Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, May 13, 2015

Jawapan Saya Tehadap Beberapa Persoalan Yang Ditimbulkan Semasa Forum Di Kedah Baru2 In


Jawapan Saya Tehadap Beberapa Persoalan Yang Ditimbulkan Semasa Forum Di Kedah Baru2 Ini.
Kunci Emas.
Bagi saya DAP juga perlu menghargai KUNCI EMAS yang diberi oleh PAS kepada mereka.Sebelum adanya PAS,tembok yang begitu besar ada pada masyarakat Malaysia terutamanya Islam Melayu terhadap DAP.Boleh saya katakan hanya dalam anggaran 15-25% sahaja peneriamaan Islam Melayu terhadap DAP.Boleh dilihat semula prestasi DAP sebelum adanya gagasan PR atau berkerjasama dengan PAS yang pada saya hanya beberapa kerusi sahaja yang dimenangi DAP umpamanya Jelutong & Kota Melaka.Maka apabila wujud kerjasama dengan PAS didalam PR maka sedikit demi sedikit hilanglah stigma ketakutan Islam Melayu terhadap DAP dengan pelbagai ungkapan seperti Chauvinist,Komunis & sebagainya.Diangkat tokoh2 DAP keatas pentas bersama2 PAS,sedikit semi sedikit persepsi itu berubah.Maka janganlah anggap yang hanya PAS mendapat KUNCI EMAS atau faedah daripada DAP yang pada saya seolah2 individu tersbut hanya membutakan mata serta memekakkan telinga akan hakikat sebenarnya.
PAS Masuk Pilihanraya Tetapi Tidak Mahu Menang.
Semenjak PAS ditubuhkan sebagai Parti Politik secara rasminya pada 31 Mei 1955,telah menjadi dasar perjuangan PAS iaitu untuk menegakkan Syariat Islam di bumi Tanah Melayu @ Malaysia.Sebagai sebuah parti politik maka dijadikan pilihanraya sebagai platform untuk menjadi pemerintah dengan keazaman untuk memenangi kerusi yang ditanding samada diperingkat DUN atau Parlimen.Maka dengan membawa nama dan dasar Islam sebagai perjuangan lalu wajar serta wajiblah PAS berpolitik dengan adab serta kaedah2 yang menurut kehendak Islam.Disinilah yang dikatakan PAS berbeza dengan parti2 politik lain yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan serta syarat sebagai dasar.
PAS membudayakan politik dengan cara & ciri2 Islam.Biar sekotor mana politik yang ada di bumI Malaysia,PAS tetap dengan cara PAS.Maka apabila wujud segelintir manusia yang ingin membawa PAS keluar dari jalan politik yang PAS sedia ada,maka wajarlah ditegur & diperbetulkan.Maka jika teguran & pembetulan itu disalah erti maka eloklah yang ditegur sedar yang ianya tersalah jalan.Terlalu salah jika berkata PAS tidak mahu menang dalam Pilihanraya,kanak2 seusia muda lebih bijak & mengerti mengapa PAS masuk bertanding didalam Pilihanraya,cuma biarlah jalan untuk memenangi pilihanraya itu mengikut cara Islam sesuai dengan nama PAS sebagai Parti Islam,bukan umpama UMNO yang menghalalkan segala cara asal menang pilihanraya.
Kita Berseorangan,Kita Kalah Teruk.
PAS telah mengalami pelbagai onak dan duri dalam menempuh perjuangannya terutama didalam berkerjasama dengan parti2 lain dalam membentuk gagasan.Daripada UMNO,Semangat 46 hinggalah sekarang bersama PKR & DAP.Alhamdulillah akibat daripada pengalaman lampau berkerjasama dengan pelbagai parti sedikit sebanyak mengajar PAS, biar dengan siapa sekalipun PAS berkerjasama,tujuan asal ditubuhkan PAS tidak pernah dilupa serta dipinggirkan.Maka akibat dari itu maka apabila sudah dilihat seperti terlalu jauh atau seolah2 hendak lari dari landasan asal maka PAS mengambil sikap untuk merujuk semula perjanjian atau persefahaman atas kerjasama tersebut yang mana bagi saya adalah perlu untuk kita menilai semula titik pertemuan dalam sesuatu perhubungan.Harus & wajib bagi PAS untuk menilai samada adakah PAS mendapat manfaat atau kerugian dalam sesuatu perhubungan & yang paling mustahak PAS tidak lari dari dasar serta perjuangan asal.
Maka jika hanya mengambil kira soal kemenangan dalam pilihanraya tanpa perlu mengikut apa yang ditetapkan didalam dasar serta perjuangan PAS,maka PAS tidak ubah seperti lawan sejati PAS sejak dahulu lagi iaitu UMNO.Meletakkan dasar serta perjuangan ketepi semata2 untuk mencapai kemenangan bukan cara PAS seperti mana memisahkan agama dengan politik.Maka jika kita meletakkan dasar serta apa yang diperjuangkan ketepi dahulu semata2 untuk mencapai kemenangan maka kita seumpama atau senada dengan musuh kita,berbaloikah kita dipanggil Pejuang Islam apabila kita menggadai dasar,prinsip serta perjuangan semata2 hendak memenangi pilihanraya lalu ke Putrajaya?Sejak dari mula PAS ditubuhkan dan memasuki piliharaya pertama,PAS ingin menang semua kerusi yang ditandingi,agak tidak masuk akal & logik sesiapa yang berkata PAS tidak mahu menang,mungkin ada sedikit kelonggaran pada saraf tunjuangnya bagi yang membuat andaian sebegitu cuma biarlah disamping menang,segala dasar serta apa yang diperjuangan selama ini dibawa bersama untuk dilaksanakan,itu paling molek.
Umpama Mertun,Apabila Nampak Paku Semua Mahu Diketuk.
Diumpamakan golongan2 agamawan didalam PAS seperti itu yang pada saya adalah amat dangkal dan cetek akalnya bagi sesiapa yang berbicara seperti itu.Dizaman sekarang mertun dipelbagai gunakan untuk pelbagai kegiatan dan kerja,tidak semata2 menhentak paku sahaja.Ada yang digunakan didalam industri kimpalan,pertanian,pembuatan kenderaan bermotor dan paling hebat membunuh lawan.Maka sesuai dengan tema PAS For All maka PAS memasuki era kepelbagaian dalam masyarakat maka saya umpamakan PAS sebagai mertun yang memasuki semua bidang dan lapisan masyarakat,disamping menyebarkan dasar serta perjuangan parti,PAS juga berperanan sebagai badan dakwah menyebarkan fahaman serta kemuliaan Islam.Maka sudah tidak wujud istilah yang hanya mertun mengetuk paku sahaja.Mungkin elok diketuk sedikit perlahan kepada yang mengucap sebegitu supaya sedar dari mengelamun jauh sehingga Putrajaya.
Ulama Muda Didalam PAS menjadikan PAS Ekstream.
Disini hanya sedikit ulasan sudah cukup membuktikan yang tuduhan itu melampau & tidak berasas.Boleh dikatakan hampir semua Ustaz2 muda didalam PAS senada dalam soal dasar serta perjuangan parti, maka dengan itu bermakna apa yang mereka pelajari itu benar,jika direka2 untuk kepentingan politik mereka sudah tentu wujud pelbagai teori serta kaedah dalam berpolitik yang dicelotehkan oleh mereka tetapi apa yang diucapkan oleh mereka senada dalam soal ini.Oleh itu bagi yang berkata sedemikian eloklah di semak semula apa yang anda pelajari atau adakah tersilap faham atau pun tersilap langkah,fikirlah sejenak.
Suka saya imbas kembali permohonan DPPNPP yang menuntut AMKPP memohon maaf atas kebiadapan mereka dengan tuduhan mereka didalam sidang media mereka sempena PRK Permatang Pauh.Bagi saya tindakan DPPNPP betul serta tidak salah,malah asalnya bukan datang dari DPPNPP tetapi AMKPP yang menuduh TG Presiden sebegitu.DPPNPP hanya menuntut permohonan maaf & meminta menarik balik permohonan itu,adakah ianya salah?Terlanjur dari situasi itu DPPNPP melalui Ketua Pemudanya Ustaz Yusni Mat Piah merehatkan jentera pemuda sehingga permohonan maaf dilakukan.Akhirnya atas dasar ukhuwah & berlapang dada,DPPNPP turut turun membantu di PRK Permatang Pauh tetapi adakah AMKPP memohon maaf atas keceluparan dan kebiadapan mereka?Sehingga hari ini tiada satu pun ayat memohon maaf.Adakah ini ustaz muda yang digolongkan sebagai ekstrim atau yang tidak membuat apa2 membela TG Presiden itu lebih ekstrim.
Tepuk Dada Tanya Selera.
Terus Beristiqamah
Gua Realist.
12/05/2015

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej