Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, June 1, 2019

Hukum menziarahi tempat ibadah orang kafir

Diantara tempat lawatan dan pelancongan ialah tempat ibadah orang kafir . oleh itu kita kena mengetahui Hukum menziarahi tempat ibadah orang kafir
PARA ULAMA BERSELISIH PENDAPAT DALA M PERKARA INI. ADA 3 PENDAPAT:-
PERTAMA: Mazhab Maliki dan mazhab Hambali mengharuskan menziarahi tempat ibadah orang kafir ini. (kitab Jawahirur iklil dan Kasyaful qina’)
KEDUA; Mazhab Syafie menyatakan harus sekiranya tiada patung dalam tempat tersebut. (mughnil Muhtaj)
KETIGA: Mazhab hambali yg mengharamkan masuk dalam tempat ini kerana ini adalah tempat syaitan (Raddul Mukhtar)
HUJJAH DARI PARA SAHABAT YG MENGHARUSKAN MASUK
1. Abu Musa al-Asyari solat di gereja di Damsyik Syiria (kitab ibnu abi syaibah)
2. Perjanjian yg dilakukan oleh Umar ra dgn orang2 Nasrani yg panggil “ Syurut2 alumariah” iaitu:-
“وأن لا نمنع كنائسنا أن ينزلها أحد من المسلمين في ليل ولا نهار, وأن نوسع أبوابها للمارة وابن السبيل, وأن نُنزِل من مر بنا من المسلمين ثلاثة أيام ونطعمهم” (البيهقي 18717
“Tidak dihalang mana2 orang islam untuk memasukinya pada waktu siang atau malam, hendaklah diluaskan pintunya untuk orang lalu lalang dan orang yang bermusafir dan menjadi tuan rumah kepada orang yang singgah selama 3 hari serta memberi makan kepadanya.”
3. Masuknya sebahagian isteri Nabi saw ke gereja di habsyah tanpa ditegah oleh Rasulullah saw:-
, وكانت أم سلمة وأم حبيبة رضي الله عنهما أتتا أرض الحبشة فذكرتا من حسنها وتصاوير فيها, فرفع النبي صلى الله عليه وسلم رأسه فقال: “أولئك إذا مات منهم الرجل الصالح بنوا على قبره مسجدًا، ثم صوروا فيه تلك الصورة, أولئك شرار الخلق عند الله” (البخاري 1341)
Ummu salamah dan Ummu Habibah pergi ke bumi Habsyah dan mereka menceritakan kecantikannya dan patung2 disana. Kemudian Nabi saw mengangkat kepala dan berkata “Mereka itu ialah orang2 yang apabila matinya lelaki soleh akan dibina masjid diatas quburnya kemudian mereka membina patung lelaki soleh tadi. Mereka adalah seburuk-buruk manusia disisi Allah.
Ada sejarah Umar yg menolak untuk masuk ke gereja kerana terdapat patung seperti disebut dalam kitab Musannaf Abdur Razzak:
“لما قدم عمر الشام صنع له رجل من عظماء النصارى طعامًا ودعاه، فقال عمر: إنا لا ندخل كنائسكم من الصور التي فيها. يعني التماثيل” (عبد الرزاق 1610)
Apabila Umar ra sampai ke Syam , seorang lelaki dari kalanagan pembesar Nasrani menyediakan makanan dan memanggil Umar ra. Umar menjawab “ Kami tidak masuk gereja yang ada patung.”
Athar ini ditafsirkan bahawa Umar menolak atas kapasiti sebagai pemimpin dan ditakuti menimbul fitnah. Tafsiran ini dikuatkan apa yg disebut oleh Ibnu Quddamah dalam kitabnya:
“…..وروى ابن عائد في فتوح الشام أن النصارى صنعوا لعمر رضي الله عنه حين قدم الشام طعامًا فدعوه فقال: أين هو؟ قالوا: في الكنيسة, فأبى أن يذهب وقال لعلي: امض بالناس فليتغدوا, فذهب علي رضي الله عنه بالناس فدخل الكنيسة وتغدى هو المسلمون وجعل علي ينظر إلى الصور وقال: ما على أمير المؤمنين لو دخل فأكل” (المغني 8/113).
Ibnu Ai’d telah meriwayatkan dalam pembukaan kota Syam , bahawa orang2 kristian menghidangkan Umar yg baru tiba. Umar ra bertanya “ Dimana jamuan?”
Mereka berkata “ Di gereja.” Lalu Umar berkata kpd Ali ra “ Pergilah engkau dgn orang lain untuk makan tengahari.” Ali pun pergi bersama orang lain dan mereka makan tenghari di gereja tersebut. Ketika itu Ali ra melihat patung2 dan berkata “Kenapa kalau Umar masuk dan makan”
KEADAAN YANG DIHARAMKAN PERGI:-
1. Semasa ada perayaan mereka. Umar menyebut dalam sanad yg sahih:
“لا تدخلوا عليهم في كنائسهم يوم عيدهم، فإن السخطة تنزل عليهم” (عبد الرزاق 1609).
“Jangan kamu masuk dalam gereja2 semesa perayaan mereka. Sesungguhnya kemurkaan akan kpd mereka ketika itu.”
2. melakukan syiar atau cara ibadah mereka seperti sujud dan sebagainya.
3. Jika ditakuti timbulnya fitnah disebalik ziarah tersebut seperti tohmahan .
4. Tiada keiizinan dari mereka untuk masuk.
5. merosakkan atau menghina tempat tersebut.
KESIMPULAN : HARUS MASUK SEKIRANYA BEBAS DARI KELIMA-LIMA PERKARA DIATAS.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej