Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, June 4, 2019

Al Alamah Tuan Guru Syeikh Haji Wan Ibrahim Bin Wan Abdul Qadir | Pak Cu Him



AyobHussin Pulau Keramat
Just now
ADUN Belantek Ustaz Haji Mohd Isa Shafie added a new photo to the album: Ulama Alam Melayu.
Al Alamah Tuan Guru Syeikh Haji Wan Ibrahim Bin Wan Abdul Qadir | Pak Cu Him ( 1892 - 1968 )
Beliau merupakan adik bongsu kepada Ulamak Besar Alam Melayu Pak DaEil . Seperti post yang sebelum ini , Pak Cu Him juga berasal daripada keturunan para auliya kerana :
Datuknya : Syeikh Wan Mustaffa Bin Wan Ahmad / Tok Wan Pa / Tok Lailatul Qadar / Tok Bendang Daya Pertama
Ayahnya : Syeikh Wan Abdul Qadir Bin Wan Mustaffa ( Tok Bendang Daya Kedua )
Bapa Saudaranya :
1. Syeikh Wan Daud " Sibawaih Melayu" (Guru Tok Kenali)
2. Syeikh Wan Muhammad Zain Bin Wan Mustaffa Al Fathani ( Ayah Syeikh Ahmad )
3. Syeikh Wan Abdul Latif Bin Mustaffa ( Penyebar Islam Bangkok )
Abangnya : Syeikh Wan Ismail Bin Wan Abdul Qadir al Fathani | Pak Da Eil ( Pengarang Kitab Bakuroh Amani )
Sepupunya : Sibaweh Soghir Syeikh Wan Ahmad Bin Wan Muhammad Zain Al Fathoni ( Pengarang Kitab Faridatul Faraid )
Beliau dilahirkan di Bendang Daya , daerah Binjai Lima , Patani dan mendapat pendidikan awal di kampungnya . Pada tahun 1895 , beliau ke Mekah bersama abangnya Pak Da Eil yang ketika itu berusia 13 tahun .
Diantara guru beliau ialah :
1. Tok Jakar ( 1870-1944 ) - Mengaji selama 6 tahun
2. Tuan Guru Haji Wan Setang - Bermin, Patani.
3. Pak Cu Yeh Tok Raja Haji ( Meninggal 1935 ) - Pondok Tok Raja Haji, Jambu
4. Pak Da ‘El Mekah ( 1882-1965 )- Abangnya
5. Pak Cik Wan Daud Patani (1866-1936 ) - Ayah saudara
6. Che Pak Ya al-Ramani
7. Syeikh Ali al Maliki
8. Syeikh Muhammad Bin Abdul Qadir al-Jawi al-Fatani
Pak Chu Him merupakan menantu kepada pengasas pondok Gajah Mati di Pendang , Kedah iaitu Tuan Guru Haji Ismail Che Dol . Selepas Tuan Guru Haji Ismail meninggal , Pak Cu Him telah menjadi penyambung warisan Pondok Gajah Mati dan menerajui pondok tersebut sehingga pernah suatu masa jumlah pelajarnya hampir 600 orang .
Beliau digelar “Sibawaih” kerana beliau boleh baca matan Alfiyyah secara songsang (daripada akhir matan hingga awal matan). Orang tidak berani baca barzanji dihadapan beliau sebab beliau mahir baca barzanji dengan pelbagai wajah.
Disamping itu , beliau juga terpilih sebagai ahli didalam satu kumpulan ulamak Kedah seramai 40 orang yang digelar '40 Raja' yang ditubuhkan oleh Sultan Kedah ketika itu . Bersama beliau ialah Tuan Guru Haji Ahmad Rubat & Tuan Guru Haji Abdul Aziz Pendang .
Diantara anak murid beliau ialah
1. Syaikh Abdul Qadir Al-Mandili (Pengarang kitab Penawar Bagi Hati).
2. Tuan Guru Mahmud Zuhdi Pondok Lanai
3. Tuan Guru Haji Salleh Sik
4. Tuan Guru Haji Ahmad Kuala Nerang
5. Tuan Guru Haji Wan Izuddin | Pak Njang Izuddin - Anak beliau
Beliau meninggal dunia ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan jasadnya di Tanah Perkuburan Gajah Mati , Pendang .
Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin
Kredit: Tengku Yusuff

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej