https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213002429236060&id=1251877796
Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020
koleksi kitab
Wednesday, January 23, 2019
Monday, January 21, 2019
PARTI SOSIALIS DAP DICABAR ISYTIHAR PENDIRIAN SECARA TERBUKA
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
20 Januari 2019 | 14 Jamadilawal 1440
SYABAS KETUA PEMUDA PAS!
PARTI SOSIALIS DAP DICABAR ISYTIHAR PENDIRIAN SECARA TERBUKA
1. Laporan Polis oleh Pemuda Sosialis DAP terhadap Ketua Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyerlahkan rasa tergugat mereka menghadapi PRK P.078 Cameron Highland. DAP kehabisan modal untuk berhadapan dengan beliau secara fakta, lalu cuba menyekat dengan dakwaan fitnah dan kononnya menyalahi perundangan.
2. Hakikatnya juga, DAP tidak punya tokoh atau pihak yang dapat dikhadamkan untuk mempertahankan parti itu berkaitan isu agama dan bangsa. Malah, DAP cuba menutup segala kepura-puraan, pembohongan dan segala motif politik diperjuangkannya selama ini. Apakah DAP menyangka penduduk Cameron Highland tidak mengenal parti itu untuk terus memperdayakan?
3. Kami mencabar DAP untuk berani tampil secara terbuka mengisytiharkan parti itu menghormati tanpa berbelah bagi ketetapan, kedudukan dan peranan Islam sebagai Agama Persekutuan yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan. Juga terhadap hak berkaitan bangsa Melayu, Bumiputera, Tanah Rizab Melayu dan Raja-raja Melayu.
4. Kami juga mencabar DAP secara terbuka mengisytiharkan dengan berani bahawa telah melucutkan idea Malaysian Malaysia dari agenda perjuangan kamu. Beranikah DAP isytiharkan bahawa kamu telah memansuhkan tuntutan kesamarataan kepada semua perkara termasuk agama dan bangsa, sedangkan ia peruntukan sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
5. Selama ini berpaksikan tuntutan kesamarataan itulah DAP cuba membuang atau melucutkan asas dan tonggak penting dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Islam sebagai Agama Persekutuan. Hinggakan perjuangan itu dibawa bersama rakan PH lainnya untuk meratifikasi ICERD yang membawa implikasi kepada usaha berkaitan di masa depan.
6. Kami tidak naif dan sama sekali tidak akan berganjak dari mempertegaskan bahawa kamu DAP adalah sepertimana dinyatakan. Bahkan Perlembagaan dan matlamat-matlamat DAP menyenaraikan perkara tersebut. Juga dari banyak pendirian, sikap, penyataan dan tindakan pernah DAP aju dan lakukan selama ini. Jangan lupa, PAS pernah ada pengalaman bersama DAP.
7. Barangkali DAP sudah lupa banyaknya kelakuan kamu secara menyindir, memperolok, memperlekeh, mempertikai, celupar, biadab, provokasi, campur tangan, membentak dan membantah hal ehwal Islam. DAP sering menunjukkan tidak senangnya pada hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah, Akta Mahkamah Syariah, Negara Islam, azan, solat Jumaat, zakat, Mufti dan tokoh Islam.
8. Sebaliknya pemimpin kamu sering pula mendalangi, mempengaruhi, menyokong, menyebar dan menggerakkan usaha seperti dakyah Evangelis Kristian, Liberal, IFC, Comango dan BERSIH. Malah menyertai, menggalak dan mempertahankan penganjuran program seperti pesta arak Better Beer Festival dan Octoberfest serta tidak bermoral oleh kumpulan LGBT.
9. Ingin ditegaskan bahawa kami seluruh Pemuda PAS berpegang teguh bahawa inilah pendirian kami terhadap kamu. Ini jugalah fakta dan keterangan akan kami bawa mengenai kamu kepada rakyat Malaysia dan seluruh pelusuk dunia pada bila-bila masa. Bukan gimik dan mainan politik sesumpah sebagaimana watak kamu serta mereka yang berpaut kepentingannya dengan kamu.
“Islam Memimpin”
“Terus Mara”
IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Wednesday, January 16, 2019
Reaksi Nabi kita terhadap lambang salib
Reaksi Nabi kita terhadap lambang salib
1. Menurut Saidatina Aisyah, Rasulullah ﷺ sangat sensitif dengan lambang salib. Perkara ini diriwayatkan oleh al-Bukhari yang menyebutkan:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لَمْ يَكُنْ يَتْرُكُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا فِيهِ تَصَالِيبُ إِلَّا نَقَضَهُ
“Sesungguhnya Rasulullah ﷺ tidak akan meninggalkan sesuatu yang mempunyai lambang salib di dalam rumahnya melainkan Baginda akan mengubah lambang tersebut. (HR al-Bukhari).
2. Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadith ini menggambarkan betapa Rasulullah ﷺ tidak redha terhadap syiar kekufuran. Bahkan syiar ini adalah satu pendustaan ke atas Nabi Isa. Ini kerana di dalam al-Quran, Allah menjelaskan bahawa Nabi Isa tidak pernah disalib. Firman Allah:
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ
“Dan mereka berkata: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa bin Maryam (iaitu seorang) Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuh beliau bahkan mereka tidak juga menyalibnya akan tetapi mereka telah dikelirukan.” (Surah al-Nisa’: 157).
3. Reaksi yang sama turut dilakukan oleh Saidatina Aisyah. Saidatina Aisyah pernah meminta seorang wanita supaya meninggalkan kain yang mempunyai lambang salib. Perkara ini direkodkan oleh al-Imam Ahmad yang menyebutkan:
كُنَّا نَطُوفُ بِالْبَيْتِ مَعَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ، فَرَأَتْ عَلَى امْرَأَةٍ بُرْدًا فِيهِ تَصْلِيبٌ، فَقَالَتْ أُمُّ الْمُؤْمِنِينَ: ” اطْرَحِيهِ اطْرَحِيهِ، فَإِنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى نَحْوَ هَذَا قَضَبَهُ
“Kami pernah menunaikan tawaf bersama dengan Ummul Mukminin Aisyah. Apabila beliau terlihat kain yang terdapat lambang salib pada seorang wanita, Aisyah lantas berkata: Tinggalkan kain ini, tanggalkannya. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ sekiranya Baginda melihat lambang salib, maka Baginda akan mencabutnya.
4. Begitu sensitif Rasulullah dan Saidatina Aisyah dengan lambang salib. Lambang ini telah menjadi syiar kekufuran bahkan syiar penipuan ke atas Nabi Isa.
5. Bahkan di dalam hadith yang sahih, Rasulullah ﷺ menjelaskan bahawa apabila tiba hari kiamat nanti, Nabi Isa sendiri akan menghapuskan lambang salib. Sabda Rasulullah:
لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَنْزِلَ فِيكُمْ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا مُقْسِطًا، فَيَكْسِرَ الصَّلِيبَ
“Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan akan turunnya Nabi Isa dan Baginda akan menjalankan hukuman yang adil dan menghapuskan (lambang-lambang) salib.” (HR al-Bukhari).
6. Adalah tidak menjadi kesalahan bagi orang yang beriman untuk merasa sensitif dengan syiar kekufuran. Ini adalah Sunnah Rasulullah, iaitu tidak redha dengan kekufuran.
Jangan pula ada dikalangan kita nanti yang berkata: “Alah, iman kau ni lemah. Takkan tengok salib pun nanti jadi kafir.” Sanggupkah kita meluahkan perkataan sedemikian kepada Baginda Nabi? Apakah iman Baginda Nabi tidak kuat seperti kita? Astaghfirullah.
Moga Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
bagi kat melayu habis depa sapu lebih baik bagi kat cina
Ada melayu jawab mai berkenaan isu ni . Dia kata bagi kat melayu habis depa sapu lebih baik bagi kat cina !
Ini contoh bangsa yang dah koyak mentalitinya. Ini kerana bangsa kita dah lama dirosakkan neraca pemikiran ... akibat dari perbuatan rasuah bangsa sendiri juga !
Kelemahan bangsa sendiri ini... diambil kesempatan oleh bangsa kafir dengan merosakkan neraca pertimbangan. Mereka masukkan racun2 halus yg tak dapat dikesan oleh fikiran pendek kita.
Mereka putarkan kata, berita artikel dan perang saraf hingga kita termakan dakyah mereka. Beberapa skandal rasuah mereka jadikan modal putar belit. Padahal rasuah di pehak mereka, mereka sembunyikan dan belit serta putar hingga kita menganggap pemimpin kita sangat teruk pembawa kehancuran dan kemusnahan besar
Fitnah demi fitnah dimainkan sampai kita dah betul betul hilang pertimbangan sehingga dimainkan ungkapan "kafir yg baik lebih baik dari muslim yg korup"
Maka ramai anak muda yg masih mentah yg tak pernah ambil pengajaran dari sejarah lepas lepas.
Kerajaan othmaniah jatuh dari rentetan perang saraf dan fitnah seumpama ini. Org yg termakan fitnah ini bekerjasa dgn pehak musuh memjatuhkan kerajaan islam.
Dipendekkan cerita akhirnya pengkianat islam itu turut juga dibunuh oleh tentera kafir. MANA MUNGKIN PENGKIANAT BANGSA SENDIRI HARUS DIPERCAYAI OLEH KAAFIR.... sedang dengan bangsa sendiri pun di khianati ?
Tak dak dah ka org islam yg jujur dan baik ?
Mampuih habih dah ka sampai nak bagi kepercayaan 100% kpd kaafir harbi ?
Allah dan Rasul sendiri tak pernah mempercayai si harbi .. dan dilarang mempercayai mereka ... kita pula si hamba melebih lebih dlm membuat keputusan yg terang2 berlawan arus dengan alquran dan hadis ?
Larangan dari Allah dan Rasul mesti bersebab !
Dah terbukti pun si harbi beberapa kali melanggar perjanjian yg dah dimeterai di zaman Nabi !
Kita tak pernah nak ambil pengajaran ... alim ulama bagi tahu, mereka pula menjadi sasaran maki hamun !?
Akhirnya tak mustahil satu hari nanti anak2 dara islam akan dikahwinkan dengan si harbi atas alasan anak melayu sudah tiada yg baik kerana kaki dadah dan sebagainya !?
Monday, January 14, 2019
apabila ia bersaiz gergasi, disengajakan dengan menampakkan ianya bernyala terang pada waktu malam, ia bukan paranoid. Ia adalah signal kepada komrad
SAMPAI KESAAT INI KITA TIDAK KEDENGARAN SORANG PUN PEMIMPIN MELAYU DARI PH YANG MEMBANTAH TENTANG TANDA SALIB GERGASI DIPULAU PINANG ITU!
LAMBANG SALIB: ANTARA SIGNAL PERANG DAN PARANOID
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
(13/01/2019)
1) Dalam sejarah peperangan menawan sesebuah kota, taktikal memacakkan bendera atau lambang kebesaran pasukan kita di kubu lawan adalah satu bentuk perang psikologi awal untuk memenangi pertempuran.
2) Kita dapat lihat contohnya dalam peperangan tentera Mehmet menawan kota terkebal di dunia pada waktu itu -Constantinople bagaimana kesukaran tentera Mehmet untuk menawan kubu tersebut. Ulubatlı Hasan bersungguh-sungguh mengorbankan dirinya semata-mata untuk memacakkan bendera Ottoman di puncak kubu pertahanan Constatinople.
3) Tentera Ottoman yang keletihan dan berkurangan semagnat juang akibat serangan bertali arus mereka menemui jalan buntu, akhirnya kembali bersemangat sebaik sahaja melihat bendera Ottoman terpacak megah. Manakala semangat tentera Constantinople sebaliknya goyah dan ada yang menjadi lemah semangat.
4) Sebenarnya, ketika tindakan Ulubatlı Hasan memacakkan bendera tersebut, tenteta Ottoman masih dalam keadaan sukar untuk menembusi kubu Constantinople. Hasil berkibarnya bendera tersebut, ia memberi signal kepada pasukan Ottoman dari pelbagai sudut peperangan supaya berusaha sedikit sahaja lagi, Constanitople akan berjaya ditawan. Akhirnya Constantinople berjaya ditawan.
5) Apakah halnya pula dengan menyalakan lambang salib gergasi pada sebuah bangunan di Pulau Pinang? Bahkan ia adalah signal kepada Evangelis seluruh dunia bahawa 'kita' sudah berjaya memacakkan bendera pasukan kita untuk menawan 'kubu' yang kebal untuk dikalahkan ini.
6) Ia adalah signal yang jelas kepada komrad-komrad, para missionaries dan sebagainya bahawa 'kami' sudah membuka laluan kepada kalian, datanglah seterusnya membantu menyempurnakan misi kita.
7) Bagaimana jika umat Islam sedar dan marah akan tindakan 'memacak bendera' tersebut? Usah risau, 'kita' akan bermain psikologi bahawa mereka itu "bodoh dan paranoid", "takkan dengan lambang cross pun takut", "paranoid sampai tak boleh nampak lambang salib" dan sebagainya.
8 ) Kalau nampak huruf T jadi hilang akal, itu paranoid. Jika nampak frame tingkap rumah dikatakan lambang salib, itu paranoid. Tetapi apabila ia bersaiz gergasi, disengajakan dengan menampakkan ianya bernyala terang pada waktu malam, ia bukan paranoid. Ia adalah signal kepada komrad sekeliling bahawa 'kita' sudah berjaya bertapak dengan baik.
9) Jika perkara ini adalah paranoid atau isu bodoh, takkan Mufti Pulau Pinang mahu meminta penjelasan kepada pemaju terbabit. Cukuplah dengan mengeluarkan kenyataan nasihat kepada umat Islam, Jangan Paranoid!.
Sekian
Tun pun x betul kata makcik
https://www.facebook.com/1289567851088712/posts/2258526014192886/
Tun pun x betul kata makcik
Thursday, January 10, 2019
Wednesday, January 9, 2019
THE CHINESE DILEMMA - Ye Lin Sheng
THE CHINESE DILEMMA
- Penulis buku THE CHINESE DILEMMA
di :
- Malaysia,
- Hong Kong,
- Australia,
- Thailand,
- Singapura,
-.Britain dan
- Amerika Syarikat.
Tetapi orang Cina di Malaysia lah yang paling :
- tidak bersyukur,
- kejam, serta
- mengkhianati perjanjian ataupun
- dipanggil perlembagaan..
- rujukan Buku
The Chinese Dilemma
* Ye Lin- Sheng *
- rujukan Buku
The Chinese Dilemma
* Ye Lin- Sheng *
- rujukan Buku
The Chinese Dilemma
* Ye Lin- Sheng *
- rujukan Buku
The Chinese Dilemma
* Ye Lin- Sheng *
The Chinese Dilemma
* Ye Lin Sheng *
lah sbg tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat.
- Buku
The Chinese Dilemma
* Ye Lin- Sheng *
The Chinese Dilemma
* LIN-SHENG
Tuesday, January 8, 2019
Sutan Puasa pembuka Kuala Lumpur
Seorang ahli tiba tiba bangun bertanya kenapa berlaku perpecahan dalam parti PAS setelah kematian tok guru
Seorang ahli tiba tiba bangun bertanya, "kenapa berlaku perpecahan dalam parti PAS setelah kematian tok guru"
Kemudian dijawab oleh Timbalan Presiden Pas. Jawapannya membuatkan kita terpana seketika. Allahu. Wajib tonton
Seorang ahli tiba tiba bangun bertanya, "kenapa berlaku perpecahan dalam parti PAS setelah kematian tok guru"
Kemudian dijawab oleh Timbalan Presiden Pas. Jawapannya membuatkan kita terpana seketika. Allahu. Wajib tonton
Lambakan plastik sampah di pelabuhan kelang
Kebabian apakah ini ?????
Mohon bongkar dan viralkan
Gog and Magog (Yakjuj dan Makjuj)
kisah anak mudah asyik bertanyakan hadis soheh dlm majlis tok guru
Monday, January 7, 2019
DAP kuasai Malaysia ?
Chinese (DAP) is the big boss of the Malaysian Prime Minister ?
Jadi anda perlu melakukan semua yang kami katakan ?