Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, January 21, 2019

PARTI SOSIALIS DAP DICABAR ISYTIHAR PENDIRIAN SECARA TERBUKA

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
20 Januari 2019 | 14 Jamadilawal 1440

SYABAS KETUA PEMUDA PAS!
PARTI SOSIALIS DAP DICABAR ISYTIHAR PENDIRIAN SECARA TERBUKA

1.    Laporan Polis oleh Pemuda Sosialis DAP terhadap Ketua Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi menyerlahkan rasa tergugat mereka menghadapi PRK P.078 Cameron Highland. DAP kehabisan modal untuk berhadapan dengan beliau secara fakta, lalu cuba menyekat dengan dakwaan fitnah dan kononnya menyalahi perundangan.

2.    Hakikatnya juga, DAP tidak punya tokoh atau pihak yang dapat dikhadamkan untuk mempertahankan parti itu berkaitan isu agama dan bangsa. Malah, DAP cuba menutup segala kepura-puraan, pembohongan dan segala motif politik diperjuangkannya selama ini. Apakah DAP menyangka penduduk Cameron Highland tidak mengenal parti itu untuk terus memperdayakan?

3.    Kami mencabar DAP untuk berani tampil secara terbuka mengisytiharkan parti itu menghormati tanpa berbelah bagi ketetapan, kedudukan dan peranan Islam sebagai Agama Persekutuan yang tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan. Juga terhadap hak berkaitan bangsa Melayu, Bumiputera, Tanah Rizab Melayu dan Raja-raja Melayu.

4.    Kami juga mencabar DAP secara terbuka mengisytiharkan dengan berani bahawa telah melucutkan idea Malaysian Malaysia dari agenda perjuangan kamu. Beranikah DAP isytiharkan bahawa kamu telah memansuhkan tuntutan kesamarataan kepada semua perkara termasuk agama dan bangsa, sedangkan ia peruntukan sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

5.    Selama ini berpaksikan tuntutan kesamarataan itulah DAP cuba membuang atau melucutkan asas dan tonggak penting dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk Islam sebagai Agama Persekutuan. Hinggakan perjuangan itu dibawa bersama rakan PH lainnya untuk meratifikasi ICERD yang membawa implikasi kepada usaha berkaitan di masa depan.

6.    Kami tidak naif dan sama sekali tidak akan berganjak dari mempertegaskan bahawa kamu DAP adalah sepertimana dinyatakan. Bahkan Perlembagaan dan matlamat-matlamat DAP menyenaraikan perkara tersebut. Juga dari banyak pendirian, sikap, penyataan dan tindakan pernah DAP aju dan lakukan selama ini. Jangan lupa, PAS pernah ada pengalaman bersama DAP.

7.    Barangkali DAP sudah lupa banyaknya kelakuan kamu secara menyindir, memperolok, memperlekeh, mempertikai, celupar, biadab, provokasi, campur tangan, membentak dan membantah hal ehwal Islam. DAP sering menunjukkan tidak senangnya pada hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah, Akta Mahkamah Syariah, Negara Islam, azan, solat Jumaat, zakat, Mufti dan tokoh Islam.

8.    Sebaliknya pemimpin kamu sering pula mendalangi, mempengaruhi, menyokong, menyebar dan menggerakkan usaha seperti dakyah Evangelis Kristian, Liberal, IFC, Comango dan BERSIH. Malah menyertai, menggalak dan mempertahankan penganjuran program seperti pesta arak Better Beer Festival dan Octoberfest serta tidak bermoral oleh kumpulan LGBT.

9.    Ingin ditegaskan bahawa kami seluruh Pemuda PAS berpegang teguh bahawa inilah pendirian kami terhadap kamu. Ini jugalah fakta dan keterangan akan kami bawa mengenai kamu kepada rakyat Malaysia dan seluruh pelusuk dunia pada bila-bila masa. Bukan gimik dan mainan politik sesumpah sebagaimana watak kamu serta mereka yang berpaut kepentingannya dengan kamu.

“Islam Memimpin”
“Terus Mara”

IR HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej