Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, January 4, 2019

MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB : PENGASAS AJARAN WAHHABI

MUHAMMAD BIN ABDUL WAHHAB : PENGASAS AJARAN WAHHABI – SESAT LAGI MENYESATKAN…

Oleh Ustaz Yunan A Samad
FAKTA RINGKAS LAGI BENAR :
– Muhammad bin Abdul Wahhab 1206H merupakan pengasas ajaran Al-Wahhabiyyah yang mendorong pengikutnya mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka.
– Saudara kandungnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhab sering memberi peringatan kepada umat Islam dizamannya agar tidak mengikut ajaran baru bawaan Muhammad bin Abdul Wahhab kerana ajaran itu jelas menghina ulama Islam serta mengkafirkan umat Islam. (Sila rujuk 2 kitab karangan Syeikh Sulaiman tersebut : “ Fashlul Khitob Fir Roddi ‘Ala Muhammad bin Abdul Wahhab” dan ” Sawaiqul Ilahiyah Fi Roddi ‘Ala Wahhabiyah”).
– Bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu islam dan beliau menyatakan kepada para ulama : “Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”. ( Sebagai bukti sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad m/s 275)
!!! – Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketikamana mereka mula-mula memasuki Kota Taif.
(Sila rujuk Kitab Umaro’ Al-bilaadul Haram m/s 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr).
Kenyataan Para Mufti Perihal Wahhabi :
1. Mufti Mazhab Hambali Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy 1225H menyatakan :
“ Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdullah Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”.
(Rujukan : Kitab ‘As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” – m/s 276)
2. Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan : ” Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat Islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata : Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik “.
(Rujukan : Kitab ” Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah – m/s 42)

WAHHABI MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM DAN ULAMA ISLAM.
– Wahhabi Menghukum Sesat Dan Membid’ahkan Para Ulama’ Islam.
– Wahhabi bukan sahaja mengkafirkan umat Islam dan menghalalkan darah mereka tetapi
– Wahhabi turut membid’ahkan dan menghukum akidah ulama’ Islam sebagai terkeluar daripada Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Demikian kenyataan Wahhabi :
1. Di sisi Wahhabi Akidah Imam Nawawi Dan Ibnu Hajar Al-Asqolany Bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
– Tokoh terkemuka ajaran Wahhabi iaitu Muhammad bin Soleh Al-Uthaimien menyatakan apabila ditanya mengenai Syeikh Imam Nawawi (Pengarang kitab Syarah Sohih Muslim) dan Amirul Mu’minien Fil Hadith Syeikh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany (Pengarang Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari) lantas dia menjawab: “Mengenai pegangan Nawawi dan Ibnu Hajar dalam Asma’ Was Sifat (iaitu akidah)mereka berdua bukan dikalangan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”. Rujuk kitabnya Liqa’ Al-Babil Maftuh m/s 42-43 soal-jawab ke 373 cetakan Darul Watan Lin-Nasyr.
2. Wahhabi Menghukum Al-Asya’iroh Sebagai Sesat Dan Kafir.
– Tokoh Wahhabi Abdur Rahman bin Hasan Aal-As-Syeikh mengkafirkan golongan Al-Asya’iroh yang merupakan pegangan umat islam di Malaysia dan di negara-negara lain. Rujuk kitabnya Fathul Majid Syarh Kitab Al-Tauhid m/s 353 cetakan Maktabah Darus Salam Riyadh.
– Seorang lagi tokoh Wahhabi iaitu Soleh bin Fauzan Al-Fauzan turut menghukum golongan Al-Asya’iroh sebagai sesat akidah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Rujuk kitabnya Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam m/s 32 cetakan Riasah ‘Ammah Lil Ifta’ Riyadh.
3. Wahhabi Mengkafirkan Umat Islam Yang Mengikut Mazhab.
– Wahhabi bukan sahaja menghukum sesat terhadap ulama’ Islam bahkan umat islam yang mengikut mazhab pun turut dikafirkan dan dihukum sebagai musyrik dengan kenyataannya

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej