Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, June 8, 2016

if Amanah does better than PAS we can celebrate with Carlsberg, Tiger and or kau (black dog or Guinnes Stou)

Dalam akhbar The Star hari ini dilaporkan:

"At one ceramah DAP's Ng said if Amanah does better than PAS we can celebrate with Carlsberg, Tiger and or kau (black dog or Guinnes Stou)"

(Disatu ceramah wakil DAP Ng (Adun Sekinchan Ng Suee Lim) berkata jika Amanah (dalam PRK ini) dapat lebih baik dari PAS kita meraikannya dengan Carlsberg, Tiger dan or kau (anjing hitam maksudnya Guinness Stout)

Jelas nampak kebencian DAP terhadap PAS dan bahang kebencian itu mendorong mereka jika dapat tewaskan PAS maka perayaannya nanti adalah pesta minum arak sesuatu yang bagi mereka akan membakar kemarahan PAS.

Benarlah kata Tuan Guru Presiden PAS bahawa DAP ini anti Islam. Ng membuktikan kebencian itu.

Malanglah Pan boleh melonjak suka melihat Islam diperlekeh.

Apalah agaknya nasib Islam jika Pan ini menang. Laporan yang sama dalam The Star menyebut:

" .....Amanah is widely perceived as a creature of DAP..."

( ....Amanah rata-rata dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP...)

Oleh itu para pengundi di Sg Besar dan Kuala Kangsar wajar ambil dan beri perhatian. Undilah calon yang boleh membantu kita melonjak, memulia dan memartabatkan Islam.

Tolak sama sekali mereka yang bersekongkol menyeleweng dan memusuhi Islam.

Sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini bersamalah kita buktikan bahawa Islam itu penyelamat ummah bukannya perosak sebagaimana yang mahu digambar musuh-musuhnya.

Roslan Sms

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej