Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, December 12, 2016

Di cerita kan ada saorg permimpin kanan dlm pas, bila kalah di muktamar, dia sanggup jadi tukang sapu di ibu pejabat pas di KL


Di cerita kan ada saorg permimpin kanan dlm pas, bila kalah di muktamar, dia sanggup jadi tukang sapu di ibu pejabat pas di KL. Tapi dia tetap setia dgn pas... Itu lah permimpin yg hebat.. Sbb dia ada akal asas perjuangan pas.. Jadi lah kita tetap seperti mereka.. lagi lah setia nya Almarhum TGNA..
Sila baca....Pan ni dah makan sumpah.....
"Saya telah berusia 78 tahun tapi masih sedia ditarbiyah – Pak Daeng"
Catatan: Dr Azman Ibrahim
Sabtu lepas, berpeluang duduk bersama Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dalam program Forum Tarbawi PAS Setiu walau sekadar sebagai moderator. Pak Daeng panggilan mesra bagi Dr Daeng Sanusi, orang lama dalam parti yang telah yang telah mencapai usia 78 tahun tapi masih bersemangat dan bertenaga bila berbicara tentang bait-bait mutiara perjuangan dengan bicara yang tersusun rapi.
Pak Daeng berkelulusan PhD dari Mesir, malah beliau mungkin antara beberapa orang anak Melayu terpilih yang pulang dengan ijazah Doktor Falsafah dari Mesir sekitar tahun 1970 an. Pernah bertugas sebagai Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Pak Daeng mula menjadi ahli PAS pada tahun 1966, kira-kira 8 tahun sebelum saya lahir ke dunia.
Kerana itulah semalam, walau bicara Pak Daeng ketika forum panjang lebar melebihi masa yang diperuntukkan, saya tidak menggunakan kuasa moderator untuk memberikan isyarat supaya Pak Daeng memendekkan ucapannya. Bukan saya takut kerana beliau sekarang menjawat posisi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS tetapi lantaran rasa hormat yang tinggi kepada orang lama seperti beliau. Malah Pak Daeng lebih lama dalam parti seangkatan dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hj Hashim Jasin yang telah mencecah usia 77 tahun.
Apatah lagi bicara Pak Daeng bagaikan murtiara hikmat yang berguguran buat bekalan untuk kita anak-anaknya yang mewarisi perjuangan ini.
Kisah bagaimana Pak Daeng mula terlibat aktif dalam PAS diceritakan kepada kami dengan penuh penghayatan.
Cerita dari Pak Daeng saya catatkan…
Tahun 1976, ketika PAS berada dalam BN, orang Melayu masuk PAS secara beramai-ramai. Guru-guru ramai yang masuk PAS tanpa rasa takut kena tekan atau kena tukar disebabkan PAS adalah sebahagian dari parti pemerintah BN ketika itu.
Di tahun 1976 itulah Pak Daeng dipanggil oleh Yang Dipertua Agong PAS, Dato’ Mohd Asri Muda ke Pejabat Agong PAS yang terletak berdekatan Hospital Tawakal sekarang. Turut diundang bersama ke Pejabat Agong ialah sahabat Pak Daeng, Saudara Faisal Othman yang berasal dari Perak.
Sampai di Pejabat Agong PAS, sebelum dipanggil masuk ke bilik Dato’ Asri, Pak Daeng dan kawannya Faisal Othman bersembang dulu di ruang tamu dengan Setiausaha Agong PAS, Almarhum Ustaz Hassan Shukri. Almarhum Ustaz Hassan Shukri seorang Setiausaha Agong merangkap Setiausaha Kerja di Pejabat Agong PAS.
Ustaz Hassan tanya,
“Saudara berdua tahu tak kenapa Dato’ Asri panggil datang ke sini?”
Pak Daeng jawab, “Saya tak tahu.”
“Dato’ Asri bercadang nak lantik saudara berdua dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.” Jelas Ustaz Hassan.
“Sebelum saudara masuk jumpa Dato’ Asri, saya nak pesan beberapa perkara.” Sambung Ustaz Hassan lagi.
“Yang pertama kena yakin dan percaya, perjuangan PAS tak menjanjikan hamparan permaidani.”
“Yang kedua, kalau di masjid ada iblis, jangan sangka di dalam PAS semuanya Malaikat.”
“Yang ketiga, Jangan ada nawaitu yang lain dari kerana Allah. Tidak ada ahli PAS yang mengkhianati PAS yang tak terlaknat hidupnya dan keluarganya. Tak nak buat kerja tak apa. Tapi jangan mengkhianati. Kalau tak sanggup lalui semua ini, lebih baik pulang saja. Tak perlu masuk jumpa Dato’ Asri.”
3 pesanan yang penuh mendalam diterima Pak Daeng dan Faisal Othman. Lalu mereka masuk jumpa Dato’ Asri. Pak Daeng sedia memikul tanggungjawab sementara Faisal Othman menolak.
Selepas Muktamar PAS tahun 1976, masuklah Pak Daeng menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Pak Daeng pernah memikul amanah dalam parti sebagai Naib Presiden PAS serta pernah berbakti sebagai Ahli Parlimen Rantau Panjang, Kelantan.
Kata Pak Daeng, Faisal Othman menolak mungkin kerana dia dah ada agenda sendiri. Selepas itu dia menyambung PhD ke Amerika, kemudian pulang ke tanahair lalu menjadi lebih Umno dari Umno melawan PAS.
Kata Pak Daeng lagi, beliau kenal Almarhum Ustaz Hassan Shukri sebagai antara tokoh paling ikhlas dan istiqamah dalam PAS. Isterinya pernah menjual kuih di hadapan sebuah sekolah swasta di Gombak untuk menyara kehidupan. Ustaz Hassan memelihara lembu di Sabak Bernam yang dijual ketika musim raya korban untuk mendapatkan duit belanja. Dia sendiri yang kerja menyapu sampah di Markas Tarbiyah PAS Taman Melewar. Walau hidupnya sederhana, anak-anak Almarhum semua berjaya. Antara tanda keberkatan hidup yang dianugerahkan Allah kepada Almarhum.
“Saya telah berusia 78 tahun. Dalam usia ini saya masih bersedia ditarbiyah untuk memperbaiki lagi diri saya supaya saya boleh menyumbang kepada perjuangan ini…”

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej