Ketika Islam Lemah di akhir zaman, tika islam mula jadi dagang, maka musuh musuh Islam mula membuat lengkong untuk mengepung jama'ah Islam. Mereka bercadang nak meratah, nak memusnah harakah dan Ulama. Kerana Ulama lah Islam dapat "survive" meneruskan perjuangan. Tanpa Ulama , Islam akan hancur. Sekarang Ulama semakin kurang semakin tua dan lemah, maka musuh musuh Islam berani datang mengepung.
Islam akan kembali dagang. Dagang dlm makna Islam kan jadi jumlah yg kecil dan sedikit, keompok yg kecil dan sedikit inilah yg memacu dan memperjuang Islam tika Nabi Muhammad saw mula mula dilantik menjadi Rasul.
Sebelum ini hanya UMNO yg menyerang PAS, sekarang selepas kawan sendiri dlm PAS dan PR yaitu PASMA .. kini timbul pula puak puak hizbut tahrir pun tumpang sekaki menghentam Ulama kita . Apa hak mereka ?
... = > lihat link di bawah.
https://www.facebook.com/profile.php?id=100008938689886&fref=ts
Harakah Islam dikepung dan diserang serata penjuru.
Ini bermakna PAS sudah jadi dagang ! Mungkin inilah dagang yg dimaksudkan.
Kini di Malaysia, PAS menjadi harakah Islam, di tempat lain negara lain mungkin harakah yg jenama yg lain. Tak kisahlah di mana pun .... harakah Islam akan jadi dagang walau pun di mana mereka berada.
Ulama-ulama
Kedah kata haram syarie sokong dan terlibat dengan
PASMA
kerana peranan
PASMA lebih
kepada memecahbelahkan
saf perjuangan suci
ISLAM.
Semoga Allah pelihara
ulama-ulama
ikhlas dalam
PAS dan
menghancurkan para munafik di dalam PAS
Kita org yg faham pesanan pesanan Nabi kena faham dan terus istiqaamah dlm perjuangan. Jangan lari dari Ulama walau apa terjadi walau pun hanya tinggal 313 org !!!
Islam akan dari sedikit semula ! Yg sedikit itulah kaum yg beruntung !
Fikir aqal kita tak akan sampai . Ini jauh dari jangkauan aqal tapi Nabi sudah bagi peringatan .
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". Sahih Nuslim 118
Keterangan:
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat.
Dari Ibnu Umar r.a, dari nabi saw, sabdanya:
Sesungguhnya Islam itu mulanya asing dan akan kembali asing bagai semula. Dia akan kembali kepada dua masjid sebagimana ular kembali ke sarangnya"
Sahih Muslim 119
Dari abu hurairah r.a, katanya rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya Iman itu akan kembali ke Madinah seperti ular kembali ke sarangnya"
Sahih Muslim 120
https://www.facebook.com/profile.php?id=100008938689886&fref=ts
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej