Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, January 6, 2019

HAKIKAT IBNU TAIMIYYAH

Hakikat Ibn Taimiyyah dan juga muridnya yang menyambung legasi Ibnu Taimiyyah iaitu Ibnul-Qayyim al-Jauziyyah dengan bersumberkan kepada kitab-kitab Ulama Nusantara, antaranya:
Al-Syaikh Ahmad Khatib ibn 'Abdil-Latif al-Minangkabawi (imam, khatib dan juga guru yang mengajar di al-Masjidil al-Haram) berkata:
"Maka Ibn Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim dan segala yang mengikut mereka itu ialah firqah yang telah keluar daripada Ahlis-Sunnah wal-Jama'ah, yang memerangi mereka itu akan Ahlis-Sunnah wal-Jama'ah dan mengkafirkan akan mereka itu dan dinamai mereka itu firqah "al-Wahhabiyyah".
Dan mereka itu telah banyak pada masa kita ini pada negeri Hindi dan Syam (Syria) dan Syarqi dan Mesir. Dan telah pula sampai kepada negeri kita ini (nusantara) mula-mula lalu padanya pada masalah melafazkan dengan niat dan sedikit lagi apabila sampai pula kitab-kitab Ibn Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim yang padanya syubhah-syubhah dan segala iktikad mereka itu yang batil yang telah lalu kenyataannya kepada mereka yang mengikut mereka itu barangkali menjadi pula daripada to'ifah Wahhabiyyah". Intaha.
Rujukan: "Risalah al-Khittotil-Mardiyyah fi Raddi Syuhbati Man Qala Bid'ah al-Talaffuz bin-Niyyah", Khazanah al-Fathaniah, Kuala Lumpur, 1427H/ 2006R, hlm.24.
Risalah ini ditulis oleh al-Syaikh Ahmad Khatib pada tahun 1326H/ 1908M.
Al-Syaikh al-Kiyahi Muhammad Faqih ibn Abdil-Jabbar al-Maskumambani al-Jawi (w.1356H/1937M) berkata dalam kitabnya "al-Nususul-Islamiyyah fi al-Ridd 'ala Madhhabil-Wahhabiyyah", pada [hlm.72] tentang Ibn Taimiyyah:
ﻭﺍﻟﺤﺎﺻﻞ، ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﻘﺎﻡ ﻟﻜﻼﻣﻪ ﻭﺯﻥ. ﺑﻞ ﻳﺮﻣﻰ ﻓﻲ ﻛﻞ ﻭﻋﺮ ﻭﺣﺰﻥ. ﻭﻳﻌﺘﻘﺪ ﻓﻴﻪ ﺃﻧﻪ ﻣﺒﺘﺪﻉ ﺿﺎﻝ ﻣﻀﻞ ﺟﺎﻫﻞ ﻏﺎﻝ، ﻋﺎﻣﻠﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻌﺪﻟﻪ، ﻭﺃﺟﺎﺭﻧﺎ ﻣﻦ ﻣﺜﻞ ﻃﺮﻳﻘﺘﻪ ﻭﻋﻘﻴﺪﺗﻪ ﻭﻓﻌﻠﻪ، ﺁﻣﻴﻦ
Maksudnya: "Hasilnya, sesungguhnya Ibn Taimiyyah tidak pernah menimbang perkataannya. Bahkan dia melontar pandangannya tanpa melihat akibat buruknya. Dan dapat disimpulkan tentang Ibn Taimiyyah bahawa dia seorang ahli bid'ah yang sesat lagi menyesatkan, seorang jahil dan culas. Semoga ALlāh membalas perbuatannya dengan keadilan-Nya, dan semoga ALlāh menjauhkan kita dari apa jua caranya, akidahnya dan perbuatannya. Amin"
ﻭﻻ ﺯﺍﻝ ﻳﺘﺘﺒﻊ ﺍﻷﻛﺎﺑﺮ ﺣﺘﻰ ﺗﻤﻸ ﻋﻠﻴﻪ ﺃﻫﻞ ﻋﺼﺮﻩ ﻓﻔﺴﻘﻮﻩ ﻭﺑﺪﻋﻮﻩ ﺑﻞ ﻛﻔﺮﻩ ﻛﺜﻴﺮ ﻣﻨﻬﻢ
Maksudnya: "Ibn Taimiyyah sentiasa mencari-cari kesalahan para ulama besar sehinggakan ramai ulama sezamannya menyanggahinya lalu menghukumkannya sebagai orang fasik dan ahli bid'ah. Bahkan ramai di kalangan ulama tersebut mengkafirkannya"
Rujukan: "Al-Nususul-Islamiyyah fi al-Radd 'ala Madhhabil-Wahhabiyyah", Sahifa, Sept.2015, cet.2,
Kitab ini ditulis oleh al-Syaikh al-Kiyahi Muhammad Faqih al-Maskumambani pada tahun 1922M.
Antaranya lagi termasuklah fatwa2 beliau yang bertentangan dengan pegangan Ahlus Sunnah wal-Jama'ah yang sebenar.
Justeru, fatwanya itu menjadi dasar keyakinan oleh puak Wahhabi melalui ulama idola dan rujukannya.
Bukti Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim dalam pegangan akidah mereka berdua, mereka berkeyakinan: "Neraka tidak kekal dan ada penghabisannya". Di antaranya lagi kata2 kontroversi Ibnu Taimiyah yang menggegarkan adalah pernyataannya bahawa neraka akan punah, dan bahawa siksaan terhadap orang-orang kafir di dalamnya memiliki penghabisan.
Kontroversi ini bahkan diikuti oleh murid terdekatnya; iaitu Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah (Lihat Ibn al-Qayyim dalam "Hadi al-Arwah Ila Bilad al-Afrah", h.579 dan h.582).
Dalam karyanya berjudul "ar-Radd ’Ala Man Qala Bi Fana’ an-Nar", Ibnu Taimiyah menuliskan sebagai berikut:
”Di dalam kitab al-Musnad karya ath-Thabrani disebutkan bahawa di bekas tempat Neraka nanti akan tumbuh tumbuhan Jirjir. Dengan demikian maka pendapat bahawa Neraka akan punah dikuatkan dengan dalil dari al-Qur’an, Sunnah, dan perkataan para Sahabat. Sementara mereka yang mengatakan bahawa Neraka akan kekal tanpa penghabisan tidak memiliki dalil, baik dari al-Qur’an maupun Sunnah” (Lihat "ar-Radd ‘Ala Man Qala Bi Fana’ an-Nar", h.67)
Apa yang telah ditetapkan oleh Ibn Taimiyah dan dikuatkan oleh muridnya ini sekarang telah menjadi dasar keyakinan kaum Wahhabi. Bahkan salah seorang pemuka mereka bernama Abd al-Karim al-Humaid, dengan bangga menulis satu buku yang ia beri judul ”al-Qaul al-Mukhtar Li Fana’ an-Nar”. Di dalamnya, dengan sangat tegas dan jelas sebagaimana judul buku tersebut, ia mengatakan bahawa Neraka akan punah, serta seluruh siksaan terhadap orang-orang kafir di dalamnya akan habis.
(Lihat "al-Qaul al-Mukhtar Li Fana’ an-Nar", hal.8, Riyadl, Saudi).
Hasbunallah.! Pertanyaannya; Lantas ke manakah orang-orang kafir itu? Ke Syurga? Na’udzubiLlāh.
Ini adalah salah satu kontroversi yang dicetuskan oleh Ibnu Taimiyah, -selain berbagai lagi kontroversi lainnya- yang menyebabkan berlakunya ”perang” antara dia dengan al-Imam al-Hafiz al-Mujtahid Taqiyyuddin as-Subki.
Hingga kemudian al-Imam as-Subki membuat risalah berjudul ”al-I’tibar Bi Baqa’ al-Jannah Wa an-Nar” sebagai bantahan keras terhadap aliran pemikiran Ibnu Taimiyah.
”Sesungguhnya keyakinan seluruh orang Islam adalah bahawa Syurga dan Neraka tidak akan pernah punah. Kesepakatan (Ijma’), Sudah barang tentu hal ini tidak boleh diragukan lagi, kerana kekalnya Syurga dan Neraka adalah perkara yang telah diketahui oleh seluruh lapisan orang Islam. Dan sangat banyak dalil yang menunjukan di atas hal itu”
(Lihat al-I’tibar Bi Baqa’ al-Jannah Wa an-Nar dalam ad-Durrah al-Mudliyyah Fi ar-Radd ‘Ala Ibn Taimiyah karya Al-Hafizh ‘Ali ibn Abd al-Kafi as-Subki, hal.60).
Sekian moga fahaman Jahmiyyah ini tidak meresap pada orang awam dan kita yang berilmu dalam akidah aliran Asya'irah dan Maturidiyah. Tolaklah Wahhabi dan ulama rujukan mereka.
Dan akhir-akhir ini kita lihat bagaimana pihak keselamatan menemui bukti, pengganas berpegang kepada ajaran Ibnu Taimiyah dan Muhamad Abdul Wahhab an-Najd al-Wahhabiyah yang menghalalkan darah orang yang tidak bersependapat dengannya.
Lalu ada pula PENTAKSUB Ibnu Taimiyah dan Muhamad Abdul Wahhab mengatakan pihak polis memfitnah Ibnu Taimiyah dan Muhamad Abdul Wahhab al-Wahhabi.
MEMBEDAH KITAB & FATWA IBNU TAIMIYAH
Akhir-akhir ini, pihak keselamatan Polis Diraja Malaysia bahagian Counter Terrorisme dibawah pimpinan SAC Datuk Ayub Khan, telah menahan ramai pengganas ISIS/DAESH dalam usaha menjaga keamanan negara dari anasir-anasir.
Hasil siasatan, didapati para pengganas yang ditahan menjadikan fatwa Ibnu Taimiyah dan Muhamad Abdul Wahhab an-Najd (Pengasas Mazhab Wahhabi) dalam menjalankan operasi keganasan dan membunuh orang-orang awam yang tidak berdosa.
Hasil pendedahan pihak Counter Terrorisme, maka menyalaklah para PENTAKSUB IBNU TAIMIYAH dan PARA PENTAKSUB WAHHABI.
Kata para pentaksub ini; INI ADALAH FITNAH. Kata para pentaksub ini lagi; INI ADALAH SALAH FAHAM KE ATAS FATWA IBNU TAIMIYAH.
Benarkah dakwaan para pentaksub ini ???
Nampak sangat para pentaksub ini sendiri TIDAK MEMBACA dan TIDAK TAHU INITIPATI ajaran Ibnu Taimiyah.
Maka disini, disajikan beberapa fatwa Ibnu Taimiyah yang dijadikan pegangan pengganas ISIS/DAESH dalam menyembelih umat Islam.
FATWA PERTAMA : Dalam kitab Majmû’ al Fatâwà, 5/391 ia (Ibnu Taimiyyah) menukil dan membenarkan fatwa Ibnu Khuzaimah:
مجموع الفتاوى [ جزء 5 – 391 ] نقل عن ابن خزيمة مقراً له قوله : (أن من أنكر أن الله استوى فوق سبع سمواته فهو كافر به حلال الدم، يستتاب، فان تاب وإلا ضربت عنقه وألقى على بعض المزابل
“Siapa yang mengingkari bahawa ALLAH BERSEMAYAM DI ATAS LANGIT KE TUJUH maka ia KAFIR KEPADA ALLAH, HALAL DARAHNYA, ia diminta bertaubat, apabila ia mahu bertaubat (maka ia dibebaskan) dan apabila tidak maka KEPALANYA HARUS DIPENGGAL DAN KEMUDIAN IA DIBUANG DI SAMPAH.!”
Ini adalah salah satu BUKTI JELAS NYATA, Ibnu Taimiyah membawa ajaran MENGKAFIRKAN orang yang tidak sefahaman dengannya. Malah menghalalkan darah orang yang tidak sefahaman dengannya. Lantas dijadikan panduan oleh pihak ISIS/ DAESH dalam melakukan keganasan.
TIDAK ADA SALAH FAHAM KE ATAS FATWA IBNU TAIMIYAH, KERANA IBNU TAIMIYAH SENDIRI YANG MENULIS DAN BERFATWA DALAM KITABNYA. IBNU TAIMIYAH MENGKAFIRKAN DAN MENGHALALKAN DARAH.
Hanya satu soalan. Mana dalil menghalalkan darah AHLI KIBLAT ?
Islam itu sudah sempurna. Kita tidak perlukan Islam ini ditambah dengan ajaran Ibnu Taimiyah dan Muhamad Abdul Wahhab al-Wahhabi.
FATWA KEDUA : Dengarlah fatwa Ibnu Taimiyyah dalam Majmû’ al Fatâwà, 6/353:
مجموع الفتاوى [ جزء 6 – 353 ] (فى الأثر أظنه عن عمر بن الخطاب أو عن ابن مسعود
من قال أنه مؤمن فهو كافر، ومن قال أنه فى الجنة فهو فى النار…)! انتهى
“Dalam atsar, kalau tidak salah dari Umar ibn Khattab atau dari Ibnu Mas’ud: "Barang siapa berkata bahawa ia Mukmin maka ia KAFIR. dan barang siapa berkata bahawa dia (kelak) di Syurga maka ia DI NERAKA…. ‘.”!
Fatwa ini juga JELAS, MENGKAFIRKAN orang-orang yang beriman. Lebih malang, PENDUSTAAN atas nama Saiyidina Umar al-Khattab radhiyāLlāhu 'anhu dibuat oleh Ibnu Taimiyah sebagaimana Syiah berdusta atas nama para Sahabat RasūluLlāh ﷺ untuk memburukkan para Sahabat radhiyaLlāhu 'anhum.
Mana dalil Al-Quran dan Hadith yang menghalalkan (membenarkan membunuh) darah umat Islam yang tidak sependapat dengannya? Tentunya tidak ada kerana mustahil Saiyidina Umar al-Khattab sebegitu jahil mengkafirkan orang tanpa nash dari Al-Qur'an dan hadith.
Pesanan saya kepada pentaksub Ibnu Taimiyah dan penganut Wahhabi, janganlah hendak berdusta atas nama Saiyidina Umar Al-Khattab.
FATWA KETIGA : Dalam kitab Majmû’ al Fatâwâ, 6/486, Ibnu Taimiyah menulis:
الذي عليه جمهور السلف!! أن من جحد رؤية الله فى الدار الآخرة فهو كافر! ….الخ
“Pendapat yang di atasnya JUMHUR SALAF adalah barangsiapa menentang bahawa ALLAH dapat dilihat di Akhirat maka ia KAFIR!…“
Jika diperhatikan kebanyakan fatwa Ibnu Taimiyah ini tidak ada kerja lain, melainkan MENGKAFIRKAN umat Islam itu sendiri.
FATWA KEEMPAT : Dalam Majmû’ al Fatâwâ, 12/523 Ibnu Taimiyyah berkata:
مجموع الفتاوى [ جزء 12 – 523 ] يقول: ( … الجهمية الذين كفرهم السلف وقالوا يستتابون فان تابوا والا قتلوا
“… al-Jahmiyah yang telah DIKAFIRKAN dan DIHARUSKAN BERTAUBAT oleh Salaf, jika mereka mahu bertaubat maka bebaslah mereka, dan jika menolak maka mereka HARUS DIBUNUH!”
Sekarang Ibnu Taimiyah sudah berdusta pula atas nama Salaf bagi membenarkan dia menghukum orang yang tidak sealiran dengannya sebagai KAFIR dan MENGHALALKAN DARAHNYA.
Mana dalil Al-Qur'an dan Hadith dari Ibnu Taimiyah itu?
DALAM AJARAN ISLAM :
1. Yang diarah untuk dihukum bunuh ialah pelaku kejahatan jenayah iaitu :
a. Pembunuh
b. Seorang yang sudah ada isteri/suami tetapi berzina.
c. Pemberontak negara "baghyu".
Tetapi di sini Ibnu Taimiyyah jelas sengaja mereka-reka beberapa hukuman syari’at baru dari dirinya sendiri. Dan tentunya yang demikian menurut para pengikutnya sendiri adalah KEKAFIRAN dalam hal Syari’at!
FATWA KELIMA : Dalam Majmû’ al Fatâwâ, 34/213
مجموع الفتاوى [ جزء 34 – 213 ] عندما سئل عن (الحشيشة) يقول: ( أكل هذه الحشيشة الصلبة حرام وهى من أخبث الخبائث المحرمة، وسواء أكل قليلا أو كثيرا، لكن الكثير المسكر منها حرام باتفاق المسلمين، ومن استحل ذلك فهو كافر، يستتاب، فان تاب وإلا قتل كافرامرتدا، لا يغسل ولا يصلى عليه ولا يدفن بين المسلمين، وحكم المرتد شر من حكم اليهودى والنصرانى
Dalam Majmû’ al Fatâwâ, 34/213 ketika ia ditanya tentang Hasyîsyah (sejenis tumbuhan narkotik/ dadah/ hashis): “Memakan Hasyîsyah keras itu haram hukumnya. Ia paling buruknya benda-benda buruk yang diharamkan. Baik mengambilnya sedikit mahupun banyak. Tetapi dalam jumlah banyak yang sampai memabukkan haram hukumnya sesuai kesepakatan umat Islam. Dan barang siapa menghalalkannya maka ia KAFIR, ia harus diminta bertaubat, apabila mahu bertaubat maka bebas, dan apabila tidak maka HARUS DIBUNUH SEBAGAI SEORANG YANG KAFIR MURTAD, TIDAK PERLU DIMANDIKAN DAN DISOLATKANI SERTA TIDAK BOLEH DIKEBUMIKAN DI PERKUBURAN KAUM MUSLIMIN. dan hukuman atas orang yang murtad lebih jahat dari hukuman atas Yahudi dan Nashrani.”
Dari fatwa tersebut, Ibnu Taimiyah tidak hanya sekadar pengharaman sahaja, malah lebih dari itu, penghalalan darah. Maka atas dasar itulah maka boleh membunuh orang yang menganggap halal sesuatu yang mereka anggap haram seperti merokok. Sedangkan, di kalangan ulama sendiri perkara-perkara ini masih diperselisihkan… Apa yang difatwakan Ibnu Taimiyyah adalah penetapan syari’at secara peribadi, bukan syari’at Ilahi. Agama hanya milik ALLAH bukan milik Ibnu Taimiyyah.
FATWA KEENAM : Dalam fatwa ini Ibnu Taimiyah menyuruh agar peperangan dicetuskan jika berlaku perbezaan pendapat dalam urusan furu' agama (perkara khilafiyah).
Ibnu Taimiyah memfatwakan hukuman mati atas siapa yang mengeraskan bacaan niat dalam solat… Seperti yang biasa dijalankan para pengikiut mazhab Syafi’e.
Ibnu Taimiyyah berkata:
يقول في وفي مجموع الفتاوى [ جزء 22 -/ 236 ] (الجهر بلفظ النية ليس مشروعا عند أحد من علماء المسلمين ولا فعله رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولا فعله أحد من خلفائه وأصحابه وسلف الأمة وأئمتها، ومن إدعى أن ذلك دين الله وأنه واجب فإنه يجب تعريفه الشريعة وإستتابته من هذا القول، فإن أصر على ذلك قتل)!!.. انتهى
“Menjaharkan/mengeraskan suara dengan redaksi niat tidak disyari’atkan menurut seorang pun dari para ulama, dan tidak dipraktikkan oleh RasūluLlāh ﷺ., dan tidak juga dilakukan oleh seorang pun dari para Khalifah dan para Sahabat beliau serta Salaf dan para imam umat ini.
Dan siapa mendakwa bahawa hal demikian itu adalah termasuk dari agama ALLAH dan ia adalah wajib maka ia harus diberitahu/dikenalkan kepadanya Syari’at yang benar dalam masalah ini dan diminta untuk bertaubat dari pendapat itu. Jika ia berkeras memegangi pendapatnya maka ia HARUS DIBUNUH.” !!
Beberapa kesilapan besar dalam fatwa Ibnu Taimiyah tersebut.
1. Menjaharkan bacaan niat solat adalah perkara khilafiyah dan DILAKUKAN oleh Salaf. BUKTINYA, Imam Syafi'e adalah ulama Salaf dan murid-muridnya di zamannya adalah goongan salaf dan MEREKA SEBAGAI GOLONGAN SALAF, MENJAHARKAN bacaan niat Solat. Jadi apa alasan Ibnu Taimiyah dan al-Wahhabi mengatakan orang Salaf tidak menjaharkan bacaan niat solat?
2. Mana dalil nash berbeza pendapat atas perkara khilafiyah wajib dihukum bunuh ? Tidakkah ini SATU BID'AH DHALOLAH yang tidak diajarkan oleh RasūluLlāh ﷺ, para Sahabat, para Salafussoleh ?
3. Maknanya, darah umat Islam yang bermazhab Syafi'e adalah HALAL. Apa bezanya Ibnu Taimiyah yang menghalalkan darah umat Islam berakidah Ahlus Sunnah wal-Jamaah dengan Syiah yang juga menghalalkan darah umat Islam berakidah Ahlus Sunnah wal-Jamaah? TERNYATA TIDAK ADA BEZANYA IBNU TAIMIYAH DENGAN SYIAH.
Oleh itu,... dimana sebenarnya SALAH FAHAM pihak Counter Terrorisme Polis Diraja Malaysia dalam menyatakan bahawa fahaman Ibnu Taimiyah yang MENGKAFIRKAN dan MEMBUNUH UMAT ISLAM menjadi asas pegangan ISIS/ DAESH ?
Percayalah; jika para pentaksub Ibnu Taimiyah ini memegang kuasa, pasti ramai umat Islam yang tidak berdosa akan dibunuh.
AGAR KESUCIAN ISLAM TERPELIHARA.
Edit dan kemasan oleh Lebai Kampung

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej