Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, January 7, 2019

Fatwa Kaum Kera

Fatwa Kaum Kera.
Ianya tentang satu kaum yang dilarang menangkap ikan pada hari sabtu, hari lain semua boleh tangkap ikan kecuali hari sabtu, dan sebagai ujian ke atas diri mereka, Allah sengaja buat ikan ikan itu bergorombolan pada hari sabtu dengan mulut ternganga-nganga dipermukaan air, kaki pancing tengok memang geram, namun pada hari-hari yang lain, iaitu hari yang boleh tangkap ikan, takde pula ikan itu melompat ke sana sini, memang geram, tapi untuk menjadi orang yang alim dan soleh pada zaman itu, maka kenalah sabar pada setiap hari sabtu melihat ikan bersesak-sesak di tepi pantai tapi tak boleh nak tangkap kerana Allah dah larang.
Maka puak-puak ini, buat satu helah, iaitu pasang bubu pada hari sabtu, dan angkat bubu pada hari ahad, lalu puak soleh dan bertaqwa menasihati mereka,
"Salah perbuatan kamu, mana boleh tangkap ikan hari sabtu?"
Tapi mereka yang degil pun bagi fatwa :
"Kami mana ada tangkap ikan hari sabtu, kami tahan bubu sahaja, ikan tu sendiri yang masuk, kami angkat bubu pada hari ahad, hari ahad mana haram tangkap ikan."
Dipendekkan cerita, oleh kerana mereka beramal dengan fatwa baru yang membenarkan dosa mereka, lalu telah disumpah oleh Allah menjadi kera!
Jadi, nak kaitkan dengan isu umat akhir zaman, yang mana, di zaman moden ini, telah ramai orang yang jahil agama telah keluarkan Fatwa Kaum Kera untuk membenarkan dosa dosa mereka.
Sebagai contoh, peniaga yang buka kedai seharian, tapi kurang pelanggan datang, bila tiba waktu Magrib, Allah uji mereka dengan kehadiran pelanggan yang berbondong-bondong, mereka pun dengan sengaja melengah-lengahkan solat atau tinggal solat, lalu bila ditegur, tanpa rasa bersalah telah keluarkan fatwa ;
”Kerja pun ibadat bang, saya sedang berjihad dengan ekonomi.”
Jihad kepala kera jika tak solat!
Itulah, pandai sangat bagi fatwa kaum kera, salah pakai kalam-kalam agama dan dikerakan kalam-kalam agama itu, konon pandai agama, tapi jika mereka mati dalam keadaan sengaja tidak solat, masuk Nerakalah jawabnya. Kesimpulanya, fatwa kaum kera merujuk kepada mereka yang menggunakan alasan agama atau kalam-kalam agama dan diselewengkan untuk benarkan dosa mereka, untuk membenarkan yang bathil supaya kebenaran dipihak dia, bukan pihak satu lagi. Puak puak ini memang selalu mengkera-kerakan keadaan. Nasib baiklah zaman ini Allah tak turun azab direct macam kaum terdahulu, kalau tak dah tentu pihak zoo tak akan buat kurungan untuk kera kerana kera sudah terlalu banyak. Wallahualam.
Kiaskan. Ampun maa

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej