Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, March 2, 2015

Sapa sapa kawan dari PKR atau sapa sapa saja yg mahir politik .. boleh bagi pencerahan ??

Sapa sapa kawan dari PKR atau sapa sapa saja yg mahir politik .. boleh bagi pencerahan ????!!!
Saya terperasan, org kita makin berpecah sejak penubuhan PKR.
Maaf itu cuma apa apa yg saya nampak .. mungkin saya salah ... ? sila bagi pencerahan .

sejak penubuhan pkr, org melayu terpecah lagi . org PKR berasal dari BN , ramai melayu di dalamnya. sejak krisis 1998, Ada melayu menyertai PKR ...ada yg sertai PAS ... adakah ini bukan perpecahan ? Kalau bukan perpecahan... kita nak panggil apa ?


Parti KeADILan Rakyat
FASAL 5 : TUJUAN DAN MATLAMAT PERJUANGAN

5.1 Mewujudkan masyarakat adil dan negara demokratik yang progresif serta bersatu.

5.2 Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen, dan mendukung hak serta kuasa rakyat, dan berusaha untuk memantapkan sistem politik negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat.

5.3 Menegakkan kedaulatan undang-undang yang adil, media massa serta kehakiman yang bebas, dan pasukan keselamatan yang mendukung prinsip-prinsip profesionalisme.

5.4 Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua.

5.5 Menghayati Islam sebagai agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin dan menggalakkan peranan agama serta nilai-nilai sejagat untuk menegakkan kebenaran, keadilan, ketinggian akhlak, pembangunan insan dan martabat manusia.

5.6 Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, disamping menjamin hak rakyat mengguna, mempelajari dan mendapat pendidikan dalam bahasa-bahasa lain; dan menggalak perkembangan kebudayaan serta kesenian Malaysia, berasaskan unsur-unsur unggul daripada semua warisan peradaban yang wujud di negara ini.

5.7 Mengukuhkan sistem pemerintahan Persekutuan yang adil, bertanggungjawab serta demokratik dalam mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kekuasaan kerajaan Pusat.

5.8 Mempertingkatkan kemuliaan insan, nilai keehsanan serta budaya ikram, menegakkan hak asasi manusia, dan berpegang teguh kepada prinsip intergriti dan akauntabiliti dalam bidang ekonomi, politik dan pentadbiran.

5.9 Melaksanakan ekonomi yang adil serta dinamik, yang mengutamakan pertumbuhan serta pengagihan yang adil, dan bebas daripada penindasan, kecurangan serta pembaziran, disamping mengatasi kemiskinan dan mencegah penumpuan kekayaan.

5.10 Berasaskan prinsip keadilan, mempastikan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak digunakan khusus untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi mereka yang miskin dan terbiar, serta pembelaan yang adil bagi golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputra yang miskin dan terbiar, demi mencapai kesaksamaan untuk perpaduan nasional.
5.11 Menyediakan kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, pengangkutan awam yang bermutu dengan bayaran yang berpatutan sebagai tanggungjawab sosial pemerintah, terutama sekali bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

5.12 Memperjuangkan serta menjamin hak bekerja, upahan yang adil, keselamatan di tempat kerja dan mutu kehidupan yang baik untuk setiap orang.

5.13 Mempertingkatkan martabat dan peranan wanita dalam kehidupan masyarakat, menjaga hak serta kepentingan mereka dan memastikan mereka mencapai taraf yang saksama serta tidak menjadi mangsa diskriminasi dan eksploitasi.

5.14 Memperjuangkan hak dan pengembangan potensi belia dan remaja serta menjamin peranan yang bermakna bagi mereka dalam semua bidang kehidupan.

5.15 Meningkatkan mutu hidup Orang Asal di samping menghormati Adat mereka, menyediakan rancangan pembangunan yang sesuai setelah berunding dengan mereka, dan melindungi hak mereka ke atas Tanah Adat.

5.16 Melindungi alam semulajadi daripada pemusnahan; mencegah perosakan serta meningkatkan mutu alam sekitar dan memastikan pembangunan yang mapan.

5.17 Menegakkan sistem antarabangsa baru yang adil serta demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas serta beretika, menyediakan persekitaran yang sesuai untuk melahirkan masyarakat berilmu yang dapat menghadapi cabaran globalisasi yang mengancam kepentingan negara, rakyat dan manusia sejagat dan seterusnya melindungi ekonomi, politik serta keselamatan negara daripada kuasa-kuasa besar dunia.


apa yg saya bimbang ialah peringatan Allah terhadap mukmin...

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ 85 - (ال عمران)


Dan siapa yg mencari agama (undang undang / perlembagaan / matlamat perjuangan) selain dari Islam, maka ia akan tertolak tidak diterima, dan di akhirat nanti dia akan masuk di kalangan org org yg rugi...


kita disuruh bersungguh sungguh memenuhi kehendak agama, usaha semaksima mungkin ... yakni kita cuba pilih yg terbaik , yg paling baik dlm agama, yg paling baik diantara pemimpin agama, mereka yg terbaik menjalankan syariat agama ... itu saja lah yg ada ... buat masa ini TGHH saja yg ada untuk pimpin umat islam ... kalau ada yg lebih baik lagi , kita akan terima kerana akur dengan firman Allah ini ! 

Kalau memilih pemimpin sekular , ini bermakna kita tidak akur dengan arahan Allah ......



Sekular ialah tidak mengambil dan tidak meletakkan hukum hakam Agama di depan..... berbuat sesuatu tidak bersandarkan agama serta menganggap ia sebagai suatu perkata di luar Agama , Parti yg tidak ada perlembagaan alquran di dalammya ... pendeknya nak senang faham ... parti yg kita sertai itu tidak ada langsung di dalam nya perlembagaan alquran sebagai contoh UMNO, DAP dan PKR .... sama saja 

PAS ada perlembagaan alquran dalamnya !

Untuk kita mengatakan parti atau hizbun itu Islam , ialah menerima dan akur dengan alquran dan hadis

serupa macam kita manusia juga, syarat nak jadi Islam ialah mengucap dua kalimah syahadah.... bila dah mengucap dengan rela hati maka Islam lah dia WALAUPUN TIDAK MENGAMALKAN SURUHAN ALLAH seperti solat, zakat, puasa, tidak menutup aurat dan sebagainya .... itu dikira pasiq dan berdosa besar tapi tak terkeluar dari Islam selagi tidak buat kesalahan aqidah !

Parti pun begitu lah juga .. kalau dah terima alquran dan hadis, ijmak ulama dan qias, maka parti itu sudah jadi parti Islam WALAUPUN MASIH TIDAK LAGI MENJALANKAN HUKUM ISLAM .... 

Boleh hadam ?

  • Rahim Hussin Jika ditakdirkan Allah, ayah aku dianiya, dizalimi dan difitnah sehingga dihumban dalam penjara hanya kerana ayah aku berjuang mendedahkan kebatilan kerajaan mengapa tidak aku serta semua adik bradik bangkit menuntut keadilan. Jika ramai yang simpati dan menyokong perjuangan aku tidak salah aku menubuhkan parti yang didalamnya ahli yang menuntut keadilan bukan untuk bapa aku sahaja tetapi untuk rakyat juga. Selagi ahli menyokong aku adikbradik memegang jawatan dalam parti kami akan tetap teruskan perjuangan. Mereka tidak alami apa yang kami rasai. Mereka boleh melabelkan kami dengan bermacam-macam gelaran tetapi perjuangan tetap diteruskan melawan kerajaan zalim. Begitulah rasanya pahit maung sebuah keluarga yang tabah menghadapi dugaan. Keluarga kita macama pula???
  • Ayob Hussin hmmm hmmm ok lah tuan Rahim Hussin , nanti kalau saya kena inaya oleh UMNO / BN .. sya pun nak buat lagi satu Parti ... nak letak nama parti apa pula tak tau lah .....
  • Rocx Nie PAH,,, parti Ayob Husin.. hahahaha..
    11 hours ago · Unlike · 1
  • Ayob Hussin keh keh
  • Rocx Nie PRH parti Rahim Hussin
    11 hours ago · Unlike · 1
  • Rocx Nie PRN Parti Rocx Nie... beratus parti aka wujud.. akakaka.. kerana aniaya.. lepas tu, satu satu parti mampuih.


https://keadilankimanis.wordpress.com/perlembagaan-2/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej