Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, June 20, 2016

RUU 355 Pemangkin Keharmonian Negara: Respon Kepada Tulisan YB Zairil

RUU 355 Pemangkin Keharmonian Negara: Respon Kepada Tulisan YB Zairil

Oleh : Mardhiyyah Johari

1. Pertama sekali , saya agak 'kagum' dengan sikap yakin yang tinggi di kalangan segelintir pihak - sehingga mampu/berani membuat kenyataan secara terbuka dengan fakta yang salah dan mengelirukan.

Contohnya artikel tulisan pemimpin muda DAP, YB Zairil Khir Johari  bertarikh 10 Jun 2016 yang bertajuk "Bahana RUU Hadi Tidak Boleh Dipandang Ringan".

2. Berikut antara persoalan-persoalan penting yang timbul daripada artikel ini :

I) Sejak bilakah di dalam hudud ada hukuman kasi?

II) Hudud ini hukuman yang sudah ditetapkan. Di manakah dalil/ otoriti  yang menunjukkan hukuman hudud yang sudah tetap itu boleh ditukar sesuka hati dengan hukuman alternatif atas alasan teknikal sahaja seperti alasan bidang kuasa?

Lebih 'menarik' YB bersandar kepada hujah MUNGKIN untuk hukuman alternatif yang direka-reka. Jauh melencong hukuman alternatif sehingga pesalah terpaksa di "kasi" kan ?
Sangat kreatif imiginasi YB.

III) Artikel ini mengaitkan pula pelaksanaan hudud dengan bias sosial.
Di manakah otoriti/dalil/fakta sebagai sokongan hujah YB ini?

Adakah pelaksanaan undang-undang sekarang khususnya di Malaysia tiada masalah bias sosial?

Saya kira parti-parti pembangkang sepakat dalam soal mengubah sistem dalam negara ini walaupun dengan cara masing-masing yang berbeza. Bukankah antara sistem yang mahu kita ubah adalah pendakwaan terpilih? Bukankah pendakwaan terpilih itu menunjukkan adanya bias sosial ?

Bias terhadap golongan terpinggir bukan masalah undang-undang, tetapi masalah kepada pihak yang memegang kuasa pelaksana undang-undang. Meletak beban bias hanya kepada hudud adalah ibarat menutup mata dari realiti sebenar.

IV- bagaimana boleh dikatakan RUU ini boleh memberi kuasa hampir mutlak kepada sistem undang-undang syariah dalam keadaan hudud itu sendiri hanya melibatkan beberapa kesalahan sahaja, dan kesalahan-kesalahan lain kekal tertakluk pada undang-undang sedia ada?

Ada berapa banyak kesalahan jenayah di dalam Kanun Keseksaan , hanya berapa peratus sahaja yang terletak di bawah kategori hudud. Bahkan standard pembuktian untuk dihukum  di bawah hudud adalah sangat ketat iaitu "beyond any shadow of doubt" bukan hanya "beyond any reasonable doubt".

V- Langsung YB tidak menyentuh mengenai bidang kuasa mahkamah syariah yang lebih rendah dari bidang kuasa mahkamah rendah sivil. Menjadi hasrat umat Islam untuk melihat adanya perubahan setelah sekian lama kita merdeka , dengan Islam dimartabat sebagai agama rasmi dalam perlembagaan persekutuan, namun mahu sempurna mengamalkannya sahaja harus sebegini berliku halangan?

Bukankah umat Islam itu, jika pun tidak seluruhnya, adalah sebahagian dari rakyat negara ini yang mempunyai hasrat mereka yang tersendiri, yang seharusnya dihormati dan disanggah (jika tidak setuju) secara demokrasi juga?

VI- Hasrat ini disuarakan melalui platform yang betul iaitu Parlimen bukan jalanan, bukankah sebaiknya tindakan mana-mana pihak dalam negara ini
yang mahu mencapai cita-cita mereka - dengan tetap setia menggunakan cara yang dibenarkan perlembagaan dan undang-undang, adalah tindakan yang harus mendapat penghormatan?

Dengan demikian mana-mana pihak lain yang mempunyai apa sahaja cita-cita perjuangan masing-masing seperti mewujudkan Malaysian Malaysia contohnya juga boleh berjuang untuk mencapai cita-cita mereka menggunakan platform yang sama?
Berjaya atau tidak itu soal kedua.Itu soal untung nasib demokrasi.

VII- Janganlah begini takut YB sehingga keluar dari sempadan ilmu, rasional dan prinsip demokrasi yang menjadi teras parti YB itu.

Ada baiknya YB menjemput Ahli Parlimen Marang membentangkan 'kes nya' sebagaimana universiti di Singapura telah melakukan dengan jayanya.
Cuba YB  bertanya ahli parlimen Marang terlebih dahulu, di dalam hudud tersebut adakah terdapat hukuman kasi? Adakah di dalam hudud hukuman boleh bertukar-tukar dengan mudah seperti menukar parti?

Kalau tidak mahu, boleh tunggu sesi perbahasan di parlimen. Tidak usahlah buat artikel yang menyimpang seperti ini.
Salam hormat dari saya,
Rakyat Malaysia yang sedang berpuasa.

-------------------------------------------------------------

Penulis adalah Peguambela & Peguamcara serta Peguam Syarie yang terlibat dengan Parti Islam Se-Malaysia

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej