Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, June 4, 2019

Tika hidupnya, Armarhum Tuan Haji Fadzil Noor dikritik, dikutuk, dihina di segala sisi

Tika hidupnya, Armarhum Tuan Haji Fadzil Noor dikritik, dikutuk, dihina di segala sisi. Apa yang dibuat untuk agama Islam diperlekehkan.

Hinggalah detik kematiannya. Allah tunjukkan kekuasaan-Nya. Kematiannya dibanjiri ribuan manusia. Tika itu, manusi
a yang mengkritiknya mula terbuka hati.

Malah, saat kematiannya, Armarhum sempat berdakwah kepada pilot pesawat yang membawa jenazahnya. Bayangkan, awan memayungi pesawat ini dari Kuala Lumpur hingga ke Kedah!

Tahun 2015, Armarhum Tuan Guru Nik Aziz pula meninggalkan kita.

Skripnya sama. Waktu beliau hidup, Armarhum dikritik, difintah, dimaki dari segala sudut. Bagai tubuh badannya langsung tiada kebaikan.

Namun di saat kematiannya, jalan menuju ke Kelantan sesak! Ribuan hadir, malah hampir semua masjid membuat solat jenazah ghaib untuknya selepas solat jumaat didirikan.

Siaran TV juga selalu menyiarkan bacaan suci Al-Fatihah pasca pemergiannya.

Kini, salah satu susuk tubuh yang menjadi kecaman manusia di muka bumi Malaysia adalah Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Segala apa yang dibuat, dikritik. Pandangannya diputar belit. Dia dituduh menjual agama, Pak lebai pemakan dedak, dan seribu satu lagi kata cacian yang tidak sanggup saya taipkan di sini.

Mahu berbeza pandangan, tidak mengapa. Tapi jangan disanggup mengutuk dan memaki.

Dalam kita mengkritiknya, beliau telah menulis 98 buah buku, yang kesemuanya adalah buku ilmiah dari sudut agama dan politik.

Dalam kita mengutuknya, beliau diangkat sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulamak Muslim Sedunia.

Dalam kita memakinya, beliau disenaraikan salah seorang 500 muslim yang berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpangkalan di Amman, Jordan.

Dalam kita terus menfitnahnya, beliau bila-bila masa saja akan menghadap Ilahi.

Pada masa itu, masih sempatkah untuk kita memohon maaf padanya?

Fitrah manusia. Bila dirinya tiada, barulah kita menjaja sisi kebaikkannya.

Moga mati kita nanti di dalam mati yang husnul khotimah. Kita semua mati dalam kebaikan, tanpa ada manusia yang mencela. Amin.

"Islam Memimpin"

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej