Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, January 6, 2019

IBN TAIMIYYAH – terkenal dengan fatwa-fatwanya yang mencarik ijmak (kesepakatan) kaum muslimin

 *IBN TAIMIYYAH RUJUKAN FIKRAH PERTAMA BAGI GERAKAN PENGGANAS*
Sesungguhnya penulis kajian ilmiah tidak meragui bahawa ramai golongan pelampau terutamanya puak Wahhabiyyah yang kini sering menggelarkan diri mereka sebagai Salafiyyah berpegang dalam fatwa-fatwa mereka yang menghalalkan darah kaum muslimin, mencabul maruah kaum muslimin dan merampas harta kaum muslimin berdasarkan metode rujukan fikrah yang meninggalkan banyak kesan masalah sepanjang sejarah. Tempat rujukan fikrah tersebut ialah Ahmad ibn Taimiyyah al-Harrani yang telah dihukumkan penjara oleh ulama pada zamannya dengan sebab fatwa-fatwanya dan dia meninggal dunia di dalam penjara. Ibn Taimiyyah terkenal dengan fatwa-fatwanya yang mencarik ijmak (kesepakatan) kaum muslimin.
Di sini adalah ringkasan bagi sebahagian teks yang diambil daripada kitab-kitab Ibn Taimiyyah sendiri yang menjelaskan betapa dahsyat sifat pelampaunya:
*Pertama:* Ibnu Taimiyyah mengkafirkan orang yang tidak berpegang bahawa Allah berada di atas Arasy, di atas langit dan mewajibkan hukuman bunuh ke atas orang tersebut. Dia juga menukilkan teks-teks yang batil daripada orang lain dengan memberi anggapan yang baik.
Ibn Taimiyyah berkata dalam kitab _al-Sofadiyyah_ (j. 1, hlm. 267, Maktabah Ibn Taimiyyah, Mesir):
قال محمد بن إسحق ابن خزيمة الملقب بإمام الأئمة من لم يقل إن الله فوق سمواته على عرشه بائن من خلقه فإنه يستتاب فإن تاب وإلا قتل.
Maknanya: _“Muhammad ibn Ishaq Ibn Khuzaimah yang digelar sebagai Imamul-A’immah berkata: “Sesiapa tidak berkata sesungguhnya Allah berada di langit-Nya di atas Arasy-Nya terpisah daripada makhluk-Nya maka hendaklah dia diminta bertaubat. Jika dia bertaubat maka tidak dibunuh. *Jika dia tidak bertaubat maka hendaklah dibunuh*._
*Kedua:* Ibn Taimiyyah mengkafirkan kaum muslimin yang bertawassul dengan para nabi dan para solihin dengan menganggap mereka sebagai para penyembah berhala.
Ibn Taimiyyah berkata dalam kitabnya _al-Tawassul wal-Wasilah_ (hlm. 154, Idarah Turjumanis-Sunnah, Pakistan):
*ولا يجوز لأحد أن يستغيث بأحد من المشايخ الغائبين ولا الميتين، مثل أن يقول: يا سيدي فلاناً أغثني وانصرني… ونحو ذلك، بل كل هذا من الشرك الذي حرم الله ورسوله، وتحريمه مما يعلم بالاضطرار من دين الإسلام، وهؤلاء المستغيثون بالغائبين والميتين عند قبورهم وغير قبورهم – لما كانوا من جنس عباد الأوثان – صار الشيطان يضلهم ويغويهم.*
Maknanya: _“Tidak boleh bagi seseorang itu beristighathah dengan seseorang daripada kalangan masya’ikh yang tiada bersama-samanya dan yang telah meninggal dunia. Misalnya seseorang berkata: “Wahai sayyidi si polan tolonglah saya, bantulah saya …. atau seumpamanya. Bahkan semuanya ini termasuk kesyirikan yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Pengharamannya juga termasuk perkara yang daruri dalam agama Islam. Golongan yang beristighathah dengan orang-orang yang tiada bersamanya dan orang-orang telah meninggal dunia – kerana *mereka termasuk jenis para penyembah berhala – mereka itulah sedang disesatkan dan diselewengkan oleh syaitan*“._
*Ketiga:* Ibn Taimiyyah menuduh majoriti umat Islam terutamanya al-Asya^irah dan Imam Ahlis-Sunnah Abul-Hasan al-Asy^ari sebagai golongan Jahmiyyah, Mu^tazilah dan Murji’ah.
Sudahpun diketahui bahawa puak Murji’ah telah disabdakan oleh Nabi _sollallahu ^alaihi.wa sallam_ tentang mereka iaitu sabda Baginda:
*ليس لهم نصيب في الإسلام*
Mafhumnya: _“Puak Murji’ah tidak ada bagi mereka suatu bahagianpun di dalam Islam”._
Berdasarkan ini, Ibn Taimiyyah menghukum kufur ke atas al-Asya^irah dan Abul-Hasan al-Asy^ari dan menghukum mereka telah keluar dari agama Islam. Inilah yang dipegang oleh puak pelampau untuk mengkafirkan al-Asya^irah dan menyembelih mereka. Ibn Taimiyyah juga mencela al-Asya^irah dengan panggilan _“makhanith”_ iaitu golongan pondan.
Ibn Taimiyyah berkata dalam kitabnya _al-Nubuwwat_ (j. 1, hlm. 508, Matba^ah Adwa’us-Salaf):
لكن الكرامية، والكلابية، وأكثر الأشعرية: مرجئة، وأقربهم الكلابية؛ …. وأما الأشعريّ: فالمعروف عنه، وعن أصحابه: أنّهم يُوافقون جهماً في قوله في الإيمان.
Maknanya: _“Tetapi golongan al-Karramiyyah, al-Kullabiyyah dan *majoriti al-Asy^ariyyah adalah Murji’ah* …. Al-Asy^ari dan para sahabat beliau menyepakati Jahm [ibn Sofwan] dalam sebahagian pendapatnya berkenaan iman”._
Ibn Taimiyyah berkata lagi (j. 1, hlm. 306 – 307):
فتلك هي طريقة الجهميّة المشهورة، وهي التي سلكها الأشعريّ في كتبه كلها متابعة للمعتزلة، ولهذا قيل: الأشعريّة مخانيث المعتزلة
Maknanya: *_“Maka itu adalah jalan golongan al-Jahmiyyah yang masyhur dan jalan inilah yang disusun oleh al-Asy^ari dalam semua kitab-kitabnya dengan mengikut golongan al-Mu^tazilah. Oleh itu, dikatakan bahawa al-Asy^ariyyah adalah golongan pondan al-Mu^tazilah”._*
Ibn Taimiyyah berkata dalam kitabnya _al-Risalah al-Madaniyyah_ (j. 1, hlm. 6, Matba^ah al-Madani, Kaherah, Mesir):
ثم أقرب هؤلاء الجهمية الأشعرية…
Maknanya: _“Kemudian golongan Jahmiyyah yang paling dekat adalah golongan al-Asy^ariyyah…”_.
Ibn Taimiyyah berkata dalam kitabnya al-Fatawal-Kubra (j. 6, hlm. 556):
وَالْمَقْصُودُ هُنَا الْكَلَامُ فِي مَسْأَلَةِ حُلُولِ الْحَوَادِثِ الَّتِي جَعَلَتْهَا الْجَهْمِيَّةُ مِنْ الْمُعْتَزِلَةِ وَمَنْ اتَّبَعَهُمْ مِنْ الْأَشْعَرِيَّةِ وَغَيْرِهِمْ أَصْلًا عَظِيمًا فِي تَعْطِيلِ مَا جَاءَ فِي الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ مِنْ ذَلِكَ كَقَوْلِهِ {ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ} [الأعراف: 54] {ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاءِ} [البقرة: 29] وَغَيْرِ ذَلِكَ
Maknanya: _“Dan maksud di sini ialah perbicaraan tentang isu hululul-hawadith (menempati perkara-perkara baharu) yang dijadikan oleh golongan al-Jahmiyyah daripada kalangan *al-Mu^tazilah dan golongan yang mengikut mereka iaitu yang terdiri daripada golongan al-Asy^ariyyah dan selain mereka* sebagai asas yang besar dalam *menta^tilkan* perkara yang telah ada dalam al-Quran dan al-Sunnah dari perkara tersebut seperti firman Allah yang berkenaan istawa dalam ayat 54 surah al-A^raf, ayat 29 surah al-Baqarah dan lain-lain lagi”._
*Keempat:* Ibn Taimiyyah menganggap bahawa al-Asya^irah tidak beriman dengan ketuhanan Allah, dengan kenabian dan hari akhirat. Ini bermakna Ibn Taimiyyah telah mengkafirkan al-Asya^irah.
Ibn Taimiyyah berkata dalam kitab _al-Nubuwwat_ (j. 2, hlm. 629):
وأما كلامه في المعاد: فأبعد من هذا، وهذا؛ كما قد بُيِّن أيضاً؛ وكذلك كلام من [تقدمه]؛ من الجهمية، وأتباعهم من الأشعرية، وغيرهم، ومن المعتزلة؛ فإنّك لا تجد في كلامهم الذي ابتدعوه؛ لا إثبات الربوبية، ولا النبوّة، ولا المعاد
Maknanya: _“Adapun bicaranya berkenaan Hari Akhirat, maka lebih jauh dari yang ini. Dan ini seperti yang telahpun dijelaskan juga. Dan demikian juga bicara orang yang mendahuluinya yang terdiri daripada *golongan al-Jahmiyyah dan para pengikut mereka yang terdiri daripada golongan al-Asy^ariyyah dan selain mereka*, dan juga terdiri daripada al-Mu^tazilah, maka engkau tidak menemui di dalam bicara mereka perkara yang mereka mengada-adakannya iaitu tidak ada pengithbatan ketuhanan, kenabian dan hari akhirat”._
*Kelima:* Ibn Taimiyyah menganggap Abul-Hasan al-Asy^ari sebagai seorang _mu^attil_ dan bahawa tauhid yang dipercayai oleh Abul-Hasan al-Asy^ari dan para pengikutnya sebagai tauhid ahli bidaah yang menyalahi tauhid yang diajar oleh Allah. Ini bermakna Ibn Taimiyyah menganggap al-Asya^irah sebagai kaum musyrikin kerana pada tanggapannya tauhid al-Asya^irah itu batil. Ibn Taimiyyah juga berpendapat bahawa al-Asya^irah termasuk golongan ahli bidaah yang penyaksian mereka ditolak dan dia juga mencela mazhab al-Asya^irah.
Ibn Taimiyyah berkata dalam kitabnya _al-Fatawal-Kubra_ (j. 6, hlm. 563):
وَلِهَذَا لَمَّا كَانَ أَبُو مُحَمَّدٍ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدِ بْنِ كِلَابٍ وَأَبُو الْحَسَنِ الْأَشْعَرِيِّ وَأَبُو الْعَبَّاسِ الْقَلَانِسِيُّ مِمَّنْ أَخَذَ أَصْلَ الْكَلَامِ فِي التَّوْحِيدِ عَنْ الْمُعْتَزِلَةِ وَخَالَفُوهُمْ فِي بَعْضٍ دُونَ بَعْضٍ يَقَعُ فِي كَلَامِهِمْ مِنْ هَذَا التَّوْحِيدِ الْمُبْتَدَعِ الْمُخَالِفِ لِلتَّوْحِيدِ الْمُنَزَّلِ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مَا يَقَعُ كَانَ النَّاسُ يُنَبِّهُونَ عَلَى ذَلِكَ …
Maknanya: _”Oleh kerana itu, tatkala Abu Muhammad Abdullah ibn Sa^id ibn Kilab, *Abul-Hasan al-Asy^ari* dan Abul-^Abbas al-Qalanisi termasuk orang yang mengambil kalam yang paling sesat dalam tauhid daripada golongan al-Mu^tazilah dan mereka menyalahi golongan al-Mu^tazilah dalam sebahagian perkara, maka berlaku dalam bicara mereka tentang tauhid yang diada-adakan yang menyalahi tauhid yang diturunkan daripada Allah perkara yang orang ramai pernah diingatkan tentangnya..”_.
والله أعلم وأحكم
✒Disediakan oleh:
*Kajian Ilmiah Ahlis-Sunnah (KIAS)*

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej