula guna demo rakyat buat modal pembangkang ajar rakyat huru-harakan negara. Mereka memang tak peduli nak guna kekerasan untuk sekat rakyat. Pi mai pi mai tang tu. Dua-dua puak cuma peralatkan rakyat untuk kepentingan sendiri.
Setakat terjerit-jerit suruh najib letak jawatan, ingat najib nak layan? Mana perancangan teliti, mana idea cerdik tentang langkah kaedah yang efektif untuk memungkinkan najib tersingkir, mana agenda tersusun yang logik dan boleh dilaksanakan?
Hakikatnya, tak adapun. Bela rakyatlah sangat
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10204788446651629&set=a.1588355909433.2075169.1251877796&type=1
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej