Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, May 22, 2015

Hukuman Mati - Komentar Syeikh Yusof Qaradawi SYQ (1)

Hukuman Mati - Komentar Syeikh Yusof Qaradawi SYQ (1)
Saya dihubungi beberapa wakil media semalam dan hari ini, berikutan keputusan (yang melucukan) oleh (Mahkamah) Jenayah Kaherah yang kini menjadi medan membicarakan para ulama, pemimpin dan politikus. Bukan lagi medan membicara jenayah bunuh dan pesalah-pesalah lain.
Saya tidak pernah ambil berat sangat tuduhan palsu ini. Malah, para tertuduh yang kini ditahan secara zalim dan paksa di dalam penjara pun tidak mengendahkan sangat. Kalau mereka dipaksa datang sebelum penggulingan tentera pun mereka tidak perlu hadir. Semua orang tahu, baik di Mesir mahu pun dunia bahawa undang-undang di Mesir tidak ada yang pernah dihormati di bawah kuasa penggulingan.
Lebih teruk, undang-undang diperalat untuk menghapuskan penentang mereka. Penentang yang menyeru ke arah kehidupan, kebebasan, kemuliaan insani dan keadilan sosial.
Hukuman Mati - Komentar SYQ (2)
Sangat ironi apabila undang-undang yang sama ini tidak pula mampu mensabitkan Hosni Mubarak dengan sebarang jenayah yang boleh dibicarakan, selain kegagalannya melaksanakan tugas Presiden.
Mubarak yang memerintah genap 30 tahun lebih teruk melakukan kerosakan. Merompak sesuka hati hak rakyat. Memalsukan semahunya apa yang boleh dipalsukan. Malah mengakhiri era pemerintahannya dengan pembunuhan pemuda-pemuda revolusi di dataran-dataran Mesir.
Undang-undang yang ada ini tidak pula mengutuknya, tidak juga anaknya. Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanannya masih juga bebas.
Tidak ada walau seorang penguatkuasa keamanan pun yang mengutuk pembantaian kejam terhadap orang awam yang berdemonstrasi. Sebaliknya, Presiden Pertama yang dilantik secara sah mengikut lunas demokrasi dan pilihanraya bersih dihukum bunuh!..
Hukuman Mati - Komentar SYQ (3)
Mereka menghukum revolusi menerusi jasad Morsi dan ahli-ahli IM. Seandainya mereka boleh hukum mati semua yang terlibat dalam Revolusi Januari, pasti mereka lakukan juga.
Revolusi inilah yang telah menjadi petanda tanah kubur mereka, menggoncang kerusi empuk mereka, menggetar kerakusan mereka. Hampir saja periuk nasi yang mereka peroleh secara memonopoli rakyat, terjejas.
Mereka dan anak-anak mereka, malah semua pengikut mereka adalah perosak dan korup...
Allah tidak menerima mereka. Lebih dari itu, Allah zahirkan penipuan mereka dan memantulkan semula kejahatan itu kepada diri mereka sendiri. Semua ini supaya perbuatan itu diketahui setiap yang punya akal, dilihat oleh yang punya mata dan didengari oleh yang punya telinga!.
Hukuman Mati - Komentar SYQ (4)
Sesungguhnya warga Mesir semua sudah nampak, siapa yang membuka penjara dan siapa yang lari dari kamar-kamar tahanan itu.
Mereka sudah tahu siapa yang bunuh Mejar Jeneral Mohamed Batran kerana enggan mematuhi arahan membuka penjara.
Saya pun sudah menonton, malah warga Mesir di dalam dan di luar negara turut menyaksikan paparan-paparan video berkenaan, menerusi pelbagai rangkaian laman sesawang.
Kesemuanya membuktikan polis sendiri dalang di sebalik pembukaan itu. Pintu penjara dibiar terbuka seluasnya, bagi memberi peluang tahanan dan banduan berbahaya melarikan diri.
Supaya mereka boleh melakukan kemusnahan dan memporak-perandakan negara.
Terjemahan Ustazah Dja ShaDeeja

https://www.facebook.com/riduan.hassan.9/posts/824639577621882

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej