Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, June 14, 2016

Bersikap terbukalah terhadap perbezaan pendapat yang berlaku di kalangan pimpinan.

Bersikap terbukalah terhadap perbezaan pendapat yang berlaku di kalangan pimpinan.

Semasa nak menentukan bentuk hukuman terhadap tawanan perang Badar; Umar mencadangkan dipancung manakala Abu Bakar mencadangkan agar tawanan membayar denda dan ada juga sahabat mencadangkan dibakar.

Namun, Rasulullah (s.a.w) memilih pendapat Abu Bakar; walaupun nantinya ternyata bahawa pendapat Umarlah yang lebih benar dari wahyu yang turun kemudiannya.

Perbezaan ini, tidak memecah belahkan para sahabat.

Tidak ada sahabat yang melihat bahawa sahabat lain yang berbeza pandangan dengannya menyokong musuh atau sebagainya.

Sikap yang berlaku terhadap segelintir ahli PAS hari ini, mengecewakan.

Bila ada pimpinan (ulama) yang berbeza pandangan dengan pandangan yang mereka pegang, pimpinan itu akan dikecam, malah dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan; padahal, bagaimana pun pandangannya, pandangannya itu lahir dari kesimpulan ilmunya terhadap al-quran, sunnah Nabi (s.a.w) dan lain-lain; yang ternyata lebih tinggi dari apa yang kita miliki.

Jika sikap seperti di atas, diamal oleh sebahagian besar ahli PAS, maka ianya boleh menyebabkan perpecahan di dalam saf perjuangan.

Jagalah adab sebagai ahli kepada perjuangan yang menginginkan Islam tertegak di atas muka bumi ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1066655316733831&id=515021425230559

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej