Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, May 4, 2015

PERKARA KECIL YANG MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP ISLAM

PERKARA KECIL YANG MEMBERI IMPAK BESAR TERHADAP ISLAM
(Sila baca artikel sebelum komen merapu-rapu. Tidak perlu komen tentang gambar hiasan yang MEMANG DI EDIT oleh pembaca lain kerana kami tidak komen tentang apa yang di edit. Kapsyen politik pada gambar itu juga kami padam. Lihat juga videonya dan nilai sendiri isi nasihat selepas membaca)
Islam sarat dengan peraturan-peraturan khusus tentang batas-batas kehidupan. Itulah "rule & regulation, baundary & limitation". HAD-HAD atau batas kehidupan yang perlu dipatuhi itulah yang menjadi asas HUDUD yang sebenarnya bermula dari dalam keluarga kita.
Dalam menjawab pertanyaan pembaca dalam soal ini, kami tegaskan sekali lagi bahawa kami tidak partisan. Kerana itu tidak berminat untuk campur tangan dengan gejolak politik negara yang flip flop ini. Bagi kami sama sahaja situasinya walau di pihak mana. Dengan pendirian itu kami anggap kesemua yang sedang berpecah-belah dalam permainan politik ini adalah saudara kami belaka.
Bagi yang tidak kenal Kak Zizah (DSWA) dan DSAI sejak sebelum perkahwinan mereka lagi mungkin tidak begitu merasai apa yang kami rasa. Beliau sebenarnya sangat komited dalam agama sebelum berkahwin dengan DSAI.
Perubahan peribadi yang berlaku terhadap DSWA sekarang ini adalah gara-gara pengaruh politik suaminya DSAI. Dahulu beliau malu-malu sambil bertudung lingkup yang labuh. Kini beliau sudah pandai bersuara dan ke sana ke mari dengan 'kipasnya' sambil bertudung tigasegi kecil yang 'diikat' bucunya.
Islam menetapkan bahawa LELAKI adalah pemimpin kepada wanita (QS:4/34). Tempat wanita itu di rumah menjaga suami dan rumahtangga. Apabila keluar sahaja seorang muslimah itu dari rumah, maka ia bakal menimbulkan terlalu banyak fitnah dari pelbagai sudut.
Apa yang kita lihat pada keluarga DSAI ini merupakan satu yang menyedihkan bagi orang yang prihatin terhadap saudaranya.
Hari ini DSWA, seorang muslimah yang sudah jadi nenek terpaksa ke hulu ke hilir berceramah dan berkempen. Kasihan melihat beliau kerana terpaksa bercampur gaul dan berasak-asak dengan pelbagai lelaki untuk mencapai matlamat politiknya.
Kami buang kapsyen gambar hiasan YANG DI EDIT dari kiriman pembaca itu kerana kami tidak berminat dengan ungkapannya. Namun, setelah kami lihat sendiri videonya, kami nampak ada yang perlu dinasihati pada kelakuannya. Pelbagai aksi badan seperti menari, main bola, main buaian dan sebagainya beliau lakukan di khalayak ramai untuk 'menyukakan hati' mereka.
YB Nurul Izzah juga terpaksa keluar rumah sepanjang masa untuk berkecimpung dalam politik. Akhirnya rumahtangga beliau juga retak dan hancur. Perlu juga kita ambil hikmah dari situ.
Gambar hiasan YB Nurul Izzah yang melakukan aksi ini bersama penganut Hindu lain juga ada mesej yang untuk kita renung. Inilah kesan berpolitik yang matlamatnya banyak menghalalkan cara. Banyak perkara yang sama juga dilakukan pihak lain lalu kita tidak habis-habis 'mengata'. Pada masa yang sama kita sendiri melakukannya.
Tidaklah kami menyetujui yang beliau sampai jatuh MURTAD seperti yang didakwa lalu harus bertaubat dan bersyahadah semula hanya kerana aksi dalam gambar itu. Dalam hal ini, kami hanya lihat ada keperluan Nurul Izzah terhadap anak dan rumah tangganya.
Sebagai muslimah, siang malam keluar rumah untuk berkempen dan berasak-asak dicelah-celah pelbagai lelaki bukan muhrim begitu sahaja sudah dilihat berat dalam Islam.
KESIMPULAN
Jika kita sayangkan kedua-dua mereka sebagai saudara kita, janganlah kita nafikan kenyataan ini. Bisikkanlah ke telinga mereka kata nasihat tentang batas-batas yang telah dan bakal dilanggar.
Mereka adalah public figure yang menjadi idola sebahagian dari kita dan anak cucu kita. Jika tidak dijelaskan, maka dikhuatiri anak cucu kita menganggap apa yang sedang mereka zahirkan itu adalah benar di sisi agama.
LELAKI adalah pemimpin wanita dan bukan sebaliknya (QS;4/34). DSAI seharusnya berani dan mampu menghadapi segala cabaran dalam karear politiknya dan tidak ‘mengorbankan’ nisak-nisak dalam keluarganya.
Jika kita tidak mampu menasihati mereka atau ‘takut’ kehilangan 'mileage' dalam karear politik kita, maka tunjukkanlah satu ‘isyarat’ yang jelas kepada mereka bahawa apa yang mereka sedang lakukan itu sudah melanggar batas agama.
Jika itu pun tidak mampu, maka selamatkanlah diri dan anak isteri kita dari melakukan perkara yang sama. Jadikan apa yang kita lihat itu sebagai dalil alam yang Allah sedang tampilkan di hadapan mata kita sebagai pelajaran untuk sama-sama menjauhinya.
Sesungguhnya “ad-deen (agama) itu adalah nasihat”, saling nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran (QS:103). Salam kasih kami buat DSAI, YB DSWA dan YB Nurul Izzah. Semuga nasihat ini diterima dengan hati terbuka.
WARGA PRIHATIN
P/S: YANG SUKA KOMEN WARGA PRIHATIN HANYA NAMPAK SEBELAH PIHAK DAN TIDAK MENEGUR PIHAK LAIN, SILA AMBIL MASA DAN GALI SEMULA ARTIKEL TEGURAN KEPADA PIHAK BN (WAKTU ITU ANDA BERSORAK RIANG).
JIKA TAK MAHU BERUSAHA LEBIH BAIK JANGAN KOMEN, TAMBAHAN DENGAN BAHASA YANG MENCARUT DAN TIDAK BERADAB. KAMI AKAN DELETE DAN BAN ANDA KERANA KAMI TIDAK PERLUKAN PEMBACA SEPERTI ANDA...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej