Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, May 4, 2015

Antara sebab mengapa PAS kekal di Kelantan ialah kerana


Antara sebab mengapa PAS kekal di Kelantan ialah kerana pemimpin yang dipilih sudah biasa dengan rakyat walaupun semasa mereka bukan wakil rakyat. Ceramah mereka sepanjang bulan dan sepanjang tahun. Bukannya sekadar datang tunjuk dalam news sedang mesin rumput di kawasan mengundi, melawat orang-orang tua yang tidak pernah dihirau pun sebelum itu. Pemimpin Kelantan datang dari orang yang rapat dengan rakyat bukan bangsawan yang tak dengar suara rakyat - SN

Agak lucu bila sebahagian Si Lagak Alim dengan gambar profil berkepiah dengan nama yang diarabkan lagi nama yang sedia arab kemudian menegur untuk jangan buka aib orang apabila kena giliran Wan Azizah dan anaknya yang kena kritik. Bila dilawat profil fb mereka, banyak sangat mengutuk dengan kata-kata kesat kepada Ahmad Maslan, Sabery Cheek, Rosmah Mansor, PM dan barisan-barisan kepimpinan negara. Jadi keliru, jika menunjukkan kebatilan Pakatan Rakyat mereka panggil itu MEMBUKA AIB, jika mengutuk memaki hamun pemimpin BN, mereka panggil itu apa?
Enak jadi tidak partisan untuk mudah kita berdiri pada yang benar itu benar, yang batil itu batil. Penat kita berperang di maya ini, dan mereka berbahas macam nak bertumbuk dalam parlimen tetapi keluar sahaja dari dewan sidang di lounge MP mereka mengagihkan projek antara yang menghentam dan yang kena hentam. Mereka kawan.
Pengikut partai politik sahaja yang berlebih-lebihan sehingga pemimpin mereka maksum ketum semuanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej