Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, June 26, 2016

Hentikanlah retorik hangpa yg kononnya merindui kepimpinan almarhum TGNA

Ada terbaca status puak belanga yg kononnya merindui kepimpinan almarhum TGNA....alangkah bebalnya puak2 ini.....

Faktanya
1. Almarhum TGNA sewaktu hayatnya tidak pernah sehari pun memegang jawatan Presiden PAS....dari tangan almarhum Ust Fadzil Noor terus ke tangan TGHH semenjak 2002 hingga hari ini.
2. Jawatan tertinggi almarhum TGNA di dalam PAS adalah sebagai Mursyidul Am....kalau dlm bahasa omputih disebut "spiritual leader". Melalui jawatan itu, almarhum TGNA tidak berfungsi sebagai ketua parti atau bahasa lain seumpamanya....ia adalah jawatan khusus utk fungsi yg khusus....sila rujuk Perlembagaan PAS...
3. Sepanjang hayat almarhum TGNA, dgn jawatan dan pengaruh beliau di dalam parti tidak menjadikan almarhum bertindak membelakangi Presiden, malah almarhum senantiasa menasihati ahli supaya terus memberikan sokongan kpd TGHH selaku Presiden parti.
4. Dalam kes kemelut MB Selangor contohnya, almarhum dipetik berkata "PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan"....tetapi Timb Presiden PAS ketika itu berkata "kenyataan Presiden adalah kenyataan peribadi"... Lalu, siapakah yg membelakangi nasihat almarhum TGNA sebenarnya???
5. Dalam isu Hudud di Kelantan, dr dzulkefly pernah mengatakan Hudud bukan keutamaan....keesokannya almarhum keluarkan kenyataan menempelak kenyataan dr dzul tersebut secara terbuka....siapa yg bertentangan dgn aspirasi almarhum sebenarnya???...
6. Sebelum Muktamar 2013 berlangsung, almarhum mengungkapkan perkataan berikut “Saya berdoa dan minta Haji Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu, kalau boleh, biar dia teruskan jadi Presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentulah saya nak orang ulama jadi timbalan beliau"....ia menunjukkan keyakinan dan sokongan tidak berbelah bahagi kpd TGHH dan pemilihan TITM sebagai Timb. Presiden adalah menepati aspirasi almarhum walaupun hanya dilaksana pada Muktamar 2015...

Hentikanlah retorik hangpa yg kononnya merindui kepimpinan almarhum TGNA....hangpa nk pemuhong org yg baru celik politik atau yg baru kenai dgn PAS boleh laaaaa....dok perguna nama almarhum semata-mata demi kepentingan peribadi hangpa.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej