Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, April 8, 2018

Berderet masuk whatsapp tanya hal 3 orang pimpinan PAS Terengganu yang dikatakan terima duit Umno


Berderet masuk whatsapp tanya hal 3 orang pimpinan PAS Terengganu yang dikatakan terima duit Umno.
Kerana ambe kenal rapat dengan ketiga-tiga mereka, maka ambe tak mboh tanya tuan diri yang dituduh. Sebab apa tak mboh tanya? Sebab dalam bab ni ambe cerdik dan ambe kenal siapa mereka bertiga. Dengan istilah lain, ambe ni jenis orang reti kelih butir mata orang!
Umno bagi duit kepada pimpinan PAS Terengganu nak buat apa? Untuk lawan PH? Hey!! Demo sedar atau tidak PH tak wujud di alam nyata di Terengganu? Maaf laa... kasar sikit jawab. Baik PKR, PAN, Bersatu dan DAP tak ada satu pun cawangan yang hidup dan aktif di Terengganu. Nak lawan kamu buat apa?
PPBM memang diakui oleh Mahathir tak ada cawangan. PAN tak usah nak jadi kereta kancil ekzos besar. PKR tolong senaraikan nama cawangan yang hidup dan aktif di Terengganu.
Dalam PRU 14, yang PAS Terengganu sedang hadap ialah Umno. Umno pula habis segala strategi diatur untuk nak lawan PAS termasuklah persempadanan baru kawasan pilihanraya.
Tiba-tiba ada pemimpin Umno bagi duit kepada pimpinan PAS. Budak sekolah rendah pun boleh faham, ia bermaksud pemimpin Umno bagi duit kepada pimpinan PAS untuk lawan Umno. Kalau tak faham jugok, tolong hantuk kepala ke dinding 3 kali. Kot ada wire shock yang boleh pulih balik.
Dr Azman Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej