قال الإمام الشافعي رحمه الله:ليس العلم ما حُفِظ، العلم ما نفع.
Khamis, 2
Julai 2009
SITI MARYAM BINTI IMRAN MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN GOSPEL:
SUATU KAJIAN PERBANDINGAN AGAMA LATAR BELAKANG KAJIAN Seperti yang diketahui,
Maryam binti Imrān adalah salah seorang wanita yang mempunyai kisahnya di dalam
Al-Qur’ān. Beberapa surah telah menceritakan kisahnya yang mempunyai keimanan
dan ketaqwaan yang kukuh kepada Allah S.W.T. Keimanannya amat kuat serta
sentiasa beribadat kepada Allah tanapa jemu. Sekaligus beliau adalah antara
calon-calon yang akan dijanjikan syurga. dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di
Dalam Kitab Al-Qur’ān ini perihal Maryam….. ( Surah Maryam: 16 ). Bapanya adalah
seorang pendita Bani Israil yang bernama cImrān bin Matsan. Manakala ibunya
bernama Khannah binti Faqudz. Mereka kedua-duanya mempunyai keinginan ataupun
harapan yang tinggi untuk mendapatkan seorang cahaya mata setelah lama
berkahwin. Tetapi harapan mereka tidak tercapai sehinggalah usia mereka sudah
meningkat senja (Jabir Asy- Syal. 1994: 66). Pada suatu hari sedang Khannah
duduk di bawah sebatang pokok pada suatu petang. Sedang asyik dia menyulam,
tiba-tiba dia melihat seekor burung berputar-putar di atas sarangnya. Pada paruh
burung itu terdapat secubit makanan lalu disuapkan ke dalam mulut anaknya yang
berada di dalam sarangnnya. Apabila melihat situasi itu Khannah pun memanjatkan
doanya kepada Allah supaya dikurniakan seorang anak lelaki. Dia juga turut
berhajat di dalam doanya itu jika dikurniakan anak lelaki akan dihantarnya anak
itu ke Baitul Maqdis (Rumah Suci) untuk menjadi penjaga dan pengawal tempat itu
diatas rasa syukurnya kepada yang Maha Esa (Jabir Asy- Syal. 1994: 66). Setelah
beberapa lama masa berlalu, dengan kuasa Allah yang Maha Esa Khannah pun
mendapati dirinya telah mengandung. Dia pun memceritakan khabar tersebut kepada
suaminya serta hajatnya untuk menghantar anak tersebut ke rumah ibadat. Tetapi
suaminya tidak begitu bersetuju kerana bimbang anak yang bakal dilahirkan itu
adalah perempuan. Pada suatu hari dengan kuasa Allah jua suaminya cImrān telah
meningal dunia sebelum sempat melihat anak mereka yang bakal lahir. Hanya kepada
saudara perempuannya sahaja tempat Khannah mengadu kesedihan iaitu Isya’ dan
Zakaria bin Bardhiya (Jabir Asy- Syal. 1994: 67). Kemudian tibalah masa yang
ditunggu-tunggu, Khannah telah melahirkan anak dan bayi tersebut adalah
perempuan lalu diberikan nama sebagai Maryam. Khannah lalu membungkus anak
tersebut dibawanya ke rumah ibadat sepertimana nazarnya. Lalu diserahkan kepada
pendita di situ. Masing-masing ingin memelihara bayi itu kerana Maryam adalah
anak kepada cImrān merupakan orang yang amat terkenal dan soleh (Jabir Asy- Syal.
1994: 68). Kemudian Maryam telah dipelihara oleh Zakaria bersama isterinya
dengan penuh kasih sayang setelah mereka mengundi dengan pendita-pendita yang
lain siapakah yang layak memelihara Maryam. Sehinggalah Maryam dewasa, Zakaria
telah membina sebuah kamar khusus untuknya sebagai tempat untuk beribadat kepada
Allah S.W.T. (Jabir Asy- Syal. 1994: 68) Dapat dilihat kekuatan keimanannya dan
ibadatnya kepada Allah S.W.T. Sianggnya berpuasa, malamnya beribadat serta
bertasbih. Kekuatan imannya terbukti apabila zakaria sendiri menyaksikan apabila
dia mahu menghantar makanan kepada Maryam dilihatnya selonggok buah musim panas
pada musim dingin dan sebaliknya. Begitulah setiap kali apabila Zakaria pergi ke
tempat ibadat Maryam. apabila ditanya dari mana datangnnya buah-buahan tersebut
Maryam menyatakan ia datang dari Allah. Kemudian kisah yang paling besar terjadi
kepada Maryam juga adalah apabila beliau telah mengandung walaupun Maryam adalah
wanita yang menjaga kesuciannya. Tetapi itu adalah kurniaan Allah yang maha
berkuasa. Seterusnya di dalam Gospel juga turut diceritakan kisah Maryam ataupun
lebih dikenali sebagai Mary. Dan di dalam Gospel, dikatakan Maryam amat
berhubung rapat dengan isteri Zakaria iaitu Elizabeth. Dan diceritakan juga
Maryam tinggal di Nazareth di Galilee kemungkinan bersama ibu bapanya. Kemudian
telah betunang dengan Joseph. Sesetengah ahli-ahli ilmuan kristian menyatakan
bahawa Maryam menyukai Jospeh yang merupakan keturunan Nabi Daud . Apabil Maryam
mendapat perkhabaran dari malaikat bahawa dia mengandungkan seorang penyelamat
ataupun Messiah, lalu Joseph pun diarahkan oleh malaikat untuk mengahwini Maryam
Terdapat dua asas utama di dalam Kristian di dalam mempercayai tentang Maryam.
Iaitu berkaitan dengan ibu kepada tuhan dan juga kesuciannya yang mana amat
berhubung rapat dengan Jesus secara jelasnya terdapat di dalam Gospel. Oleh yang
demikian, berdasarkan ringkasan kisah Maryam yang saya ambil dari dua sumber
iaitu berdasarkan kisah di dalam Al-Qur’ān dan Gospel itu, maka saya amat
beminat untuk melakukan kajian keatas tajuk ini. Kajian ini adalah untuk melihat
serba sedikit latar belakang hidup Maryam. Selain itu juga kajian ini juga
adalah melihat sejarah hiupnya yang merupakan seorang hamba yang amat taat dan
kuat ketaqwaannya kepada Allah S.W.T. Kajian ini juga, bukan semata melihat
kewibawaan Maryam sebagai wanita yang kuat keimanan dan ketaqwaan terhadap
Allah. Malah saya juga amat tertarik untuk meneliti,mengkaji, serta
membandingkan apa yang di ceritakan di dalam Al-Qur’ān dan Gospel. Ini kerana
kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian amat mempercayai kisah Maryam ini dan
turut dimuatkan di dalam kitab suci yang menjadi panduan. Jadi secara tidak
langsung sebagai seorang Islam saya juga amat berminat untuk mendalami lagi
tentang Maryam ini. Juga perlu mengkaji dari sudut kepercayaan agama lain yang
turut mempercayai kisah ini juga. Ini kerana tidak kesemua kisah yang mereka
percaya itu sama dengan apa yang terdapat di dalam kitab suci Al-Qur’ān. Dan
kajian terhadap perbezaan tersebut amat perlu dijalankan agar keutuhan Al-Qur’ān
tidak akan dirosakkan dengan penceritaan yang telah ditokok tambah di dalam
Gospel. ABSTRAK Di dalam kajian ini pengkaji telah memfokuskan penceritaan
Maryam dari dua perspekif kitab suci iaitu Al-Quran dan juga Gospels. Kajian ini
dilakukan adalah bertujuanuntuk menyingkap perbezaan berkaitan penceritaan
tentang Maryam atau Mary berdasarkan dua perspektif kitab di atas dan juga
analisis berkaitannya. Selain itu pengkaji turut memaparkan persamaan berhubung
Maryam yang telah wujud di dalam kedua-dua perspektif tersebut. Bagi mencapai
tujuan tersebut, pengkaji telah menggunakan mtodologi kajian ke perpustakaan
serta analisis berdasarkan dapatan kajian ke perpustakaan tersebut. Selanjutnya
metodologi perbandingan serta sejarah turut dimuatkan di dalam kajian ini
berasaskan sumber utama iaitu Al-Quran dan Gospels. Seterusnya dapatan dari
kajian ini menunjukkan terdapatnya beberapa aspek ketidaksamaan di antara
penceritaan tentang Maryam daripada kedua-dua aspek ini. Malah di dalam Gospels
khususnya terdapat percanggahan fakta berkaitan Maryam yang telah dipaparkan.
Ini menunjukkan kekeliruan telah berlaku di dalam kitab tersebut. Tetapi
walaubagaimanapun terdapat juga persamaan di antara dua perspektif tersebut
terutamanya bberkaitan Maryam dan bayi yang telah dilahirkan serta keimanan,
kepatuhan, serta ketundukan Maryam kepada Tuhan. Seterusnya apa yang dapat
dijelaskan juga berdasarkan kajian ini adalah Maryam merupakan simbol wanita
yang dipandang mulia oleh kedua-dua perspektif tersebut. Kajian ini mencadangkan
supaya kajian lain dapat dijalankan untuk melihat aspek perbezaan atau persamaan
lain di dalam kedua-dua perspektif tersebut berhubung dengan Maryam dengan
memggunakan instrument yang lain.
BAB I KELAHIRAN MARYAM DALAM PERSPEKTIF AL-QUR’ĀN DAN GOSPELS 1.1 PENDAHULUAN
Di dalam bab pertama ini akan diperlihatkan ayat-ayat daripada Al-Qur’ān dan
juga Gospels yang menerangkan ataupun menceritakan berkaitan dengan Maryam
ataupun Mary. Maryam adalah merupakan wanita Islam yang amat taat kepada suruhan
Allah S.W.T. Dan beliau adalah merupakan seorang wanita suci yang diberikan
keistimewaan oleh Allah S.W.T mengatasi wanita lain yang sezaman dengannya.
Keistimewaan dan kelebihan Maryam tidak dapat disangkalkan lagi melalui
ayat-ayat yang terdapat di dalam Al-Qur’ān Nul Karīm antaranya yang dapat
dilihat melalui Firman Allah S.W.T : ”Dan (ingatlah) Maryam binti cImrān yang
memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebahagian
daripada roh (ciptaan) Kami dan dia membenarkan kalimah Rabbnya dan
Kitab-Kitab-Nya dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat”. (Surah
At-Tahrim:12) Gospels pula adalah kitab suci yang utama dipercayai oleh
penganut-penganut Kristian. Perkataan Gospels pada asalnya adalah berasal dari
dua suku kata iaitu ‘god spel’ juga boleh diertikan sebagai ‘good tidings’
kemudiannya difahami sebagai ‘God-story’. Dalam istilah Greek ‘euangelion’. Di
dalam istilah Greek klasik perkataan Gospels itu bermaksud anugerah yang
diberikan untuk kedudukan kepada perkhabaran yang baik. Di dalam New Testament
perkataan Gospels bermaksud ‘good tidings’ iaitu `lebih merujuk kepada konsep
dosa warisan dan datangnya penyelamat untuk menghapuskan dosa tersebut iaitu
Jesus Christ (Hastings. J. 1963:340). “All have sinned and fall short of the
lovy of God” Maksudnya: “Semua orang berdosa dan tidak mendapat rahmat Tuhan”
(Romans 3:23)
Secara keseluruhannya Gospels adalah sebuah kitab yang telah dibahagikan kepada
dua bahagian besar iaitu Old Testament dan New Testemant. Masing-masing terdiri
daripada 39 buah kitab dan 27 buah kitab. Seperti Al-Qur’ān juga, kitab Gospels
ini turut sama menceritakan kisah-kisah berkaitan Maryam atau pun Mary. Apa yang
dapat dilihat juga, penceritaan tentang Maryam di dalam Gospels adalah
diceritakan di dalam dua kitabnya yang utama iaitu Luke dan Matthew. Contoh ayat
yang menceritakan tentang Maryam: Kelahiran Yesus Kristus adalah seperti
berikut:Pada waktu Maria, ibu-Nya, bertunangan dengan Yusuf, ternyata ia
mengandung dari Roh Kudus, sebelum mereka hidup sebagai suami isteri”. (Luke
1:18) 1.2 KELAHIRAN MARYAM Seperti yang telah diketahui Maryam adalah salah
seorang wanita yang amat disanjungi di dalam Islam. Penceritaanya amat banyak di
dalam surah-surah tertentu di dalam Al-Qur’ān. Selain itu tidak dinafikan juga
penceritaannya turut sama diceritakan di dalam Gospels. Dan bagi penganut
Kristian mereka turut sama memandang tinggi Maryam atau lebih dikenali sebagai
Mary. 1.2.1 MARIAM MENURUT AL-QUR’ĀN Berdasarkan beberapa surah dari ayat-ayat
Al-Qur’ān di atas dapatlah dilihat pelbagai aspek penting serta menarik di dalam
penceritaan berkaitan kisah wanita yang bernama Maryam. Kelebihan tersebut
adalah amat baik untuk dilihat betapa mulianya Maryam disisi Allah S.W.T apabila
beliau dipilih untuk diceritakan kisahnya di dalam mukjizat terbesar Allah S.W.T
iaitu Al-Qur’ān Al-Karīm. Terlebih dahulu secara sepintas lalu penulis ingin
membawakan intipati berkaitan biodata bapa dan ibu Maryam seterusnya membawakan
tentang kelahiran Maryam. Menurut Muhammad Ibn Ishāq, nama sebenar ‘Imrān adalah
‘Imrān Ibn Bāsham Ibn Amuūn Ibn Mīshā Ibn Huzqiyā Ibn Ahrīd Ibn Yāwash Ibn
Ahriūh Ibn Yāzam Ibn Yahfsāhat Ibn Ayshā Ibn Ayynā Ibn Rahba‘ām Ibn Sulaymān Ibn
Dāwūd (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:94). ‘Imarān adalah bapa
kepada Maryam. Al-Qur’ān sendiri menyebut bahawa ‘Imrān adalah bapa kepada
Maryam. Ini berdasarkan Firman Allah :
“Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti ‘Imrān (ibu Nabi
Isa seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari
disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak)
maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh
(ciptaan) Kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia
mengakui kebenaran Kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi
dari orang-orang yang tetap taat (Surah At-Tahriīm 28:12). Sementara isterinya
dan juga merupakan ibu kepada Maryam pula adalah bernama Hanah binti Fāqūd (Jabir
Āsysyaāl. 1993: 63). Ada juga pendapat yang mengatakan bahwa ibu Maryam tidak
diketahui nama sebenarnya dan tidak ada dinyatakan di dalam Al-Qur’ān mahupun
Bible. Nama tersebut adalah rekaan semata-mata ( Parrinder. G. 1997: 60) Abu al-Qāsim
ibn ‘Asākir pula menyatakan nama sebenar Maryam adalah Maryam binti ‘Imrān Ibn
Māthān Ibn Al-‘Azir Ibn al-Yawad Ibn Akhnara Ibn Sādūq Ibn Ayāzūz Ibn al-Yāqim
Ibn Aybūd Ibn Zaryābil Ibn Shālitāl Ibn Yuhaynā Ibn Barshā Ibn Amūn Ibn Mayshā
Ibn Hazqā Ibn Ahāz Ibn Mawthām Ibn ‘Uzriyā Ibn Yūrām Ibn Yūshāfāt Ibn Ayshā Ibn
Aybā Ibn Rahba‘ām Ibn Sulaymān Ibn Dāwūd A.S. Pendapat ini adalah berbeza dengan
pendapat Muhammad Ibn Ishāq, tetapi walau bagaimanapun ianya sama dari segi
salasilah Dāwūd A.S. Bapanya Īmran ialah imam bagi Bani Israel pada zamannya.
Ibunya Hannah binti Fāqūd ibn Qubayl. Sementara itu Zakariyya A.S seorang nabi
ketika itu. Isterinya Ashyā ialah saudara perempuan kepada Maryam. Ini adalah
merupakan pendapat ulama. Ada pendapat lain turut menyatakan ‘Imrān ialah suami
kepada ibu saudara Maryam (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:94).
Selain itu Maryam adalah merupakan satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga
Imran. Riwayat tentang kelahirannya adalah dapat dilihat di dalam Al-Qur’ān
iaitu pada surah Al- ‘Imrān yang membawa erti ‘keluarga ‘Imrān’ (Azyumardi Azra.
2005: 287). Keturunan Imran iaitu merupakan sebuah keluarga yang suci lagi baik
yang mana telah disebut oleh Allah S.W.T sendiri tentang kelebihan keluarga ini
yang terdapat di dalam ayat ke 33-34 surah Al-‘Imrān. Firman Allah S.W.T : 33.
Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi
Ibrahim dan keluarga ‘Imrān, melebihi Segala umat (yang ada pada zaman mereka
masing-masing). (SurahAl- ‘Imrān: 33) 34. (Mereka kembang biak sebagai) satu
keturunan (zuriat) Yang setengahnya berasal dari setengahnya Yang lain. dan
(ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui. ( Surah Al-
‘Imrān 3: 34). Ibn Ishāq menyatakan bahawa Hanna memohon agar dikurniakan
seorang anak lelaki, dan kemudian ketika hamil, ia bernazar bahawa anaknya akan
diserahkan untuk mengabdikan diri pada Tuhan di Bait Allah di Bait Al-Māqdis di
Jerussalem. Dapat diperlihatkan juga bahawasanya ibunya telah lama kepinginkan
seorang anak lelaki. Ketikamana perkahwinan antara ‘Imrān dan isterinya sudah
beberapa tahun namun mereka masih tidak dikurniakan anak. Sehinggalah
kedua-duanya telah menjadi tua. Namun mereka tidak pernah berputus asa. Dalam
keadaan sedemikian pun isterinya tetap dan terus memanjatkan doa kepada Yang
Maha Esa agar mereka dikurniakan seorang cahaya mata. Doa tersebut telah
dimakbulkan dan isterinya telah merasakan tanda kehamilan pada dirinya. 35.
(ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya Aku nazarkan
kepadamu anak Yang ada Dalam kandunganku sebagai seorang Yang bebas (dari Segala
urusan dunia untuk berkhidmat kepadamu semata-mata), maka Terimalah nazarku;
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." ( Surah Al-
‘Imrān 3: 35). Ath-Thabarī menambah bahawa Hanna telah mengalami monopos dan
tidak dapat memiliki anak. Maka ketika hamil, dia telah bernazar untuk
menghantar anaknya sebagai hamba Allah. Kisah tentang kehamilanya dan juga
nazarnya diungkapkan oleh beberapa sejarawan dan mufasir Al-Qur’ān seperti
berikut: Diceritakan bahawa Hanna mandul. Suatu ketika ia duduk di bawah sepohon
pokok dan melihat seekor burung sedang memberi makan anak-anak di sekelilingnya.
Maka timbullah saat itu keinginan Hanna untuk memiliki anak (Scheifer. A.
1998:35). Ada juga yang menyatakan bahawa Hanna telah berdoa “ Ya Allah, aku
bernazar jika Engkau mengurniakan seorang anak, aku akan persembahkan dia
sebagai hamba-Mu di Bait Al-Māqdis”. Dan ada juga pendapat yang menyatakan,
‘Imrān telah bertanya kepada Hanna apa yang akan dilakukan jika anak itu
perempuan, maka Hanna terus bernazar. Tetapi pendapat ini kurang diterima (Scheifer.
A. 1998:35). Oleh kerana terlalu gembira akan kehamilan tersebut maka bakal ibu
tersebut telah bernazar untuk menjadikan anak yang bakal dilahirkan kelak akan
berkidmat di Baitul Māqdis dan menjadi hamba yang soleh (Azyumardi Azra. 2005:
287-288). Lantas perkhabaran tersebut telah diceritakan kepada suaminya terhadap
apa yang telah dialaminya itu. Maka terpancarlah cahaya kegembiraan di mata
suaminya diiringi beberapa titis air mata kegembiraan terhadap berita yang tidak
disangka-sangka itu. Tetapi qāda’ dan qādar adalah ketentuan Allah S.W.T dan
setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya. Di dalam kegembiraan yang penuh
nikmat, seakan-akan berada di dalam mimpi, di dalam menunggu-nunggu kehadiran
seorang insan yang amat dinanti setelah sekian lama, tiba-tiba segala
kegembiraan tersebut bertukar kepada kesedihan. Ini adalah kerana ‘Imrān suami
tercinta itu telah kembali kerahmatullah ( Bey Arifin. 1979: 3) Maka tiggallah
isterinya seorang diri yang diselubungi perasaan sedih dan pilu atas kewafatan
suami yang tercinta. Di dalam perasaan sedih becampur gembira menanti kelahiran
beliau telah merasa saat untuk beliau melahirkan telah hampir tiba. Akhirnya
beliau pun melahirkan seorang bayi perempuan bukan bayi lelaki seperti yang
diharap-harapkan, untuk dihantar ke tempat suci di Baitul Māqdis sepertimana
nazarnya. Walaupun di dalam keadaan yang agak begitu tidak menggembirakan beliau
telah memberikan nama kepada anak iaitu Maryam (Maria) yang membawa maksud
pengabdi tuhan (Bey Arifin. 1979: 3-4). Hanna berdoa agar anaknya sentiasa
dilindungi, dipelihara oleh tuhan zuriat serta keturunananya dari segala godaan
syaitan. Perkara ini dapat dirujuk seperti mana ayat berikut: 36. maka apabila
ia melahirkannya, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Aku telah
melahirkan seorang anak perempuan (sedang Yang Aku harap-harapkan ialah anak
lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa Yang dilahirkannya itu - dan
memanglah tidak sama anak lelaki Dengan anak perempuan; dan bahawasanya Aku
telah menamakannya Maryam, dan Aku melindungi Dia Dengan peliharaanMu, demikian
juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan Yang kena rejam (yang dikutuk dan
disingkirkan)". (Surah Al-I’mran 3: 36). Doa tersebut telah di makbulkan oleh
Allah S.W.T . Seperti mana riwayat Imam Ahmad dari sebuah Hadith bahawa ‘Abd al-
Razzāq telah menceritakan kepada kami, Ma’mar telah menceritakan kepada kami
daripada Al-Zuhriy daripada Ibn Al-Musayyab daripada Abū Hurayrah bahawa
Rasulullah S.A.W bersabda: “setiap anak Adam yang baru lahir, disentuh oleh
syaitan ketika lahirnya itu, lalu dia menangis kerananya kecuali Maryam dan
anaknya” ( Abu Al-Fidā ’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005: 95). Seperti yang
telah dijelaskan diatas bahawa bahawa ibu Maryam telah menazarkan Maryam untuk
di hantar ke tempat suci. Beliau amat khuatir sekiranya nazar itu tidak dapat
dilaksanakan. Beliau amat sedih dan berasa amat gelisah. Tetapi apakan daya,
selain bermohon ke hadirat Allah, maka belaiu telah diberi petunjuk oleh Allah
S.W.T untuk meneruskan nazarnya itu. Para mufasir mencatatkan bahawa nama Maryam,
yang diberikan Hanna kepada bayinya adalah membawa maksud “orang yang menyembah”
iaitu maksud di dalam bahasa Aramaic ketika itu. Jadi itu merupakan interpritasi
kepada niat Hanna untuk membayar nazarnya dan menunjukkan masa depan kehidupan
Maryam (Scheifer. A. 1998:38) . Hanna telah meneruskan nazarnya itu atas dua
alasan. Pertama bagi memenuhi niat nazarnya untuk mengabdikan Maryam di tempat
itu. Kedua mendapatkan perwalian yang tepat bagi anaknya yang telah kehilangan
ayahnya dan mendapatkan status khusus iaitu menjadikan satu-satunya anak
perempuan Bani Israel yang menjadi pelayan di Baitul Māqdis (Scheifer. A.
1998:38-39) . Dalam diam-diam pada suatu malam, anak itu dibungkus dengan kain
lantas dibawanya ke Baitul Māqdis menuju ke tempat suci. Lantas diserahkan bayi
itu kepada pendita-pendita yang berada di situ lalu beliau berkata “ anak
perempuan ini saya serahkan kepada tuan-tuan kerana saya sudah bernazar untuk
menyerahkan anakku ini semata-mata untuk menjadi pengabdi tempat suci”. Anak itu
ditinggalkan disitu dan dia kembali pulang ke kampungnya. Masing-masing ingin
memelihara bayi itu kerana Maryam adalah anak kepada I’mran yang amat terkenal
dan soleh. Setelah itu Maryam pun berada di tengah orang-orang suci di rumah
suci Baitul Māqdis. Mereka semua ingin sekali mengasuh dan ingin menjaga Maryam
dengan pelbagai alasan yang diberikan. Sebaliknya yang paling kuat alasannya
adalah seorang tua bernama Zakaria (Nabi Zakaria). Ini kerana isteri Zakaria
adalah bersaudara dengan ibu Maryam. Sehubungan itu Maryam telah dijaga oleh
Zakaria berdasarkan undian.
Setiap orang daripada pendita-pendita tersebut melemparkan qalām (pen) yang
mempunyai pengenalan masing-masing. Kemudian mereka membawanya dan meletakkan
pada satu tempat. Mereka meminta seorang budak yang masih kecil mencabut salah
satu daripada qalām tersebut. Ternyata ia adalah kepunyaan Nabi Zakariya A.S.
Meraka tidak berpuas hati dan meminta undian dijalankan sekali lagi. Undian itu
dijalankan dengan melemparkan qalām mereka ke dalam sungai pula. Kemudian qalam
siapa yang melawan arus air, dialah yang memenangi undian itu. Lalu mereka semua
melemparkannya dan dengan kuasa Allah S.W.T qalām Nabi Zakariya A.S kelihatan
melawan arus air sedangkan qalam orang lain dibawa arus air. Tetapi mereka tetap
tidak berpuas hati lalu meminta undian dijalankan sekali lagi untuk kali yang
ketiga seperti tadi. Walau bagaimanapun qalam Nabi Zakariya tetap melawan arus
dan beliau telah memenangi undian tersebut (Abu Al-Fidā ’ Al-Hāfiz Ismail Ibn
Kathīr 2005: 94). Sebelum diputuskan Zakaria yang berhak menjaga bayi itu, para
rabbi telah bermesyuarat tentang siapakah yang berhak menjaga Maryam. Lantas
Zakaria menjawab bahawa dialah orang yang berhak kerana beliau adalah pakciknya.
Menurut ‘Ikrīma, as-Suddī, Qatādah dan Ar-Rabī’ bin Anas, keputusan tentang
perwalian ini diambil di sebuah sungai yang bernama Yordan. Sebanyak 27 pen (aq-lām)
dilemparkan, dan kesemuanya tenggelam atau telah dibawa arus sungai, kecuali pen
yang dimiliki oleh Zakariya yang tidak dibawa arus. Ini merupakan tanda yang
jelas dari Tuhan bahawa beliaulah yang paling berhak untuk menjadi wali kepada
Maryam (Scheifer. A. 1998:39-40). Maryam telah dipelihara oleh Zakaria bersama
isterinya dengan penuh kasih sayang setelah mereka mengundi dengan
pendita-pendita yang lain siapakah yang layak memelihara Maryam. Firman Allah
S.W.T bermaksud: 44. peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita
ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), sedang Engkau tidak ada
bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk
mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. dan Engkau juga
(Wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang
perkara menjaga dan memelihara Maryam). (SurahAl-‘Imrān 3:44). Setelah peristiwa
tersebut maka Zakariyalah yang memelihara Maryam Sehinggalah beliau dewasa,
Zakaria telah membina sebuah kamar khusus untuknya sebagai tempat untuk
beribadat kepada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T bermaksud: 37. maka ia (Maryam
Yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya Dengan penerimaan Yang baik,
dan dibesarkannya Dengan didikan Yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara
oleh Nabi Zakaria. tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di
Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan Yang luar biasa) di sisinya. Nabi
Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana Engkau dapati (buah-buahan) ini?"
Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada
sesiapa Yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". (Surah Al-‘Imrān 3:37).
Sepertimana yang pernah dituturkan oleh Wadhdhāh al-Yaman di dalam puisinya:“
Putri mihrab, jika aku mendatanginya aku tidak dapat melihatnya kecuali aku naik
tangga”. Manakala menurut pendapat ulama Zakariya akan masuk sendiri ke tempat
ibadat Maryam itu dan akan menguncinya dengan tujuh pintu dari dalam (Scheifer.
A. 1998: 40-41). Ayat -ayat tersebut telah memperlihatkan keistimewaan Maryam
sejak dari awal pengkisahannya lagi. Ibunya walaupun sudah tua tetapi dengan
kekuasaan Allah S.W.T maka beliau tetap mengandungkan Maryam. Seterusnya dapat
diperhatikan juga bahawa Maryam adalah bukan sebarangan wanita dan merupakan
keturunan yang mulia. Ini dapat dilihat apabila nama bapanya iaitu ‘Imrān telah
disebut di dalam Al-Qur’ān. Tahun demi tahun berlalu, dan suatu ketika datanglah
musim kemarau telah menimpa Bani Israel. Makanan serta minuman amat susah untuk
diperolehi. Ramailah penduduk yang kelaparan. Suatu hari, telah keluarlah
Zakaria menemui kaumnya dan berseru: “ Hai Bani Israel, ketahuilah, demi Allah,
sesungguhnya aku sudah tua dan lemah untuk menanggung anak perempuan Imran.
Maka, siapakah di antara kamu yang bersedia memelihara Maryam setelah
sepeninggalan ku, mencukupi baginya untuk diberikan makanan dan minuman sehingga
dia dapat menyelesaikan ibadatnya kepada Allah sebagaimana nazar ibunya?”.
Orang-orang yang hadir di situ bertanya-tanya siapakah di antara mereka yang
akan memelihara Maryam. Bagi memutuskan perkara tersebut maka mereka pun
akhirnya bersetuju untuk mengadakan undian. Akhirnya berdasarkan pengundian yang
mereka jalankan maka ianya telah jatuh atas seorang yang soleh, iaitu sepupu
Maryam sendiri iaitu seorang tukang kayu iaitu Yusuf. Maka Yusuf telah menerima
keputusan tersebut dengan rela dan hati yang terbuka (Jabir Asy-Syal. 1994:69).
1.2.3 KEMATIAN MARYAM Sesungguhnya setiap yang hidup pastinya akan mati mengadap
yang Maha Esa. Begitulah juga dengan wanita soleh yang bernama Maryam. Walaupun
hanya sedikit sahaja maklumat yang diketahui tentang kehidupanya, tetapi Thabarī
telah mengumpulkan catatannya juga dari sumber Kristian bahawa Maryam hidup
setelah enam tahun Nabi Isa membesar. Dicatatakan juga Maryam telah pulang ke
ramatullah pada usia lima puluh tahun atau lebih sedikit. Tetapi walaubagaimana
pun pendapat daripada Baidawi menyatakan bahawa Maryam masih hidup dan tekun
beribadat sehingga Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah. Rentetan hidupnya ini
telah dicatatkan di dalam catatan sejarah berkaitan diangkatnya Nabi Isa ke
langit (Scheifer. A. 1998:67). Menurut Suyūthī , Maryam telah dimakamkan di
sebuah gereja terkenal, iaitu di Jasmaniyyah (Gethsemane) di timur Jarussalem
berhampiran kaki gunung Az-Zaitūn. Ibn ‘Asākir pula menjelaskan makam Maryam
terletak di Damaskus. Ini adalah adalah berdasarkan kata-katanya “ barang siapa
ingin melihat makam Maryam binti ‘Imrān dan murid-murid Nabi Isa, datanglah ke
makam Al-Farādīs (Al-Dahdāh), dan inilah makam Damaskus” (Scheifer. A. 1998:70).
Sesungguhnya Maryam adalah diantara orang yang akan dijamin masuk ke syurga oleh
Allah. Ini dapat dibuktikan juga melalui sabda Nabi S.A.W “ Jika aku harus
bersumpah, aku akan bersumpah bahawa tiada seorang pun boleh masuk surga sebelum
seluruh umatku yang paling awal kecuali beberapa (bidh ‘at ‘asyar) yakni sebelas
sampai sembilan belas orang, diantaranya Ibrahim, Ismail, Ishāq, Ya’qub, Al-Asbāth,
Musa, Isa, Maryam putri ‘Imrān ”. Al-Qur’ān juga turut menceritakan perihal
kematian Maryam belalui Firman Allah S.W.T : Maksudnya: “Dan juga (disebabkan)
dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih
‘Isā Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak
memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang
mereka bunuh itu seperti Nabi ‘Isā). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah
berselisih faham, mengenai Nabi ‘Isā , sebenarnya mereka berada dalam keadaan
syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan
pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan
mereka tidak membunuhnya dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi ‘Isā
kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Surah An- Nisa’
4:157-58) Oleh yang demikian ternyatalah kelahiran Maryam adalah satu rahmat
dari Allah S.W.T. Kelahirannya juga menurut Al-Qur’ān memperlihatkan kekuasaan
Allah S.W.T yang mampu memberikan apa sahaja yang Dia mahukan. Kelahiran Maryam
juga adalah menjadi khabar gembira kepada ibunya yang amat kepinginkan seorang
cahaya mata. Kelahirannya juga memperlihatkan betapa kuatnya keimanan ibunya
yang sanggup memberikan anaknya itu untuk menjadi ahli ibadat pada ketika itu.
Memperlihatkan doa serta harapannya kepada Allah yang tidak pernah kunjung padam
untuk memperolehi cahaya mata. 1.3.1 KELAHIRAN MARYAM MENURUT GOSPELS Merujuk
kepada Gospels kelahiran Maryam atau Mary tidakalah diceritakan dengan begitu
detail sepertimana Al-Qur’ān. Apa yang ditekankan di dalam Gospels adalah
berkaitan Maryam seorang wanita yang suci dan melahirkan Jesus Christ. Tetapi
walaubagaimana pun Maryam bagi Penganut Kristian amat menyebut Mary sebagai
“Virgin Mary”. Gelaran tersebut merupakan suatu simbol yang amat dikagumi oleh
penganut kristian. berkaitan gelaran tersebut juga, ianya turut disebut atau
diterangkan juga di dalam Al-Qur’ān (Parrinder. G. 1997: 60) . Sepertimana
Firman Allah S.W.T: “ dan ingatlah kisah Maryam yang telah memelihara
kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam tubuhnya ruh dari Kami dan Kami
jadikan dia dan anaknya tanda kekuasaan Allah yang besar bagi semesta alam”.
(Surah Al-Anbiya 21:91) Dapat dilihat di dalam Gospels telah menerangkan
mengenai keturunan Jesus. Perkara ini dapat dirujuk melalui ayat Luke : inilah
silsilah Jesus Chrits, anak daud, anak Abraham (Luke 1) Abraham memperanakkan
Ishak, Ishak memperanakkan Yaakub, Yaakub memperanakkan Yehuda dan saudara-saudaranya
(Luke 1:2) Yehuda memperanakkan Peres dan Zerah dari Tamar, Peres memperanakkan
Hezron, Hezron memperanakkan Ram (Luke 1:3) Ram memperanakkan Aminadab, Aminadab
memperanakkan Nahason, Nahason memperanakkan Salmon.................... hingga
akhir (Luke 1:4) Eliud memperanakkan Eleazer, Eleazer memperanakkan Matan, Matan
memperanakkan Yakub, (Luke 1:15) Yakub memperanakkan Yusuf suami Maria, yang
melahirkan Yesus yang disebut Christ (Luke 1:16) Dapat dilihat berdasarkan ayat
di atas bahawa Jesus adalah berketurunan bermula dari Abraham kemudian empat
belas keturunan selepasnya hingga ke David (Daud) kemudian empat belas keturunan
selepasnya lagi hingga ke Babel dan empat belas keturunan selepasnya hingga ke
Jesus. Matthew telah menerangkan sebanyak empat puluh enam nama keturunan Jesus
iaitu bermula dengan Abraham hingga ke Jesus (Connick. C. M. 1974: 109)
Seterusnya perkataan Maryam adalah berasal dari bahasa Hebrew dan Aramaic.
Selain itu bagi penganut Kristian mereka juga amat mengenali Maryam dengan
panggilan Miriam of Nazareth. Ini kerana menurut kepercayaan mereka Maryam lahir
di sebuah kampung di Nazareth yang mana penduduknya adalah terdiri dari Yahudi (Manoney.
R. P. 1999:287). Mereka mengenali atau memanggil bapa Maryam sebagai Joachim dan
ibunya Anna. Perkara ini disokong oleh Baidawi melalui penceritaan yang dibawa
oleh Book of James (Parrinder. G. 1997: 64). Menurut kepercayaan Kristian Maryam
telah berkahwin dengan Joseph ataupun Yusuf. Perkahwinan tersebut adalah
perintah daripada Tuhan kepada Joseph yang mana ketika itu mengandung anak Roh
Kudus seperti mana terdapat dalam Gospels seperti ayat berikut : "kerana Joseph
suaminya adalah seorang yang tulus hati dan tidak mahu mencemarkan nama
isterinya di khalayak umum, ia bermaksud menceraikannya dalam diam-diam”.
(Matthew 1:19 ). tetapi ketika ia mempertimbangkan maksud itu, malaikat Tuhan
telah muncul di dalam mimpinya dan berkata: ‘Joseph anak Daud, janganlah engkau
takut untuk mengambil Mary sebagai isterimu, sebab anak di dalam kandungannya
adalah dari Roh Kudus’ (Matthew 1:20) sesudah bangun dari tidurnya Joseph
berbuat seperti yang diperintahkan malaikat itu kepadanya. Dia mengambil Mary
sebagai isterinya (Matthew 1:24). Joseph adalah seorang tukang kayu. Mereka
telah tinggal di kampung tersebut di dalam keadaan yang agak susah. Ini dapat
dilihat melalui ayat : Bukankah dia ini tukang kayu, anak Mariam, saudara Yaakub,
Yoses, Yudas dan Simon?... (Mark 6:3). Bukankah ini anak tukang kayu? Bukankah
ibunya bernama Mariam dan saudara-saudaranya Yaakub, Yusuf, Simon dan Yudas?.
(Matthew 13:55). Selain itu seperti wanita-wanita lain Maryam juga akan membuat
kerja-kerja sebagai sebagai seorang ibu. Antaranya mengasuh anaknya, memasak,
melakukan banyak kerja-kerja rumah, mengemas, membasuh, mengangkut air. Maryam
juga adalah seperti ibu yang lain juga mengajar anaknya untuk berjalan, bercakap
dan bersembahyang (Manoney. R. P. 1999:287). Walaupun mereka sekeluarga hidup di
dalam keadaan agak susah tetapi Joseph turut pergi untuk berdagang. Mereka telah
menghabiskan banyak masa di Ghalile. Joseph telah meninggal dunia ketikamana
Jesus belum diangkat menjadi pemimpin dan belum dikenali lagi ( Manoney. R. P.
1999: 288). Joseph adalah anak kepada David (Daud). Sepertimana ayat berikut:
Tetapi ketika dia mempertimbangkan maksud itu, malaikat Tuhan nampak kepadanya
dalam mimpi dan berkata: “ Yusuf, anak Daud, janganlah engkau takut mengambil
Marya sebagai isterimu...... (Matthew 1:20). Dikatakan juga Maryam adalah
mempunyai saudara iaitu Elizabeth. Merujuk kepada Catholic Encyclopedia, mereka
berdua mempunyai hubungan sepupu. Ini kerana ibu kepada Elizabeth iaitu Sobe dan
ibu Maryam iaitu Saint Anne adalah adik beradik. Suami kepada Elizabeth adalah
Zechariah iaitu seorang ahli agama pada ketika itu. (www.wikipedia.org). Ini
dapat dilihat melalui ayat-ayat berikut: Pada zaman Herodos, raja Yuea, ada
seorang imam yang bernama Zechariah dari rombongan Abia. Isterinya juga berasal
dari keturunan Harun, namanya Elizabeth ( Luke 1:5). Dan sesungguhnya,
Elizabeth, sanakmu itu, diapun sedang mengandung seorang anak laki-laki pada
hari tuanya dan inilah bulan yang keenam bagi dia yang disebut mandul itu (Luke
1:36). Jadi berdasarkan tajuk ini penulis akan membawakan beberapa ayat yang
akan membuktikan keimanan Maryam kepada Allah S.W.T amatlah tinggi. Ianya akan
dilihat juga melalui dua perspektif iaitu Al-Qur’ān dan Gospels. 1.4 KESIMPULAN
Berdasarkan penceritaan sejarah Maryam dari dua perspektif ini dapatlah dilihat
bahawa Maryam adalah wanita yang amat istimewa di sisi Allah. Setiap perkara
yang ditempuhi adalah kurniaan dari Tuhan. Ini menandakan Maryam bukanlah
sebarangan wanita. Apa yang dapat diperhatikan bahawa, beliau adalah dari
keturunan yang diiktiraf di sisi Allah S.W.T. Selain daripada itu, walaupun
Gospels tidak begitu banyak menceritakan tentang kelahiran Maryam namun Maryam
tetap diberi pengiktirafan di dalam Gospels sebagai seorang wanita yang suci
yang melahirkan Jesus. Seterusnya dapat diperhatikan juga berdasarkan kepada Al-Qur’ān,
kelahiran Maryam juga adalah merupakan sesuatu yang istimewa, bukan sahaja
menunjukkan kebesaran Tuhan malah menunjukkan satu petanda bahawa Maryam adalah
seorang yang mulia di sisi Allah S.W.T. Kemudian keistimewaan tersebut terus
dialami sendiri oleh Maryam melalui pelbagai peristiwa yang amat mengagumkan.
Seterusnya keistimewaan tersebut diteruskan oleh anaknya iaitu Nabi Isa a.s
sebagai pemimpin kaumnya. Sekaligus keturunan yang mulia itu betul-betul dapat
dibuktikan berdasarkan peristiwa tersebut.
BAB II MARYAM DARI PERSPEKTIF AL-QUR’ĀN : ASPEK PERSAMAAN DENGAN GOSPELS 2.1
PENDAHULUAN Di dalam bab ke dua ini, penulis akan membawakan beberapa aspek yang
penting di dalam kedudukan Maryam sebagai seorang wanita yang di pandang tinggi
oleh kedua-dua kitab iaitu Al-Qur’ān dan Gospels. Di dalam bab ini penulis akan
melihat pula aspek persamaan yang di bawa oleh keduaa kitab tersebut di dalam
melihat siapakah sebenarnya Maryam. Seterusnya penulis turut akan membawa
beberapa keratan ayat berdasarkan Al-Qur’ān dan juga Gospels yang menunjukkan
persamaan dari sudut penceritaan tentang Maryam ini. 2.2 MARYAM SIMBOL
KETUNDUKAN, KETAATAN DAN KEIMANAN DARI PERSPEKTIF AL-QUR’ĀN Di dalam Al-Qur’ān
terdapat beberapa ayat yang menerangkan keadaan ini. Maryam dilihat sebagai
seorang wanita yang amat mulia dari segi ibadatnya beliau amat patuh kepada
perintah Allah S.W.T sekaligus menjadi simbol seorang wanita yang solehah patuh
serta tunduk kepada pesuruhnya yang Maha Esa.
Ini dapat dilihat berdasarkan surah Al-’Imrān (3:43) bahawasanya Allah S.W.T
berfirman maksudnya: 43. "Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah
serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ".
(Surah Al-‘Imrān 3:43). Berdasarkan ayat di atas menurut perkataan Al-Islām
dalam bahasa Arab yang membawa erti ’tunduk’ atau ’berserah diri’ iaitu dalam
erti kata ketundukan manusia kepada Allah. Ini kerana seorang muslim menyerahkan
dirinya kepada Allah bagi seluruh aspek kehidupannya. Dalam pengertian ini
Maryam sebagai seorang yang tunduk merupakan simbol agama Islam itu sendiri dan
menjadi tauladan bagi semua manusia yang mengikut ajaran Al-Qur’ān. Maryam
dilihat sebagai seorang yang mempunyai ketaatan serta kepatuhan yang tinggi
kepada Allah S.W.T. Perkara ini bukan hanya merujuk kepada Maryam sahaja malah
ibunya juga. Ini dapat dilihat melalui kekuatan iman ibunya yang sanggup berdoa
dengan tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriatnya dan sanggup
menazarkan anaknya supaya menjadi ahli agama. Ayahnya juga merupakan di kalangan
keturunan orang yang terpilih. Refleksi dari itu, maka Maryam adalah datangnya
dari keturunan yang baik sekaligus menjadi simbol ketaatannya kepada pesuruhnya.
Jika dilihat ketundukan Maryam kepada Tuhan adalah ketaatan dan ketabahannya
dalam beribadat. Sejak bayi sehinggalah remaja ketika mana Maryam hidup
menyendiri di tempat ibadatnya, beliau sentiasa tekun dan tidak mengenal erti
penat untuk beribadat. Seperti mana yang dinyatakan oleh Ibn Katsīr berdasarkan
kenyataan seorang ulama klasik Mujahīd menyebut bahawa Maryam berdiri dalam
sembahyang sampai kedua pergelangan kakinya bengkak (Schleifer. A . 1998: 92).
Al-Qurthubī menyatakan perkataan al-qānitūn merupakan gambaran tentang
orang-orang bangun dari sembahyang. Dari pada Mujāhid ianya bermaksud ketaatan.
Manakala Al-Auzā’i pula menyatakan ianya membawa maksud kaki akan bengkak dan
mengalir darah serta bernanah apabila bangun dari sembahyang (Al-Qurthubī. 1967.
84-85). Di dalam tafsiran Al-Qurthubī menerangkan ayat 43 surah Al-’Imrān dari
perspektif linguistik menunjukkan bahawa perkataan واسجدى واركعى beerti
perbuatan sembahyang mereka lakukannya dengan berturut-turut. Sujud di sini
mendahului ruku’ kerana ’waw’(dan) tidak tertib. Telah berkata Al-Qurthubī di
dalam contoh apabila Zaid dan Umar harus dikehendaki Umar bangun sebelum Zaid.
Maka perbuatan tersebut dikehendaki maknanya واسجدى واركعى. Ianya perbuatan
sembahyang yang mana mereka memulakan sujud sebelum ruku’. Manakala perkataan مع
الراكعين bermaksud mereka menghimpunkan perbuatan tersebut dalam solat mereka.
Qurthubī menyatan maksud di sini adalah sembahyang berjamaah. Al-Qurthubī
menambah perbuatan sembahyang dengan mendahului sujud adalah perbuatan orang
Israel (Al-Qurthubī. 1967. 84-85). Dengan perkataan lain, ianya adalah perintah
Tuhan melalui malaikat kepada Maryam iaitu sembahyang bersendirian di tempat
ibadatnya sepeti sembahyang orang-orang Israel yang soleh. Oleh yang demikian,
salah satu gambaran terpenting tentang Maryam adalah beliau merupakan hamba yang
patuh dan sepenuhnya menerima perintah Tuhan untuk tekun beribadat kepada Allah
S.W.T. Beliau telah melaksanakan seluruh gerakan sembahyang seperti yang
kebiasaannya dilakukan oleh kaumnya iaitu berdiri, ruku’ dan kadang-kadang sujud.
Beliau telah melakukannya dengan bersunguh-sungguh dan sepenuh hatinya. Beliau
telah melakukannya sendirian sepanjang hidupnya. Apabila meneliti aspek ketaatan
Maryam kepada yang Maha Esa ianya tidak dapat disangkal lagi. Maryam adalah
merupakan wanita yang amat solehah. Sepanjang masa pengasuhan tersebut, pelbagai
pengalaman yang dialami oleh Maryam dan Zakaria yang menunjukkan bahawa Maryam
diberi Karamāh (pertolongan) oleh Allah S.W.T. Keajaiban-keajaiban tersebut
menunjukkan Maryam bukanlah seorang wanita yang sebarangan. Menurut ahli tafsir
Nabi Zakariya A.S telah menyediakan sebuah tempat ataupun sebuah kamar untuk
Maryam beribadat yang terletak di dalam masjid. Sesiapapun tidak dibenarkan
masuk ke kamar tersebut kecuali dirinya. Disana Maryam akan melakukan ibadat
kepada Allah S.W.T. Beliau melakukan apa yang wajib ke atasnya sebagai khadam
masjid. Beliau sentiasa beribadat siang dan malam hingga ibadatnya menjadi
contoh kepada Bani Israel. Maryam juga terkenal kerana mempunyai perwatakan yang
mulia dan sifat-sifat yang terpuji (Abu Al-Fidā ’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr
2005:94). Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T : Di sana Maryam dibesarkan
sebagai wanita yang amat solehah. Beliau sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T
dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah serta amat kuat beribadat dan mempunyai
kekuatan iman serta ketaqwaan yang tidak pernah kunjung padam. Ini dapat
dibuktikan apabila suatu hari ketika mana Nabi Zakaria masuk untuk menghantar
makanan ke bilik ibadat Maryam tiba-tiba kelihatan makanan terletak di samping
pintu masuk bilik itu. Alangkah terkejutnya Zakaria melihat makanan itu. Perkara
itu masih berulang pada hari seterusnya lalu diajukan perkara tersebut kepada
Maryam oleh Zakaria. Maryam telah menjawab bahawa makanan itu adalah dari Allah,
Allah akan memberi rezeki kepada sesiapa pun yang dikehendakinya tanpa hisab (Bey
Arifin 1979:5-6). Seperti mana firman Allah S.W.T : 37. maka ia (Maryam Yang
dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan Yang baik, dan
dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara
oleh Nabi Zakaria. tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di
Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi
Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana Engkau dapati (buah-buahan) ini?"
Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, Sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada
sesiapa Yang dikehendakiNya dengan tidak dikira". (Surah Al-‘Imrān 3:37) Maryam
dibariskan bersama-sama nama-nama wanita Islam yang mempunyai kelebihan di sisi
Allah seperti Āsiyah binti Muzahīm, Khadījah binti Khuwaylīd dan Fātimah binti
Muhammad S.A.W. Menurut Ibn Hazm, kemungkinan beliau adalah seorang nabi,
sepertimana kenabian Sarah iaitu ibu Nabi Ishāq A.S dan kenabian ibu Musa A.S.
Ini berpandukan kepada percakapan malaikat dan wahyu yang diturunkan kepada ibu
Nabi Musa A.S. Tetapi Jumhur Ulama pula berpendapat sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Abu al-Hasan al- Āsh’ary dan lain-lain daripada ahli sunnah
bahawa taraf kenabian adalah khas untuk lelaki sahaja dan bukan untuk perempuan.
Oleh itu, Maryam sekadar mendapat kedudukan yang tinggi . Sebagaimana sabda
Rasulullah S.A.W : قال (ص) : خير النساء أربع: مريم بنت عمران وآسية أمرأة فرعون
وخديجة بنت خويلد وفاطمة بنت رسول الله صلى الله عليه وسلم Maksudnya : “terdapat
empat wanita yang terbaik: Maryam binti ‘Imrān, dan Āsiah isteri Firaun dan
Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Rasulullah S.A.W” Selain itu sudah
jelas dan terang bahawa Allah telah memelihara Maryam dari sebarang keburukan.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Al-‘Imrān ayat 42. Yang mana
Allah akan memeliharanya dan mensucikannya melebihi perempuan-perempuan seluruh
alam. Ini membuktikan Maryam adalah wanita yang diberi keistimewaan di sisi
Allah. Firman Allah S.W.T: 42. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika malaikat
berkata: "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu,
dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh
alam (yang sezaman denganmu). (Surah Al-‘Imrān 3:42) Di samping itu, menurut Ibn
Ishāq, Maryam adalah suci, baik, dan bebas dari sebarang keburukan serta
kejahatan. Manakala Rābi’a seorang ahli sufi pula berpendapat bahawa Maryam
adalah bersih dan tidak tercemar dengan sebarang keburukan. Seterusnya Islam
juga turut mengiktiraf Maryam adalah bebas dari dosa sepertimana ibunya telah
berdoa agar anaknya Maryam serta keturunanya selamat dari segala ganggun
syaitan. Sepertimana terdapat di dalam Bukhārī dan Muslim Rasulullah S.A.W telah
bersabda bahawasanya tiada satupun anak Adam yang lahir ke dunia ini tanpa
disentuh oleh syaitan apabila lahir. Disebabkan sentuhan tersebutlah maka bayi
yang baru dilahirkan itu menangis. Tetapi perkara tersebut sama sekali tidak
terjadi kepada Maryam serta anaknya. Dipercayai bahawa di saat kelahiran Jesus
malaikat Jibril telah melindungi Jesus dengan sayapnya daripada disentuh oleh
syaitan ( Parrinder. G. 1997: 62). Dan seorang pemikir dan sufi ternama,
Rūzbuhihān al-Baqlī memahami ayat “ dan adalah ia temasuk orang-orang yang taat”
, sebagai petunjuk bahawa Maryam adalah orang yang ‘taat di jalan-Nya dalam
ma’rifah tentang Tuhannya dan ma’rifah tentang kelebihan dirinya, kerana dengan
tunduk kepada kehendak Tuhan, ia menjadi hamba yang tak berdaya atas cemohan dan
caci maki”. Rūzibihān menyebut tiga sifat Maryam, ketundukan, ketaatan dan
keimanan untuk menggambarkan keikhlasan dalam ibadahnya, ketabahan dalam
ketundukannya,pengabdiannya di Bait al-Māqdis, ketaatannya pada takdir Tuhan,
dan kekusyukannya beribadah dengan penuh cinta iaitu terlepas dari sebarang
urusan lain (Schleifer. A . 1998: 100). 2.2.1 MARYAM SIMBOL KETUNDUKAN, KETAATAN
DAN KEIMANAN DARI PERSAMAAN DARI PERSPEKTIF GOSPELS. Seperti yang telah
disebutkan di dalam tajuk sebelum ini Maryam amat dikenali sebagai wanita yang
amat taat dan kuat beribadat kepada yang Esa. Oleh itu di dalam tajuk ini
penulis akan melihat pula keterangan-keterangan ayat berhubung ketaatan Maryam
menurut perspektif Gospels. Iaitu meninjau adakah Maryam dari perspektif ini
turut diceritakan sebagai seorang hamba yang amat taat kepada suruhan Tuhan.
Maryam adalah dilihat sebagai pengikut agama yang baik. Dia mendengar kata-kata
Tuhan seterusnya mengikuti serta mentaatinya. Ini dapat diperhatikan dengan
jelas di dalam Gospels. Perkara pertama yang dapat dilihat adalah Maryam seorang
yang taat apabila dia merenung perkara-perkara yang terjadi kepadanya diambil
dan disimpan di dalam hatinya. Semua itu adalah sebagai perkhabaran yang baik
dari Tuhan. Perkhabaran tersebut merujuk kepada pemberian Tuhan kepada anak yang
dilahirkan. Yang mana perkhabaran tersebut dilihat merupakan seolah-olah satu
seruan dakwah untuk mengajak orang untuk mempercayai serta mentaati Tuhan. Ini
berdasarkan kepada peristiwa yang mana Gebril telah mengkahabarkan berita
kelahiran tersebut kepada sekumpulan pengembala kambing. Lantas apa yang
dikhabarkan itu adalah benar (Maloney. R. P.1999:288-289). Ini dapat dilihat
melalui ayat: “ Tetapi Maryam menyimpan segala perkara itu dalam hatinya dan
merenungkan. Mereka kembali sambil memuji dan memuliakan Allah kerana segala
sesuatu itu mereka dengar dan mereka lihat, semuanya sesuai dengan apa yang
telah dikatakan kepada mereka”. “ Mary remembered all these things and thought
deeply about them. The shepherds went back, singing praises to God for all they
had heard and seen; it had been just as the angel had told them”. (Luke
2:19-2000). Berdasarkan ayat di atas dapatlah dirumuskan bahawa Maryam telah
memberikan satu pengajaran iaitu mengajar manusia untuk mendengar perintah
Tuhan. Ianya sesuatu perkara yang penting yang telah Mayam ajarkan kepada kita.
Itulah yang digambarkan di dalam frasa Luke di atas. Beliau mendengar perintah
Tuhan lantas melakukannya (Maloney. R. P.1999:289) . Beliau juga dapat dilihat
sebagai seorang yang amat mendapat tempat di sisi Tuhan dan sentiasa dirahmati
dan mentaati perintah Tuhan. Ini dapat dilihat melalui ayat berikut: “ Kata
malaikat itu kepadanya : jangan takut hai Maryam, sebab engkau beroleh kasih
kurniaan di hadapan tuhan”. “ The angel said to her: “Dont be afraid, Mary; God
has been gracious to you”. (Luke 1:30). “ Kata Maryam: sesungguhnya aku ini
adalah hamba Tuhan: jadi padaku menurut perkataanmu itu”. ‘“ I am the Lord’s,
said Mary; “may it happen to me as you have said”. (Luke 1:38). Dapat juga
dilihat bahawasanya Gospels juga menerangkan bahawa Maryam dan sanak saudaranya
adalah keturunan yang amat taat kepada Yang Maha Esa. Dan membayangkan mereka
adalah dari keturunan yang mulia. Ini dapat dijelaskan melalui ayat : “ Ibu dan
saudara-saudara Jesus datang kepadaNya, tetapi mereka tidak dapat mencapai Dia
kerana orang ramai. Orang memberitahukan kepadaNya : IbuMU dan saudara-saudaraMu
ada di luar dan ingi bertemu Engkau. Tetapi Dia menjawab mereka IbuKu dan
saudara-saudaraKu ialah mereka yang mendengar firman Allah dan melakukannya”.
(Luke 8:19-21). Seterusnya Maryam juga menjadi simbol seorang manusia yang bebas
daripada dosa serta penyelamat yang telah dicipta oleh Tuhan menurut kepercayaan
Kristian. Beliau juga adalah diantara orang yang paling suci (saint) (Maloney.
R. P.1999:292) Oleh yang demikian tidak dapat dinafikan lagi Maryam dari
perspektif Gospels juga mengambarkan bahawa beliau juga seorang yang mempunyai
ketundukan, ketaatan dan keimanan sepertimana yang digambarkan oleh Al-Qur ‘ān.
2.3 KEAJAIBAN YANG DI BAWA MARYAM DARI PERSPEKTIF AL- QURAN. Seperti yang
diketahui bahawa Maryam adalah salah seorang wanita yang amat dihormati. Dan
beliau dilambangkan sebagai seorang wanita yang taat kepada Allah dan mempunyai
kekuatan keimanan yang amat tinngi. Tidak kira sama ada di dalam Al-Qur’ān
mahupun di dalam Gospels. Diantara kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T
kepadanya adalah keajaibannya sebagai karamāh. Salah satu keajaiban tersebut
adalah dengan kekuatan dan keimananya yang tinggi beliau telah dikurniakan
rezeki yang tidak pernah diduga dan amat menghairankan sekali. Perkara ini
adalah berdasarkan surah Al-I’mran ayat ke 37 yang brmaksud : (ayat al-quran)
”Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan
mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria
pemeliharaannya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati
makanan di sisinya. Zakariya berkata: ’Hai Maryam dari mana kamu memperoleh
(makanan) ini? Maryam menjawab : Makanan itu dari sisi Allah’. Sesungguhnya
Allah memberi rezeki kepada yang dikehendakiNya tanpa hisab”. (SurahAl-’Imrān
3:37). Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa ianya adalah satu perkara
yang ajaib yang tidak dikurniakan kepada orang biasa. Kelebihan itu menunjukkan
Maryam bukanlah wanita yang sebarangan. Tetapi sentiasa diletakkan di tempat
yang tinggi di sisi Allah S.W.T. Perkara itu terjadi ketikamana Maryam berada di
bawah jagaan Zakaria A.S. Yang mana ketika itu Maryam disediakan sebuah tempat
khas untuknya menyerahkan diri kepada yang Maha Esa. Tiada sesiapa pun yang
dibenarkan memasuki tempat Maryam beribadat. Pada setiap hari Nabi Zakaria akan
pergi ketempat Maryam melakukan ibadatnya itu untuk tujuan menghantar makanan
kepadanya. Keajaiban telah berlaku ketika mana suatu hari Zakaria A.S telah
mendapati bahawa di tempat ibadat Maryam itu terdapat makanan lain yang tidak
pernah dilihatnya sebelum ini. Zakaria agak hairan darimanakah datangnya makanan
tersebut sedangkan tiada siapa yang boleh memasuki tempat ibadat Maryam ini
selain daripada dirinya. Apa yang lebih menghairankan Zakaria A.S adalah setiap
kali beliau memasuki tempat ibadat Maryam itu maka terdapatnya buah-buahan
disisi Maryam. Lebih menghairankan buah-buahan tersebut adalah tidak mengikut
musim pada ketika itu. Di mana terdapat buah-buahan musim panas ketika musim
sejuk dan buah-buahan musim sejuk ketikamana musin panas. Berkaitan kelebihan
makanan yang diberikan oleh Allah kepada Maryam Abu Hayyan menyatakan Mujahid,
ad Dhahhak, Qaādah dan as-Suda menyatakan bahawa zakaria telah menemui makanan
di sisi Maryam berupa buah-buahan musim dingin ketika mana musim panas dan buah-buahan
musim panas pada saat musim dingin. Ada juga yang berpendapat bahawa Maryam
diberi makanan yang bukan makanan penduduk daerahnya saat itu. Ibn Ābbas
berpendapat, makanan itu berupa anggur padahal anggur tidak ada di negeri itu,
demikian juga menurut Ibn Jābir dan Mujāhid ( Muhammad Mutawally 2007:61).
Lantas apabila perkara itu diajukan kepada Maryam maka beliau menyatakan itu
adalah rezeki datangnya daripada Allah. Sesungguhnya Allah S.W.T memberikan
rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa mengira masa. Inilah yang
dikatakan rezeki yang tidak diduga ianya boleh terjadi dan merupakan suatu
keajaiban yang besar dikurniakan oleh Allah kepada Maryam. Menurut tafsiran
’Abdullāh Yūsuf ’Ali, berkaitan dengan ayat yang menceritakan rezeki dari Allah
S.W.T yang diturunkan kepada Maryam adalah Maryam membesar di bawah jagaan
khusus Tuhan. Rezeki yang diturunkan kepada Maryam itu adalah turunnya dari
Tuhan untuk keperluan jasmani dan rohaninya.pertumbuhannya adalah pertumbuhan
yang baik dan cantik yang diungkapkan oleh ’Abdullāh Yūsuf ’Ali dengan ungkapan
’kemurnian dan keindahan’ (Yūsuf ’Ali. 1973:132) Tahun demi tahun berlalu, dan
suatu ketika datanglah musim kemarau menimpa kaum Bani Israel. Makanan serta
minuman amat sukar untuk diperolehi sehingga ramai penduduk yang kelaparan.
Suatu hari Zakaria pun berkata kepada kaumnya ”Hai Bani Israel ketahuilah demi
Allah sesungguhnya aku sudah tua dan lemah untuk menangggung anak perempuan
’Imrān. Maka siapakah di antara kamu yang bersedia memelihara Maryam
sepeninggalanku, mencukupi baginya makanan dan minuman sampai ia dapat
menyelesaikan ibadatnya kepada Allah sebagaimana nazar ibunya?”. lantas mereka
yang hadir di situ bertanya-tanya siapakah diantara mereka yang akan memelihara
Maryam. Bagi memutuskan hal ini mereka telah membuat undian. Berdasarkan undian
tersebut akhirnya ia telah dipertanggungjawabkan kepada sepupunya Yusof.
Sepertimana yang dilakukan oleh Zakaria A.S, menghantar makanan kepada Maryam
begitulah juga dengan Yusuf. Beliau akan pergi menghantar makanan ke tempat
ibadat Maryam. Dengan kuasa Allah S.W.T Yusuf juga dapat menyaksikan keajaiban
yang berlaku sepertimana yang telah disaksikan Zakaria A.S, iaitu melihat
tersedianya makanan di sisi Maryam yang tidak diketahui datangnnya dari mana.
Begitulah keajaiban yang berlaku kepada Maryam yang dikurniakan rezeki yang amat
tidak diduga. Jika difikirkan ianya mungkin sukar untuk dipercayai. Tetapi harus
diingat bahawa dengan kekuasaan Allah S.W.T yang Maha berkuasa lagi Maha
Bijaksana segalanya tidak mustahi untuk berlaku. Maryam dilihat adalah wanita
yang amat mulia disisiNya. 2.3.1 PERSAMAAN KEAJAIBAN YANG DI BAWA MARYAM DARI
PERSPEKTIF GOSPELS. Seterusnya merujuk kepada tajuk di atas maka seterusnya,
penulis akan membawakan aspek persamaan kisah diatas dengan Gospels. Ini
menjelaskan terdapatnya beberapa aspek persamaan penceritaan Maryam di anrata
Al-Qur’ān dan juga gospels. Di dalam Gospels walaupun tidak dinyatakan secara
jelas berkaitan kejaiban Maryam tentang rezeki yang diberikan Tuhan namun
keunikanya itu dipandang melalui hubungannya yang begitu kuat dengan Tuhan.
Hubungan tersebut bukan dilihat pada fizikal malah kurnian kandungannya
memperlihatkan hubungan yang kuat itu. Beliau juga dipilih dari kalangan orang
miskin tetapi mempunyai hubungan kuat dengan Tuhan. Perkara tersebut dapat
dilihat berdasarkan nyanyian yang menjadi harapan Maryam. ”Lalu kata Maria:
Jiwaku memuliakan Tuhan, Dan hatiku begembira kerana Allah, Juruselamatku, sebab
Ia telah memperlihatkan kerendahan hamba-Nnya. Sesungguhnya, mulai dari sekarang
segala keturunan akan menyebut aku berbahagia, kerana Yang Mahakuasa telah
melakukan perbuatan-perbuatan besar kepadaku dan nama-Nya adalah kudus. Dan
Rahmat-Nya turun- temurun atas orang yang takut akan dia. Ia memperlihatkan
kuasa-Nya dengan perbuatan tangan-Nya dan mencerai- beraikan orang-orang yang
congkak hatinya, Ia menurunkan orang-orang yang berkuasa dari takhtanya dan
meninggikan orang-orang yang rendah, Ia melimpahkan segala yang baik kepada
orang yang lapar, dan menyuruh orang yang kaya pergi dengan tangan hampa, Ia
menolong Israel, hamba-Nya, kerana Ia mengingat rahmat-Nya, seperti yang
dijanjikan-Nya kepada nenek moyang kita, kepada Abraham dan keturunanya untuk
selama-lamanya”. ” Mary said: My heard praises the Lord, my soul is glad because
of God my Savior, for he has remembered me, his lowly servant. From now on all
people will call me happy, because of the great things the Mighty God has done
for me he name is holy, from one generation to another he shows mercy to those
who honor him, he has stretched out his mighty arm and scattered the proud with
all their plans, he has brought down mighty kings from their thrones and lifted
up the lowly, he has filled the hungry with good things, and sent the rich away
with empty hands. He has kept the promise he made to our ancestors, and has come
to help of his servant Israel. He has remembered to show mercy to Abraham And to
all his descendants forever”. (Luke 1: 46-55). Maryam berdasarakn ayat di atas
adalah mengharapkan sesuatu dari Tuhan. Melalui nyanyian itu juga menunjukkan
keyakinanan kepada Maryam yang akan dapat meleraikan kesedihan manusia pada
ketika itu, dan memberikan kegembiraan yang akan mereka perolehi sehingga mati (Moloney.
R. P. 1999:290). Walaupun Maryam akan menghilangkan kesedihan dengan membawa
kegembiraan kepada manusia ketika itu bermaksud lebih menjurus kepada
kehamilannya, namun bagi penulis itu adalah satu keajaiban rezeki yang datangnya
dari Tuhan kepada Maryam walaupun ianya bukannya sepertimana rezeki yang
diceritakan daripada Al-Qur’ān. Rezeki yang diturunkan kepada Maryam tersebut
dapat memberikan kegembiraan dan membela kaum Israel pada ketika itu. Seterusnya
menurut sesetengah penulisan Kristian yang boleh dipercayai, tetapi mungkin
boleh disyaki kebenarannya, disebutkan bahawa beliau (Maryam) dibesarkan di
dalam rumah ibadat sehingga umurnya dua belas tahun. Beliau dibesarkan umpama
burung merpati dan diberi makan oleh Malaikat ( Yūsuf ’Ali. 1973: 132). 2.4
PERKHABARAN GEMBIRA UNTUK MARYAM DAN KESUCIANNYA DARI PERSPEKTIF AL- QUR’ĀN.
Sesungguhnya Allah S.W.T telah memerintahkan supaya Maryam banyak beribadat,
sujud dan rukuk kepada yang Esa. Ini adalah bertujuan supaya beliau menjadi
seorang manusia yang mulia di sisi Allah S.W.T dan mensyukuri nikmat yang
diberikan Allah yang mampu melakukan apa sahaja mengikut (irrādahnya) iaitu
kemahuannya. Ada pendapat mengatakan bahawa beliau sentiasa menunaikan
sembahyang hingga pecah tapak kakinya. Jadi dan salah satu peristiwa besar dan
merupakan tanda kekuasaan Allah adalah yang mana Maryam telah dikhabarkan
perkhabaran gembira iaitu telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk dikurniakan
seorang anak walaupun tidak pernah disentuh oleh lelaki pun. Allah S.W.T telah
memilihnya diantara semua perempuan di dunia pada zamannya bagi melahirkan
seorang anak tanpa bapa. Malaikat memberitahu khabar gembira itu bahawa anaknya
akan menjadi nabi yang mulia. Firman Allah S.W.T : 45. (ingatlah) ketika
malaikat berkata: "Wahai Maryam! bahawasanya Allah memberikan khabar Yang
mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak Yang Engkau akan kandungkan
semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni
Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari
orang-orang Yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). (Surah Al-
‘Imrān 3:45) 46. "Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih
kecil Dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah dari orang-orang Yang
soleh." (Surah Al-‘Imrān 3:46) Dapat dilihat berdasarkan ayat diatas bahawasanya
Allah S.W.T telah berfirman bahawa anak yang akan dikurniakan kepada Maryam itu
merupakan seorang pesuruh Allah atau dikenali Al-Masīh. Yang mana akan
membimbing kaumnya iaitu Bani Israel.ini dapat dilihat ketika usianya masih
kecil, Nabi ‘Īsā menyeru kaumnya supaya beribadat kepada Allah S.W.T Yang Maha
Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Begitu juga semasa baginda dewasa, Nabi Isa
A.S, menyeru mereka supaya beribadat kepada Allah S.W.T. Dan ini membuktikan
bahawa Allah mengurniakan seorang manusia yang tinggi darjatnya dan bukan
sebarangan manusia untuk dilahirkan oleh Maryam. (Abu Al-Fidā ’ Al-Hāf iz Ismail
Ibn Kathīr 2005:99). Al –Masīh atau di dalam bahasa Yunani digelar Christos
adalah bermaksud disapukan dengan minyak. Iaitu disapukan kepada raja-raja dan
rahib-rahib dengan minyak tertentu. Ini adalah sebagai lambang perlantikan suci
kepada jawatan yang diberikan kepada mereka. Manakala di dalam bahasa Ibrani dan
Arab ianya digelar Al-Masīh ( Yūsuf Ali. 1973: 134). Seterusnya ayat yang
menceritakan tentang perkhabaran gembira kepada Maryam adalah melalui Surah
Maryam ayat ke 16-17 yang membawa maksud: “ Dan ceritalah kisah Maryam di dalam
Al-Quran iaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di
sebelah timur. Maka ia mengadakan tabir yang melindungi dari mereka: lalu Kami
mengutuskan roh Kami kepadanya, maka ia men jelma di hadapannya dalam bentuk
manusia yang sempurna”. Menurut tafsiran Syed Qutb berdasarkan ayat diatas,
bahawa Maryam sedang bersembunyi (di tempat) kerana suatu urusan peribadinya
yang memerlukan beliau menjauhkan diri dari keluarganya dan menghilangkan diri
dari pandangan mereka. Ayat tersebut tidak menjelaskan apakah urusan yang
dikerjakan oleh Maryam. Mungkin urusan itu suatu urusan yang amat peribadi dari
urusan-urusan seorang gadis (Syed Qutb. 2004:417). Seterunya menurut tafsiran
‘Abdullāh Yūsuf ‘Ali di dalam The Glorious Kur’an berkaitan ayat di atas
menyatakan Maryam pergi ke sebuah bilik yang sunyi untuk bersembunyi diri.
Mungkin di dalam masjid atau rumah ibadat. Maka Maryam pergi bersembunyi dirinya
serta menjauhan diri daripada kaumnya. Pada amnya, untuk melakukan ibadah kepada
Tuhan. Sewaktu beliau berada dalam keadaan suci. Kemudian datanglah malaikat
yang muncul kepada Maryam dalam rupa seorang lelaki. Beliau telah berfikir itu
adalah seorang manusia lelaki. Lantas Maryam merayu kepada lelaki tersebut
supaya janganlah lelaki itu menganggunya ketika dia sedang bersembunyi (Yūsuf
‘Ali. 1973:771). Dikatakan bahawa peristiwa kehamilan itu telah berlaku
ketikamana umur Maryam sekitar 10-15 tahun. Beliau telah dua kali didatangi haid
ketikamana Allah menciptakan janin dalam kandungannya. Manakala Mujāhid,
adh-Dhahhāk, Qatādah, Ibn Jarīr, Wahd in Munabbih dan al-Sauddi perkataan
‘rūhanā’ berdasarkan ayat di atas iaitu bermaksud ruh kami adalah dikirimkan
oleh Allah S.W.T kepada Maryam. Ruh tersebut di sampaikan oleh Malaikat Jibril
kepada Maryam ( Schleifer. A. 1998: 47) . Seterusnya perkataan ‘ruhanā itu juga
membawa maksud ‘Jibril ar-Ruhul Amin’ iaitu utusan Allah S.W.T kepada Maryam.
Ini dapat dijelaskan lagi bahawa Jibril adalah membawa dan menyampaikan tiupan
roh yang luhur itu dari Allah S.W.T. ( Sayyid Qutb. 2000: 420). Ketikamana
Malaikat Jibril menyampaikan berita tersebut, ia muncul dalam bentuk seorang
manusia yang sempurna. Ini adalah dengan tujuan untuk tidak mengejutkan Maryam
dengan rupa malaikat yang sebenar. Ianya bagi bertujuan agar Maryam dapat
mendengar dan menerima apa yang ingin disampaikan itu. Namun Maryam tetap berasa
takut akan kehadiran malaikat itu. Maryam berdoa agar dirinya dilindungi Allah
S.W.T. Lalu Jibrail menjelaskan tujuannya dan merupakan utusan dari Allah.
Setelah mendengar akan penjelasan itu Maryam terus berserah akan kehendak Allah.
Jibril lantas meniupkan ‘ruh Tuhan’ ke dalam lubang lengan pakaian Maryam (Schleifer.
A. 1998: 49-50). Manakala Thābari, di dalam kitabnya menyebut bahawa Jibrail
telah diutuskan kepada Maryam lantas meniupkan ke dalam lengan bajunya kemudian
Maryam pun hamil. Rupanya tiupan tersebut adalah untuk menerima benih. Kemudian
Baidawi mengulangi perkara ini bahawa Jibrail telah meniup kepada baju Maryam (
Parrinder. G. 1997: 69). Ini dapat direkuatkan lagi melalui firman Allah : 12.
dan juga (satu misal Perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa
seorang perempuan) Yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari
disentuh oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan Dia mendapat anak)
maka Kami perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh
(ciptaan) kami; dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia
mengakui kebenaran kalimah-kalimah Tuhannya serta Kitab-kitabNya; dan ia menjadi
dari orang-orang yang tetap taat. (Surah Al-Tahrim : 12). 91. “dan (sebutkanlah
peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami
tiupkan padanya dari roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan Dia dan anaknya
sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi umat” (Surah Al-Anbiyaa'
: 91). Seterusnya Maryam berasa hairan kerana beliau akan mendapat seorang anak
yang tidak mempunyai bapa, sedangkan beliau tidak berkahwin dan tidak akan
berkahwin. Lalu malaikat memberitahu Maryam bahawa Allah Maha Berkuasa bagi
mengadakan apa yang dikehendakiNya. Ketika Allah S.W.T mahu melaksanakan
sesuatu, dia akan bekata : “Jadilah ! lalu sesuatu itu akan terjadi” (Abu Al-Fidā’
Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr ,2005:108). Ini dapat dilihat berdasarkan firman
Allah S.W.T : 20. Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah Aku akan beroleh
seorang anak lelaki, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun,
dan Aku pula bukan perempuan jahat?" (Surah Maryam 16:20). 21. ia menjawab: "Demikianlah
keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan
Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan
kekuasaan kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari kami; dan hal
itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya. (Surah Maryam 16:21).
22. “maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan
kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh”. (Surah Maryam 16:22). Pekara
tersebut telah diberi jaminan oleh Allah S.W.T untuk melindunginya. Allah S.W.T
juga telah berjanji bahawa walaupun kandungan itu Allah S.W.T anugerahkan tanpa
Maryam bersama dengan lelaki namun itu adalah bukti kekuasaan Allah S.W.T
terhadap makhluknya dan ianya terjadi bukan melalui daripada perbuatan yang
keji. Bahkan kesuciannya tetap terpelihara tanpa sebarang noda. Lantas Maryam
disuruh bersedia menerimanya dan beliau akan sentiasa selamat dengan
perlindungan daripada Allah S.W.T. Maryam tahu itu adalah cubaan yang paling
besar baginya. Orang ramai akan memperkatakan tentang dirinya kerana mereka
tidak mengetahui mengetahui hakikat perintah itu. Mereka hanya memikirkan secara
zahir sahaja tanpa meneliti dan berfikir. Ahli-ahli salaf contohnya Wahd ibn
Munabbīh, menyebut ketikamana kelihatan tanda-tanda Maryam hamil, orang pertama
yang menyedarinya adalah Yusof ibn Yaqūb al-Nājar yang merupakan anak kepada
bapa saudara Maryam. Beliau sangat terkejut kerana selama ini beliau amat
mengenali dan begitu arif tentang kekuatan agama, kesucian serta ibadat yang
dilakukan Maryam. Yusof begitu hairan melihat keadaan itu sedangkan Maryam tiada
suami. Pada suatu hari Yusof bersemuka dengan Maryam lalu bertanya berkaitan
perkara tersebut. Yang mana, bagaimanakah seseorang wanita itu boleh mengandung
sedangkan dia tidak bersuami. Maryam lalu menjawab ianya tidak mustahil terjadi
dengan keizinan Allah sedangkan Adam diciptakan tanpa lelaki dan wanita.
Ketikamana Yusof meminta Maryam memberitahu hal yang sebenar, Maryam menjawab
bahawa perkara yang terjadi itu adalah perkhabaran gembira dari Allah S.W.T (Abu
Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:110-111). Menurut tafsiran ‘Abdullah
Yūsuf ‘Ali, apa sahaja yang Tuhan mahu jadikan, maka Tuhan perintahkan dengan
kalam-Nya “Jadi” maka sesuatu itu akan jadi. Tidak ada terdapat masa senggang
antara perintah-Nya dan pelaksanaan perintah itu (Yūsuf ‘Ali. 1973: 772).
Seterusnnya Suddi meriwayatkan bahawa adik Maryam iaitu isteri Zakaria, telah
datang menemui Maryam pada suatu malam. Ketika dia membuka pintu Maryam berkata
“Aku merasakan sedang mengandung seorang anak, kerana aku merasakan apa yang ada
di dalam perutku menjalar kepada apa yang ada di dalam perutku”. Isteri Zakaria
walau bagaimanapun menerima kehamilan Maryam yang ajaib tanpa bertanya
kepadanya, dan bagi isteri Zakaria ianya tidaklah begitu mengejutkannya. Ini
kerana kehamilannya sendiri juga ketika itu adalah semasa usianya sudah lanjut
dan mandul. Tetapi dengan kekuasaan Tuhan dia telah hamil ( Schleifer. A. 1998:
50-51). Setelah diberitakan akan perkhabaran tersebut maka Maryam begitu
terkejut dengan apa yang berlaku. Berdasarkan ayat di atas Maryam kemudiannya
pergi memencilkan dirinya di sebelah timur iaitu di Jerussalam kemungkinan di
luar kawasan Bait al-Māqdis. Ath-Thābari mencatatkan bahawa secara traditional
timur adalah tempat yang paling sering dijadikan perlambang spritual kerana dari
situ cahaya memancar. Seperti mana firman Allah S.W.T berfirman : 16. dan
bacakanlah (Wahai Muhammad) di dalam kitab Al-Quran ini perihal Maryam, ketika
Dia memencilkan diri dari keluarganya di sebuah tempat sebelah timur. 17.
kemudian Maryam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami
hantarkan kepadanya: roh dari Kami lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai
seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya. 18. Maryam berkata:
Sesungguhnya Aku berlindung kepada (Allah) Ar-Rahman daripada (gangguan) mu
kalaulah Engkau seorang yang bertaqwa. 19. ia berkata: "Sesungguhnya Aku pesuruh
Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci". (Surah Maryam
19:16,17,18). Menurut Muhammad ibn Ishaq berkata, “ tersebar berita di kalangan
Bani Israel bahawa Maryam telah hamil. Dengan itu, keluarga Zakariya A.S
menerima dugaan yang amat berat. Sesetengah ahli Zindik menuduhnya berbuat jahat
dengan Yusof yang beribadat dengannya di Masjid. Lalu Maryam mengasingkan
dirinya di tempat yang jauh” ((Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:
112). Ada pendapat menyatakan bahawa tempat yang dituju oleh Maryam adalah ke
arah timur rumahnya atau timur Baitul Māqdis. Ini berdasarkan Firman Allah dari
surah Maryam ayat ke 16 yang bermaksud “dan bacakanlah (Wahai Muhammad) di Dalam
Kitab Al-Qur’ān ini perihal Maryam, ketika Dia memencilkan diri dari keluarganya
di sebuah tempat sebelah timur” ( Muhammad Mutawally 2007:103). Akhirnya
sampailah masa dan ketikanya Maryam berasa sakit dan mahu melahirkan
kandungannya. Ketika itu Maryam telah pergi bersandar di sebatang pohon tamar.
Ini dapat dilihat melalui firman Allah S.W.T : 23. (ketika ia hendak bersalin)
maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon
tamar (kurma); ia berkata Alangkah baiknya kalau Aku mati sebelum ini dan
menjadilah Aku sesuatu Yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! (Surah
Maryam 16:23). Al- Bayhaqiy meriwayatkan sebuah hadis marfū daripada Shadād ibn
‘Aws bahawa pokok itu terletak di Bayt al-Lahm yang menjadi tempat berdirinya
beberapa orang Raja Rom (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:112).
Melalui ayat diatas juga Maryam menyatakan cita-citanya untuk mati jika
menghadapi fitnah dan ujian yang amat besar. Beliau juga mengetahui bahawa orang
ramai akan menuduhnya melakukan perbuatan keji serta tidak akan mempercayainya
apabila mereka akan melihat beliau mendukung seorang bayi. Semua ini membuatkan
Maryam berasa amat sedih. Lantas Maryam pun diseru seperti mana firman Allah
seterusnya: 24. lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" janganlah Engkau
berdukacita (Wahai Maryam), Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu
sebatang anak sungai. (Surah Maryam 16:24) Ada dua pendapat mengenai seruan
berdasarkan ayat diatas iaitu ianya adalah seruan dari Jibrail. Kedua dari
Mujāhid, al-Hasan, Ibn Zayd dan Sa’īd ibn Jubayr meriwayatkan bahawa yang
menyeru itu adalah anak Maryam itu sendiri iaitu Īsā A.S. kemudian ianya diikuti
seruan Allah S.W.T : 25. dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya
gugur kepadamu buah tamar Yang masak. (Surah Maryam 16:25). 26. "Maka makanlah
dan minumlah serta bertenanglah hati dari Segala Yang merunsingkan. kemudian
kalau Engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya Aku
bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah Aku menyatakan Yang
demikian) maka Aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapa pun dari kalangan
manusia pada hari ini". (Surah Maryam 16:26). Ada pendapat yang menyatakan
bahawa batang pokok tamar yang disebut dalam ayat di atas berkeadaan layu (kering).
Pendapat yang lain mengatakan bahawa pokok tamar itu berubah. Kemungkinan pokok
tamar itu tidak berbuah pada masa itu kerana Maryam bersalin pada musim sejuk
dan pohon tidak berbuah pada musim itu. Tetapi ianya tetap berbuah dapat
difahami melalui fiman Allah S.W.T pada ayat 25. Ianya adalah buah tamar
pemberian Allah S.W.T (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:113). Di
dalam ayat 26 itu adalah merupakan percakapan yang menyeru Maryam ketika beliau
di bawah tempat duduknya. Iaitu jika Maryam melihat seseorang daripada orang
ramai maka katakan kepada mereka dengan percakapan atau bahasa isyarat. Ayat ini
turut menerangkan agar Maryam diam dan membisu. Diam dalam erti kata pada masa
tersebut adalah tidak makan dan bercakap (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn
Kathīr 2005: 114). Dalam maksud yang lain adalah perintah kepada Maryam apabila
beliau berhadapan dengan orang ramai ketikamana membawa bayinya pulang maka
perlulah diam dan tidak berkata apa-apa. Setelah kelahiran bayinya itu, maka
Maryam pun membawa pulang bayinya itu. Ini digambarkan melalui ayat yang
seterusnya : 27.” kemudian baliklah ia kepada kaumnya Dengan mendokong Anaknya
mereka pun menempelaknya Dengan berkata: Wahai Maryam! Sesungguhnya Engkau telah
melakukan suatu perkara Yang besar salahnya!” (Surah Maryam 16:27). 28. " Wahai
saudara perempuan Harun, bapamu bukanlah seorang yang buruk akhlaknya, dan ibumu
pula bukanlah seorang perempuan jahat!" (Surah Maryam 16:28). 29. maka Maryam
segera menunjuk kepada anaknya. mereka berkata (dengan hairannya): "Bagaimana
Kami boleh berkata-kata dengan seorang yang masih kanak-kanak dalam buaian?"
(Surah Maryam 16:29). 30. ia menjawab:" Sesungguhnya Aku ini hamba Allah; ia
telah memberikan kepadaKu Kitab (Injil), dan ia telah menjadikan daku seorang
Nabi. (Surah Maryam 16:30). Berdasarkan ayat ke 27 menujukkan menunjukkan ahli
salaf yang mendapat berita daripada ahli kitab menyebut bahawa mereka
mencari-cari Maryam selepas mendapatinya hilang. Mereka lalu pergi ke tempat
kediamannya dan mencari di sekelilingnya. Selepas itu mereka mendapati seorang
anak lelaki berada bersamanya. Lantas mereka menyatakan Maryam telah melakukan
perkara yang sangat dilarang. Tetapi pendapat ini diragui kerana Maryam telah
melahirkan anaknya sendirian dan kemudian membawanya kepada kaumnya. Pendapat
Ibn ‘Abbas menyatakan Maryam membawa pulang anaknya selepas habis nifas iaitu
setelah 40 hari (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:114). Kaumnya
telah melihat Maryam membawa seorang anak lelaki bersamanya. Seterusnya di dalam
ayat 28 membawa maksud kaumnya menganggap Maryam seperti salah seorang ahli
ibadat pada zaman mereka iaitu Harun. Sa ‘īd ibn Jubayr menyatakan ada pendapat
yang menyatakan bahawa yang mereka maksudkan Hārūn adalah saudara Musa. Dan
mereka menyamakannya dengan Maryam dari segi ibadat (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz
Ismail Ibn Kathīr 2005:115). Apa yang dimaksudkan Maryam mempunyai saudara
bernama Hārūn adalah menunjukkan Maryam seorang yang solehah seperti Hārūn dan
tidak ada seorang pun daripada ahli keluarga Maryam yang melakukan perbuatan
keji dan memalukan perbuatan terkutuk dan mereka melemparkan pelbagai tohmahan
dan cercaan (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:116). Pada ketika itu
orang munafik telah menuduh Maryam berbuat jahat dengan sepupunya Yusuf ibn
Ya’qub al-Najar. Apabila terdesak, usaha serta kata-kata tidak berguna lagi
untuk membela diri. Maka apa yang dapat dilakukan hanyalah bertawakkal dan
berserah kepada kekuasaan Allah S.W.T sahaja. Maryam tidak dapat berbuat apa-apa
kerana keihklasan dan kebenaran semuanya ada pada dirinya (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz
Ismail Ibn Kathīr 2005:116). Seterusnya dapat dilihat pada firman Allah S.W.T
seterunya yang mana membawa maksud supaya mereka bertanya kepada bayi tersebut
untuk mengetahui kebenaran. Mereka mempersoalkan bagaimana untuk bertanya bayi
tersebut sedangkan bayi itu masih menyusu dan belum dapat bercakap. Mereka
menganggap Maryam mahu mempermain-mainkan mereka kerana sengaja tidak mahu
menjawab persoalan mereka. Tetapi menyerahkan urusan tersebut kepada bayi yang
tidak tahu apa-apa (Abu Al-Fidā’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005:116) Dapat
dilihat keajaiban Allah S.W.T pada ayat seterunya iaitu ‘Īsā Ibn Maryam telah
berkata-kata. Yang mana ianya menyeru untuk mengiktiraf Tuhannya. Sekaligus bayi
tersebut membersihkan ibunya daripada tuduhan orang-orang jahil. Sesungguhnya
pengalam tersebut adalah merupakan ujian yang berat kepada iman Maryam. Tetapi
walau bagaimanapun Maryam tetap ikhlas menerima apa yang Tuhan timpakan
kepadanya meskipun itu nampak amat sensara. Di dalam Al-Quran menyebut “dan
ibunya adalah seorang yang sangat taat (shiddiqāh)”. Maryam juga telah
menunjukkan keimanan serta keikhlasan iman yang luar biasa dan amat tinggi.
Maryam juga telah menunjukkan ketabahan serta keredhaannya kepada Allah apabila
sanggup mempertahankan keimanannya walaupun difitnah kaumnya. Seterusnya
berikutan dengan peristiwa ini juga, Maryam amat dikenali dengan seorang wanita
yang suci. Beliau dikurniakan zuriat daripada Allah. Beliau sendiri tidak pernah
disentuh oleh lelaki. Kehormatannya tetap kekal tanpa perbuatan terkutuk. Di
dalam Islam kesucian Maryam tidak diragukan lagi. Ini dapat dilihat berdasarkan
ayat di dalam Surah Maryam 19:20 bermaksud: “ Maryam berkata: “ bagaimana akan
ada bagiku seorang anak laki-laki, sedang tidak pernah seorang manusia pun
menyentuhku dan aku bukan pula seorang penzina” (Surah Maryam 19:20). “ dan
ingatlah kisah Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke
dalam tubuhnya ruh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda kekuasaan
Allah yang besar bagi semesta alam”. ( Surah Al-Anbiya 21:91 ). Ath- Thābari
menjelaskan ayat di atas dengan “ ketika tiada manusia yang menyentuhku, baik
secara halal mahupun haram”. Maka kerana kesucian tubuh dan jiwa Maryam dia
mendapat julukan Al-Batūl. Di dalam bahasa Arab Al-Batūl adalah membawa
pengetian lebih daripada kesucian fizikal iaitu memperlihatkan kesucianya
spritualnya sekali. Ini berbeza dengan agama Kristian yang mempercayai Maryam
adalah seorang yang suci tetapi kesuciannya lebih kepada kesucian fizikal semata
(Schleifer. A. 1998: 108-109). Menurut Lisān al-‘Arabi, al-Batūl bermaksud
perempuan-perempuan yang memisahkan dirinya dari kaum lelaki, tidak berhasrat
atau menginginkan mereka. , maka Maryam seorang perawan suci disebut sebagai Al-Batūl
kerana tidak berkahwin dan meninggalkan seluruh kesibukan duniawi dem
mengabdikan diri kepada Allah. Al-Batūl dapat juga menerangkan kepada kecantikan
fizikal dan spritual. Al-Khāzin menggambarkan Maryam adalah sebagai perempuan
paling cantik dan sempurna (Schleifer. A. 1998: 108-109). Seterusnya kesucian
Maryam secara spritual dan fizikal ini diceritakan di dalam berbagai cerita
serta keterangan. Antaranya oleh Wahb bin Munabbih tentang Yusuf yang amat
terkejut setelah mengetahui kehamilan Maryam. Dia lantas memikirkan tetang apa
kesalahan Maryam yang telah dikakukan dan amal ibadat Maryam. Yusof akhirnya apa
yang terjadi adalah itu berada di luar pengetahuannya. Selain itu Sa’id bin
‘Abdul ‘Azīz berkata: “pada zaman Isrā’īlī, ada sebuah mata air di Jerussalam di
sekitar Mata Air Silwān. Jika seorang perempuan dituduh berzina atau melacur, ia
disuruh minum air dari mata air itu. Jika tuduhan itu salah, ia tidak akan
terluka, tetapi jika tuduhan itu benar, ia akan mati. Maka ketika Maryam hamil,
orang-orang Israel membawanya ke sana. Ia minum airnya, dan tidak ada apa pun
yang terjadi. Kemudian dia bedoa kepada Tuhan agar dirinya dijauhkan dari celaan
kerana dirinya adalah perempuan yang beriman, dan kemudian mata air itu kering (Schleifer.
A. 1998:110). Manakala menurut tradisi Yahudi serta melalui keterangan di dalam
Al-Qur’ān, apa yang dilakukan Maryam iaitu tidak berkahwin dan mengabdikan diri
kepada Tuhan adalah membezakannya dengan wanita lain. Kebiasaanya apa yang
dilakukan oleh Maryam adalah dilakukan oleh kaum lelaki Yahudi tetapi mereka
tidak selamanya hidup membujang. Di dalam Islam ianya adalah faktor penting
menunjukkan keimanan seseorang samada lelaki mahupun perempuan. 2.4.1
PERKHABARAN GEMBIRA UNTUK MARYAM DAN KESUCIANNYA DARI PERSPEKTIF GOSPELS.
Perkhabaran gembira yang dimaksudkan melalui ayat tersebut adalah berkisarkan
kisah dimana Maryam dikhabarkan tentang beliau akan mendapat anak daripada Roh
Kudus. Perkhabaran tersebut adalah disampaikan oleh Tuhan melalui perantaraan
Gebrail kepadanya. Ini dapat dilihat melaui beberapa ayat di dalam kitab Luke :
“ Dalam bulan yang keenam Allah menyuruh malaikat Gabriel pergi ke sebuah kota
di Galilea bernama Nazaret” “ In the sixth month of Elizabeth’s pregnancy God
sent the angel Gebriel to a town in Galilee named Nazareth”. (Luke 1:26). “
ketika malaikat itu masuk ke rumah Mary, ia berkata: “salam, engkau yang
dikurniai Tuhan menyertai engkau”. “ The angel came to her and said, “ Peace be
with you! The Lord is with you and has greatly blessed you”. (Luke 1:28). “ Mary
terkejut mendengar perkataan itu, lalu bertanya di dalam hatinya, apakah erti
salam itu”. “ Mary was deeply trouble by the angel’s massage, and she wondered
what his words meant”. (Luke 1:29). “ Kata malaikat itu kepadanya “ jangan
takut, hai Mary, sebab engkau beroleh kasih kurnian di hadapan Allah”. “ The
angel said to her, “Don’t be afraid, Mary God has been gracious to you”. (Luke
1:30). “ Sesungguhnya engkau akan mengandung dan akan melahirkan seorang anak
laki-laki dan hendaklah namainya dengan Jesus”. “You will become pregnant and
give birth to son, and you will name him Jesus”. (Luke 1:31). Apabila mendapat
perkhabaran tersebut Maryam begitu terkejut dengan apa yang terjadi. Bagaimana
dia boleh mengandung sedangkan beliau masih suci dan tidak pernah disentuh oleh
lelaki. Walaubagaimana pun malaikat telah memberitahunya bahawa itu adalah tanda
kasih sayang Tuhan kepadanya dan anak itu adalah daripada Roh Kudus. Perkara
tersebut adalah menunjukkan kekuasaan Tuhan terhdap makhluknya. Bayi yang bakal
dilahirkan itu adalah bukan bayi biasa kerana bayi tersebut adalah akan menjadi
pemimpin bagi Bani Israel. Perkara ini dapat dilihat melalui beberapa ayat lagi
seperti berikut: “ Ia akan menjadi besar dan akan disebut Anak Allah Yang
Mahatinggi. Dan Tuhan Allah akan mengaruniakan kepadaNya takhta Daud”. “ He will
be great and will be called the Son of the Most High God. The Lord God will make
hin a king, as his ancestor David was”. (Luke 1:32). “ Dan ia akan menjadi raja
atas kaum keturunan Yaakub sampai selama-lamanya dan KerajaanNya tidak akan
berkesudahan” “And he will be King of the descendents of Jacob forever, his
kingdom will never end”. (Luke 1:33). “ ia memperliatkan kuasa-Nya dengan
perbuatan tangan-Nya dan mencerai-beraikan orang- orang yang bongkak hatinya”. “
He has stretched out his mighty arm and scattered the proud with all their
plans”. (Luke 1:51). “ ia menurunkan orang-orang yang berkuasa dari takhtanya
dan meninggalkan orang-orang yang rendah”. “ He has brought down mighty kings
from their thrones and lifted up the lowly”. (Luke 1:52). “ ia melimpahkan
segala yang baik kepada orang yang lapar, dan menyuruh orang yang kaya pergi
dengan tangan hampa” “ He has filled the hungry with good things, and sent the
rich away with empty hands”. (Luke 1:53). “ ia menolong Israel, hamba-Nya kerana
ia mengingat rahmat-Nya” “ He has kept the promise he made to our ancestors, and
has come to help of his servant Israel”. (Luke 1:54). “ seperti yang dijanjikan-Nya
kepada nenek moyang kita, kepada Abraham dan keturunannya untuk selama-
lamanya”. “ He has remembered to show mercy to Abraham and to all his
descendants forever”. (Luke 1:55). Seterusnya Maryam amat berasa hairan tentang
kejadian yang dialaminya itu. Sedangkan beliau tidak pernah disentuh mana-mana
lelaki. Ini adalah antara persamaan dengan apa yang terdapa didalam Al-Quran.
Ini dapat dilihat melalui ayat berikut: “ Kata Mary kepada malaikat itu:
Bagaimana hal itu mungkin terjadi, kerana aku belum bersuami?”. “ Mary said to
angel, “I am a virgin. How, then can this be?”. (Luke 1: 34). “ Jawab malaikat
itu kepadanya: “Roh Kudus akan turun atasmu dan kuasa Allah Yang Maha tinggi
akan menaungi engkau, sebab itu anak yang akan kaulahirkan itu anak yang akan
kau lahirkan itu akan disebut kudus, anak Allah”. “ The angel answered, “The
Holy Spirit will come on you, and God’s power will rest upon you. For this
reason the holy child will be called the Son of God”. (Luke 1: 35). “ Sebab bagi
Allah tidak ada yang mustahil” “ For there is nothing that God cannot do”. (Luke
1:37). “ Kata Mary:” sesungguhnya aku ini adalah hamba Tuhan: jadilah padaku
menurut perkataan itu.” Lalu malaikat itu meniggalkan dia”. “ I am the Lord’s
servant, said Mary; “may it happen to me as you have said”. (Luke 1:38). “
kerana yang Mahakuasa telah melakukan perbuatan-perbuatan besar kepadaku dan
nama-Nya adalah kudus”. “ Because of the great things the Mighty God has done
for me. He name is holy”. (Luke 1:49). “ dan rahmar-Nya turun- temurun atas
orang yang takut akan Dia”. “ From one generation to another he showns mercy to
those who honor him”. (Luke 1:50). Di katakan di dalam Luke ini bahawa Gabreil
datang kepada Maryam di Nazareth dengan memberi salam kepadanya sebagai seorang
yang sangat baik dan dikasihi oleh Tuhan. Iaitu antara wanita yang dikasihi.
Maryam sangat takut dengan situasi tersebut. Tetapi malaikat tersebut
menengkannya dengan menyatakan bahawa beliau akan melahirkan anak yang akan
diberi nama Jesus. Apabila beliau meluahkan kehairanannya kepada perkhabaran
tersebut maka Malaikat menyatakan bahawa itu adalah datang dari Holy Spirit dan
kekutaatannya adalah mengatasi segalanya. Ini dapat ditegaskan lagi apabila
Elizabeth telah hamil ketika mana umurnya telah meningkat (Parrinder. G:
1977:68). “ Dan sesungguhnya Elisabet, saudaramu itu, iapun sedang mengandung
seorang anak laki-laki pada hari tuanya dan inilah bulan yang keenam bagi dia,
yang disebut mandul itu”. “ Remember your relative Elizabeth. It is said that
she cannot have children, but she herself is now six months pregnant, even
though she is very old”. (Luke 1: 36). Bagi agama Kristian mereka percaya bahawa
Maryam telah bertunang dengan Joseph. Iaitu perjanjian yang dibuat antara lelaki
dan perempuan. Pertungan adalah berbeza daripada perkahwinan. Setelah
perkhabaran tersebut diturunkan kepada Maryam maka Maryam berada di dalam
keadaan yang agak tidak menentu. Tetapi walaubagaimana pun Joseph telah menerima
arahan untuk berkahwin dengan Maryam (Connick. C. M. 1974: 122). “ kelahiran
Jesus Chirst adalah seperti berikut: pada waktu Mary ibunya bertungan dengan
Joseph ternyata ia mengandung dari Roh Kudus ( Holy Spirit), sebelum mereka
berkahwin”. “ This was how the birth of Jesus Chirst took place. His mother Mary
was engaged to Joseph , but before they were married, she found out that she was
going to have a baby by Holy Spirit”. (Matthew 1:18). “ kerana Joseph suaminya
adalah seorang yang tulus hati dan tidak mahu mencemarkan nama isterinya di
khalayak umum, ia bermaksud menceraikannya dalam diam-diam”. “ Joseph was a man
who always did what was right, but he did not want to disgrace Mary publiciy, so
he made plans to break the angagement privately”. (Matthew 1:19 ). “ tetapi
ketika ia mempertimbangkan maksud itu, malaikat Tuhan telah muncul di dalam
mimpinya dan berkata: ‘Joseph anak Daud, janganlah engkau takut untuk mengambil
Mary sebagai isterimu, sebab anak di dalam kamdungannya adalah dari Roh Kudus’
”. “While he was thinking about this, an angel of Lord appeared to him in a
dream and said, “Joseph descendent of David, do not be afraid to take Mary to be
Your wife. For it is the Holy Spirit that she has conceived”. (Matthew 1:20).
“ ia akan melahirkan anak laki-laki dan engkau akan menamakanNya Jesus.
Kerana Dialah yang akan menyelamatkan unmat-Nya dari dosa mereka” “ She will
have a son, and you will name him Jesus because he will save his people from
their sins”. (Matthew 1:21). “ hal itu terjadi seperti perintah Tuhan kepada
pesuruhnya” “ now all this happened in order to make come true what the Lord
hassid through the prophet”. (Matthew 1:22). “ sesungguhya gadis suci itu akan
mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki dan mereka akan menamakan Dia
Immanuel (bermaksud Tuhan bersama kami)”. “A virgin will become be called
Immanuel (which means God is with us)”. (Matthew 1:23). Apabila Joseph bangkit
dari tidurnya beliaupun mengambil keputusan mengahwini Maryam seperti mana
diterangkan ayat berikut: “ sesudah bangun dari tidurnya Joseph berbuat seperti
yang diperintahkan malaikat itu kepadanya. Dia mengambil Mary sebagai isterinya”.
“ so when Joseph woke up, he married Mary, as the angel of the Lord had told him
to”. (Matthew 1:24). “ tetapi dia tidak bersama dengan isterinya hinggalah anak
lelakinya lahir dan Joseph menamakannya Jesus”. “ But he had no sexual relations
with her before she gave birth to her son and Joseph named him Jesus”. (Matthew
1:25). Kemudian apabila telah mendapat perkhabaran tersebut maka Maryam pun
pergi ke rumah Zakaria dan tinggal di sana selama tiga bulan. Yang mana pada
ketika itu Elizabeth sedang mengandungkan anaknya. Ini dapat dilihat berdasarkan
ayat berikut: “ Beberapa waktu kemudian berangkatlah Mary dan berjalan ke
pergunungan menuju sebuah kota di Yehuda”. “ Soon afterward Mary got ready and
hurried off to a town in the hill country of Judea”. (Luke 1:39). “ Di situ ia
masuk ke rumah Zakaria dan memberi salam kepada Elisabet”. “ She went into
Zechariah’s house and greeted Elizabeth”. (Luke 1:40). “Dan ketika Elisabet
mendengar salam Mary, melonjaklah anak yang di dalam rahimnya dan Elisabet pun
penuh dengan Roh Kudus”. “ When Elizabeth head Mary’s greeting, the baby moved
within her. Elizabeth was filled with the Holy Spirit”. (Luke 1:41). Dipercayai
tempat yang dituju oleh Maryam adalah di sebuah bandar di Judah terletak di
sebuah bukit. Kristian traditional telah mengenal pasti tempat tersebut sebagai
Ein-Karem, iaitu sebuah tempat berhampiran Jarusalem iaitu lapan puluh kilometer
di sebelah selatan Nazareth. Dan apabila sampai di sana beliau terus menemui
Elizabeth (Connick. C. M. 1974: 113). Kemudian tibalah masa kelahiran Jesus.
Jesus dikatakan lahir di ‘Bethlehem’ menurut Matthew dan Luke. Iaitu di kampung
Judean enam kilometer di Jerusalem. Tetapi walaubagaimanapun terdapat
percanggahan fakta antara di mana tempat kelahiran Jesus iaitu antara fakta di
dalam Matthew dan Luke (ibid:116). Iaitu ; “ sesudah Jesus dilahirkan di
Bethlehem di tanah Judea pada zaman raja Herodes, datanglah orang-prang majusi
dari Timur ke Jerusalem”. “Jesus was born in the town of Bethlehem in Judea,
during the time when Herod was King. Soon afterward, some men who studied the
sterscame from the East to Jerusalem”. (Metthew 2:1). “ demikian juga Yusuf
pergi dari kota Nazaret di Galilea ke Yudea, ke kota Daud yang bernama Betlehem_
kerana ia berasal dari keluarga dan keturunan daud”. “ Joseph went from the town
of Nazareth in Galilee to the town of Bethlehem in Judea, the birthplace of King
David”. (Luke 2:4 ). Perkara tersebut menjadi persoalan. Sesetengah ahli ilmuan
bersetuju bahawa Nazareth adalah tempat kelahiran Jesus. Disamping itu
bukti-bukti lain di dalam Mettheiw dan Luke menjadikan Jesus di lahirkan di
Bethlehem agak susah diterima. Ini kerana di dalam Gospels terdapat ayat
menyebut “Jesus of Nazareth” (Connick. C. M. 1974: 117). Selain itu dapat
dilihat bahawasanya Maryam adalah wanita yang suci. Ini kerana beliau telah
mengandung tanpa disentuh oleh Joseph. Ini telah disokong oleh Roman Catholict,
orthodox dan sesetengah pengikut Protestant. Ini dapat dibuktikan melalui ayat
ini : Luke 1: 34“ Kata Mary kepada malaikat itu: Bagaimana hal itu mungkin
terjadi, kerana aku belum bersuami?”. Ayat ini menjelaskan berhubung status
Maryam yang mana wanita yang suci , tetapi juga menunjukan keazamannya
mengekalkan kesucian itu untuk selamanya (Connick. C. M. 1974: 112). Selanjutnya
Maryam juga telah mendapat gelaran sebagai ‘Mother of God’. Ini bukanlah
sebarang gelaran yang diberikan kepadanya. Tetapi gelaran itu adalah refleksi
kepada sifat ketuhanan yang ada pada anaknya Jesus. Maryam bukan hanya sekadar
melahirkan seorang bayi tetapi lebih mendalam lagi memperlihatkan seorang yang
mempunyai kekuatan dalaman. Manakala Council of Ephesus menyatakan bahawa Maryam
telah melahirkan seorang datangnya dari ahli keluarga Tuhan (Maloney. R. P.
1999:289). Oleh yang demikian, dapat dilihat di dalam tujuan ini ada persamaan
dengan Al-Qur’ān di dalam aspek yang mana perkhabaran gembira telah disampaikan
oleh Malaikat kepada Maryam yang menyatakan beliau akan mengandungkan Ruh Kudus.
Di dalam Gospels juga turut menerangkan tentang kesucian Maryam yang telah hamil
tanpa disentuh oleh lelaki dan kehamilannya itu adalah kurniaan Tuhan. 2.4
KESIMPULAN Keseluruhannya dapatlah disimpulkan berdasarkan topik ini, Maryam
merupakan simbol kepada wanita yang mempunyai ketundukan, ketaatan, keimanan,
keajaiban serta kesuciannya berdasarkan kedua-dua perspektif Al-Qur’ān dan
Gospels. Kesemua perkara tersebut tidak dapat disangkalkan lagi. Kesemua aspek
tersebut juga membuktikan bahawa Maryam menjadi satu simbol seorang wanita yang
boleh menjadi model yang baik serta diktiraf dari sudut keagaamaan di dalam
kedua-dua agama. Seterusnya ketinggian mertabat Maryam dipandang lebih tinggi
lagi bukan hanya tertakluk kepada sifat ketaatannya kepada Tuhan sahaja, tetapi
kelebihannya yang telah melahirkan Nabi Ī’sā atau Jesus merupakan satu-satunya
kelebihan yang tidak semua wanita akan memperolehinya.
BAB III MARYAM DARI PERSPEKTIF GOSPELS : ASPEK PERBEZAAN DENGAN AL-QUR’ĀN
3.1 PENDAHULUAN Seperti yang telah diketahui, di dalam agama Kristian juga
penceritaan tentang Maryam di dalam Gospels juga amat penting. Ini kerana
peranannya yang melahirkan Jesus amat dipandang tinggi. Oleh itu didalam bab III
ini penulis seterusnya akan melihat perbezaan yang ada di dalam penceritaan
tentang Maryam dari perspektif Gospels. Walaupun penceritaan tentang Maryam
diantara Gospels dan Al-Qur’ān terdapat banyak persamaan tetapi ianya tetap
terdapat beberapa aspek perbezaan yang akan di jelaskan di dalam bab ini. 3.2
MARYAM BERKAHWIN DENGAN JOSEPH (YUSOF). Di dalam bab ini penulis akan melihat
berkaitan aspek Maryam samada berkahwin ataupun tidak. Ini kerana terdapatnya
perbezaan antara Al-Qur’ān dan Gospels berkaitan aspek ini. Seterusnya, merujuk
kepada aspek ini, jelas didalam Gospels menunjukkan bahawa Maryam telah pun
berkahwin dengan seorang lelaki. Lelaki tersebut adalah dikenali sebagai Joseph.
Siapakah Joseph dan apakah rentetan peristiwa perkahwinan mereka yang
diceritakan di dalam Gospels yang menjadi perbezaan dengan apa yang terdapat di
dalam Al-Qur’ān. 3.2.1 PERTUNANGAN DENGAN JOSEPH Dapat dijelaskan di sini
bahawa, bagi penganut Kristian mereka percaya bahawa Maryam telah bertungan
terlebih dahulu dengan Joseph. Pertunangan dapat dijelaskan untuk membezakan
hubunggan atau ikatan yang telah dibuat sebelum ikatan perkahwinan Connick. C.
M. 1974: 122). Di dalam Gospels ada dinyatakan seperti berikut: “ dalam bulan
keenam Elizbeth menganung Allah menyuruh malaikat Gebrail pergi ke sebuah kota
di Galile bernama Nazareth. Dia menghantar perkhabaran kepada seorang perawan
yang bertunangan yang bernama Yusuf dari keluarga Daud” “ In sixth month of
Elizabeth’s pregnacy God sent the angel Gabriel to a town in Galilee named
Nazareth. He had a message for a young woman promised in marriage to a man named
Joseph, who was a descenent of King David”. (Luke 1:26-27). Dapat dijelaskan
secara ringkas di sini bahawa Joseph adalah berketurunan Daud. Keturunan
tersebut telah diperjelaskan di dalam bab pertama. Tidak dapat dipastikan
bilakah mereka bertunang dan tempoh pertunangan tersebut berlangsung. Semuanya
kisah pertunangan antara Joseph dan Maryam ini diceritakan hanya secara umum dan
tidak terdapat maklumat yang spesifik mengenainya. 3.2.2 PERKAHWINAN MARYAM DAN
JOSEPH Seterusnya, setelah Maryam mendapat perkhabaran dari Jibrail yang
menyatakan beliau hamil, berita tersebut pun telah diketahui oleh Joseph. Lantas
dia amat terkejut dengan perkhabaran tersebut. Tetapi walaubagaimana pun
malaikat Jibrail telah menjelma di dalam mimpinya dan memerintahkan supaya
Joseph mengahwini Maryam dan tidak perlu takut dan ragu-ragu untuk berkahwinan
dengan Maryam. Kerana bayi yang dikandungkan oleh Maryam itu merupakan datangnya
dari Ruh Al-Kudus (www.wikipedia. org/wiki/mary_mother of Jesus). Perkara ini
dapat dilihat berdasarkan beberapa ayat di dalam Metthew iaitu ayat (1:18-20) :
“ kelahiran Yesus Kristus adalah seperti berikut: pada wakru Maria, ibuNya
bertungangan dengan Yusof, ternyata ia mengandung dari Roh Kudus, sebelum mereka
hidup sebagai suami isteri. Kerana Yusuf suaminya seorang yang tulus hati dan
tidak mahu mencemarkan nama isterinya di muka umum, ia bermaksud menceraikannya
dengan diam-diam. Tetapi ketika ia mempertimbangkan maksud itu, malaikat Tuhan
nampak kepadanya dalam mimpi dan berkata “Yusuf anak Daud jaganlah engkau takut
mengambil Maria sebagai isterimu, sebab anak yang di dalam kandungannya adalah
dari Ruh Kudus”. “ This washow the birth of Jesus Christ took place. His mother
Mary was engaged to Joseph; but before they were married, she found out that she
was going to have a baby by the Holy Spirit. Jpseph was a man who always did
what was right, but he did not want to disgrace Mary publicly; so he made plans
to break the engagement privately. While he was thinking about this, an angel of
the Lord apperared to him in a dream and said : “Joseph, descendant of David, do
not be afraid to take Mary to be your wife. For it is by the Holy Spirit that
she has conceived”. (Matthew 1:18-20). Akhirnya Joseph pun telah mengikut
sepertimana yang diarahkan supaya mengahwini Maryam. Sepertimana ayat berikut :
“sesudah bangun dari tidurnya, Yusof seperti yang diperintahkan malaikat Tuhan
itu kepadanya. Ia menganmbil Maria sebagai isterinya. Tetapi tidak bersetubuh
dengan dia sampai ia melahirkan anaknya laki-laki dan Yusuf menamakannya Jesus”.
“So when Joseph woke up, he married Mary, as the angel of the Lord had told him
to. But he had no sexsual relation with her before she gave birth to her son.
And Joseph named him Jesus”. (Metthew 1:24-25). Seterusnya mereka sekeluarga
tinggal di sebuah daerah. Dimana Joseph telah bekerja sebagai tukang kayu. Ini
terdapat di dalam ayat berikut : “bukankah ia ini anak tukang kayu ? bukankah
saudaranya Yakobus, Yusuf, Simon dan Yudas?”. “Isn’t he the carpenter’s son?
Isn’t Mary his mother, and aren’t James, Joseph, Simon and Judas his brother?”.
(Metthew 13:55). Dikatakan juga mereka tinggal di dalam keadaan yang agak susah.
Joseph juga telah berniaga. Kemudiannya hidup mereka tidak lagi begitu susah.
Mereka telah menghabiskan masa mereka di Ghaleli ( Maloney. R . P. 1999: 288).
3.2.3 DIKURNIAKAN BEBERAPA ANAK LAIN Seterusnya, setelah Maryam dan Joseph
berkahwin, mereka dikatakan mempunyai beberapa orang anak lain. Ini merupakan
salah satu lagi aspek yang mempunyai perbezaan dengan keterangan di dalam Al-Qur’ān.
Ramai ahli-ahli ilmuan Nasrani berpendapat bahawa perkahwinan diantara Maryam
dan Joseph telah dikurniakan beberapa zuriat lain. Jadi Isa A.S dikatakan
mempunyai lima orang saudara lelaki. Tetapi walaubagaimana pun tidak dapat
dinyatakan secara keseluruhan nama-nama kesemua anak Maryam dan Joseph itu.
Antara sebahagian nama tersebut adalah Yacobus Budiman, Semion, Yehuda. I’sā A.S
turut dipercayai mempunyai dua lagi saudara perempuan yang tidak diketahui
namanya (Azyumardi Azra. 2005:289). Di dalam Gospels ada beberapa ayat yang
boleh menerangkan berkaitan I’sā A.S mempunyai saudara-saudara lain iaitu di
dalam Mark: “ bukankah Dia ini tukang kayu, anak Maria, saudara Yakobus, Yoses,
Yudas dan Simon ? dan bukanlah saudara-saudaranya yang perempuan ada bersama
kita? Lalu mereka kecewa dan menolak kita”. “Isn’t he the carpenter, the son of
Mary, and the brother of James, Joseph, Judas, and Simon? Aren’t his sisters
living here? And so they rejected him”. (Mark 6:3). Seterusnya di dalam Metthew
seperti berikut: “bukankah ia ini anak tukang kayu? Bukankah ibunya bernama
Maria dan saudara-saudaranya: Yakobus, Yusuf, Simon dan Yudas?” “Isn’t he the
carpenter’s son? Isn’t Mary his mother, and aren’t James, Joseph, Simon and
Judas his brother?”. ( Metthew 13:55). Oleh yang demikian amat jelaslah bahawa
di dalam Gospels telah menerangkan dan mempercayai bahawa Maryam dan Joseph
telah mempunyai anak lain selain I’sā A.S di dalam perkahwinan mereka itu.
Tetapi walaubagaimana pun terdapat juga pendapat lain yang menyatakan I’sā A.S
tidak mempunyai saudara lain yang seibu dan sebapa dengannya. 3.2.4 ASPEK
PERBEZAAN YANG TERDAPAT DI DALAM AL-QUR’ĀN. Jika dilihat dari perspektif Al-Qur’ān,
Maryam sememangnnya tidak berkahwin dengan sesiapa pun. Sama sekali tidak
dinyatakan langsung di dalam Al-Qur’ān. Juga kisah beliau bertunangan dengan
Joseph juga tidak ada diceritakan sama sekali di dalam Al-Qur’ān. Malah kesemua
aspek tentang pertunangan, perkahwinan, serta dikurniakan anak lain selain Jesus
sepertimana yang ada di dalam Gospels itu amatlah berbeza dengan Al-Qur’ān. Jadi
siapakah Yusof menurut Al-Qur’ān? Sebenarnya Joseph atau Yusof tidak pernah
disebutkan di dalam Al-Qur’ān mahupun hadis. Maklumat tentangnnya serta
hubungannya dengan Maryam banyak diperdebatkan. Apa-apa sahaja kisah tentangnnya
kerapkali di akhiri dengan kalimah ’Wa Allah a’lām’ (Allah lebih mengetahuinya).
Ataupun ianya hanya di wakili dengan perkataan ’disebutkan’ atau ’mereka
menyatakan’ iaitu tidak dapat di pasti siapakah yang sebenarnya berkata (Schleifer.
A 1998:44) Antara penjelasan tentang Yusof adalah dikatakan beliau adalah sepupu
kepada Maryam. Beliau adalah bekerja sebagai tukang kayu dan telah berkhidmat di
Bait al-Māqdis. Beliau adalah antara orang yang amat mengetahui dengan jelas
tentang Maryam dari segi kesalihannya serta kesempurnaan ibadahnya. Selain itu
untuk menunjukkan bagaimana rapatnya pertalian Yusof dengan Maryam dikatakan
selepas Zakariyya A.S dipertanggungjawabkan untuk menjaga Maryam, begitulah
dengan Yusof. Beliau adalah orang yang akan menjaga Maryam selepas Zakariya A.S.
Selanjutnya sumber-sumber traditional Muslim seringkali tidak menjelaskan apakah
hubungan Maryam dan Yusof. Malah ada juga sumber yang menyebut bahawa Yusof
adalah sahabat dan teman Maryam semata-mata tidak lebih dari itu. Tidak pernah
sedikit pun diceritakan melalui sumber Islam yang menyatakan mereka berdua ada
hubungan perkahwinan. Dikisahkan juga bahawa setelah tahun demi tahun telah
berlalu, suatu ketika datanglah musim kemarau menimpa Bani Israil. Makanan serta
bekalan minuman amatlah sukar untuk diperolehi. Satu hari keluarlah Zakaria
menemui kaumnya dan berseru: ”hai Bani Israel, ketahuilah demi Allah,
sesungguhnya aku sudah tua dan lemah untuk menanggung anak perempuan ’Imrān.
Maka, siapakah di antara kamu yang bersedia memelihara Maryam sepeniggalan ku,
mencukupi baginya makanan dan minuman sampai ia dapat menyelesaikan ibadatnya
kepada Allah sebagaimana nazar ibunya”. Maka semua yang hadir di situ
bertanya-tanya siapakah diantara mereka yang akan memelihara Maryam. Untuk
memutuskan hal itu, mereka pun akhirnya setuju untuk mengundi. Pengundian mereka
dilakukan. Maka ianya telah kena kepada sepupunya sendiri seorang tukang kayu
bernama Yusof. Maka tanggungjawab itu telah diterima oleh Yusof dengan senang
hati sekali. Seterusnya dikisahkan juga, bahawasanya Yusof adalah antara orang
yang mengetahui kehamilan Maryam. Tetapi walaubagaimana pun cara Yusof
mengetahui Maryam hamil juga mempunyai perbezaan dengan apa yang dikhabarkan
melalui Gospels. Setelah Maryam mendapat perkhabaran gembira yang menyatakan
beliau mengandung, Maryam tetap menyembunyikan kehamilannya itu. Tetapi
walaubagaimana pun akhirnya Yusof mencurigai terhapat Maryam disebabkan
terdapatnya tanda kehamilan terhadapnya (Maryam). Namun Yusof agak kuatir untuk
bertanyakan perkara terebut kepada Maryam. Ini kerana beliau sendiri amat maklum
akan kelakuan Maryam yang amat taat kepada suruhan serta perintah Allah S.W.T.
Masakan Maryam sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak sopan sehinggakan
beliau hamil. Akhirnya jalan yang terbaik telah diambil oleh Yusof agar tidak
lagi menaruh syak wasangka terhadap Maryam. Lantas beliau memberanikan diri
untuk bertanyakan perkara tentang kehamilan Maryam itu yang telah lama terbuku
di dalam hatinya. Lantas Yusuf berkata kepada Maryam: ”Maryam sesungguhnya aku
telah berfikir sesuatu yang telah terjadi kepada dirimu. Sebenarnya aku aku
ingin menyembunyikannya, tetapi aku tidak dapat berbuat begitu lagi. Dan aku
merasa bahawa lebih baik aku bertanya tentang perkara itu untuk menteramkan
hatiku. Lantas Maryam memandang Yusof dan berkata: ”Berkatalah dengan perkataan
yang baik”. Maka Yusof berkata kepadanya : ”Maryam, beri tahulah kepadaku,
adakah tanaman boleh tumbuh tanpa air?” Maryam menjawab: ”Ya”. Tanya Yusof lagi:
”apakah mungkin lahir seorang anak tanpa laki-laki?”. Lantas Maryam pun menjawab
: ”Bukanlah kamu tahu bahawa Allah ’Azza Wajallā pada mulannya menciptakan
tanaman tanpa benih, dan benih hanya ada pada tanaman yang ditumbuhkanNya tanpa
benih? Bukankah kamu tahu bahawa Allah mampu menumbuhkan pepohon tanpa air
dengan kekuasaanNya? Dia menjadikan hidupnya pokok-pokok itu menurut aturanNya.
Ataukah kamu akan berkata bahawa sesungguhnya Allah tidak kuasa menumbuhkan
pohon, sehingga Dia meminta pertolongan kepada air. Kalau demikian halnya,
beerti Allah tidak ada kuasa menumbuhkannya”. Sahut Yusuf : Aku tidak berkata
seperti itu, tetapi aku berkata bahawa sesungguhnya Allah berkuasa atas apa yang
dikehendakiNya. Dia berkata bagi sesuatu yang ingin diciptakanNya: Jadilah! Maka
jadilah ia”. Maryam lalu menyambung : ”Bukankah engkau tahu bahawa Allah
mencipta Adam dan isteinya tanpa adanya seorang laki-laki ataupun seorang
perempuan?”. Yusof akhirnya sedar bahawa Maryam membawa sesuatu mukjizat di atas
kekuasaan Allah S.W.T. kandungannya itu adalah atas kebijaksanaan dan kekuasaan
Allah S.W.T. Malah tiada yang dapat menghalangnya jika Dia mahu mengurnikan
sesuatu walaupun di luar kemampuan manusia sekalipun (Jabir Asy-Syal. 1994:
71-72). Apa yang ingin diperkatakan oleh penulis adalah perbezaan penceritaan
bagaimana Yusof mendapat perkhabaran tentang kehamilan Maryam melalui kisah dari
Al-Qur’ān dan Gospels. Yang mana tidak ada sama sekali kisah yang menerangkan
Yusof telah bermimpi didatangi malaikat Jibril menberitahu kehamilan Maryam
serta mengarahkannya untuk mengahwini Maryam sepertimana dakwaan Gospels. Ini
adalah antara aspek yang amat ketara perbezaannya antara kedua-dua kitab
tersebut. Malah tidak ada pun dikatakan di dalam Al-Qur’ān menyatakan mereka
telah bertungan kemudiannya berkahwin. Setelah itu dikurniakan beberapa anak
lain sepertimana yang diceritakan di dalam Gospels. 3.3 TEMPAT KELAHIRAN JESUS
Seterusnya salah satu lagi aspek yang menjadi perbezaan penting di antara
keterangan di dalam Al-Qur’ān dan juga Gospels. Ianya adalah berkaitan perbezaan
keterangan berkaitan tempat di mana Jesus telah dilahirkan. Jadi di dalam topik
ini penulis akan melihat aspek yang diceritakan di dalam Gospels berkenaan
tempat kelahiran Jesus berdasarkan keterangan ayat-ayat yang terdapat di dalam
kitab tersebut. Merujuk di dalam Matthew dan juga keterangan di dalam Luke telah
menerangkan bahawa Jesus telah dilahirkan di Bethlehem. Iaitu sebuah kampung di
Judean iaitu sekitar enam kilometer di selatan Jarusalem. Di dalam Matthew
menerangkan seperti berikut: “ sesudah Yesus dilahirkan di Betlehem di tanah
Yudea pada zaman raja Herodes, datanglah orang-orang majus dari timur ke
Yerusalem”. “Jesus was born in the town of Bethlehem in Judea, during the time
when Herod was king. Soon afterward, some men who studied the stars came from
the East to Jerusalem”. (Matthew 2:1) “demikian juga yusuf pergi dari kota
Nazaret di Galilea ke Yudea, ke kota Daud yang bernama Betlehem, kerana ia
berasal dari keluarga dan keturunan Daud. Supaya didaftarkan bersama-sama dengan
Maria, tunangannya, yang sedang mengandung”. “ Joseph went from the town of
Nazareth in Galilee to the town of Bethlehem in Judea, the birthplace of King
David. Joseph went there because he was a descendent of David. He went to
register with Mary, who was promised in marriage to him. She was pregnant”.
(Luke( 2:4-5) Tetapi walaubagaimana pun keterangan di dalam dua kitab tersebut
telah menjadi persoalan kepada sesetengah pihak. Yang mana ada sesetengah para
ilmuan yang menyatakan bahawa juga Jesus dilahirkan di Nazareth. Ini berdasarkan
beberapa ayat yang juga terdapat di dalam Gospels yang menyebut “Jesus of
Nazareth”. Contohnya di dalam ayat serta seperti mana berikut : “ setibanya di
sana iapun tinggal di sebuah kota yang bernama Nazareth. Hal itu terjadi supaya
genaplah firman yang disampaikan oleh nabi-nabi, bahwa Ia akan disebut: orang
Nazareth”. “ And made his home in a town named Nazareth. And so what the
prophets had came true: “he will be called a Nazarene”. (Metthew 2:23). “ hei
engkau, Yesus orang Nazareth, apa urusan-Mu dengan kami? Engkau datang hendak
membinasakan kami? Aku tahu siapa Engkau: yang kudus dari Allah”. “ Ah! What do
you want with us, Jesus of Nazareth? Are you are God’s holy messenger”. (Luke
4:34). Walaubagaimana pun, dalam satu ayat dalam Mark menyebut apabila Jesus di
buang ke Nazareth dia menyebut: “ seseorang nabi dihormati di mana-mana kecuali
di tempat asalnya sendiri, di antara kaum keluarganya dan di rumahnya”. “Jeseu
said to them, “Prophets are respected everywhere except in their own hometown
and by their relatives and their family”. (Mark 6:4). Menurut bahasa Greek
perkataan ‘tempat asalnya’ boleh memberi makna samada tempat asal usul nenek
moyangnya ataupun tempat di mana dia lahir. Di sini dapat dinyatakan bahawa
Joseph adalah berketurunan David iaitu berasal dari Betlehem, sekaligus Jesus
adalah berasal dari Betlehem. Tetapi ada kemungkinan sahaja ada pihak yang
menggunakan maksud ‘tempat asalanya’ iaitu Nazareth sebagai tempat kelahiran
Jesus tetapi ianya agak kabur (Connick . C. M. 1974: 117). Perbincangan tentang
Jesus di lahirkan di Nazareth adalah amat meniggalkan kesan kepada ilmuan-ilmuan
untuk membincangkannya. Perbezaan tempat kelahiran ini adalah menjadi kekeliruan
yang agak besar diantara Matthew dan juga Luke. Jika benar Jesus lahir di
Nazareth tiada bukti sejarah yang membuktikan dia lahir disana. Kelahiran Jesus
di Nazareth adalah merupakan sesuatu perkara yang diada-adakan ataupun direka
semata-mata. Kesemua penganut Kristian mengakui bahawa Bethlehem merupakan
tempat lahirnya Jesus yang sebenar. Tetapi ianya di kawasan mana tempat lahirnya
Jesus di Bethlehem tidak dapat dipastikan (Connick . C. M. 1974: 117) . Selain
itu apa yang diceritakan di dalam Gospels mempunyai perkaitannya dengan apa yang
terkandung di dalam Al-Qur’ān adalah satu perkara yang direka-reka. Yang mana
dimaksudkan dengan tempat yang jauh adalah merujuk perjalan Maryam daripada
Nazareth ke Bethlehem. Para Muslim moden menyatakan bahawa “perkhabaran gembira
itu berlaku bagi tanggapan kami mungkin menanggap tempat tersebut adalah sebuah
tempat di Bethlehem”. Ianya juga adalah sebuah tempat yang terpencil tetapi
bukan merujuk tempat tersebut yang jaraknya 71 kilometer dari Nazareth, tetapi
kerana di Betlehem itulah kelahiran itu berlaku di sebuah tempat yang agak gelap
di bawah pokok palma (Parrinder. G. 1977: 76). Selain daripada itu, sesetengah
penulis melihat, maksud tempat yang jauh itu sebagai satu tempat yang selamat (a
hollow). Ini merujuk kepada tempat di dalam perjalanan Maryam dan Joseph
bersama-sama Jesus menuju ke Egypt. Ada antara Muslim traditional menyatakan
tempat tersebut adalah di bawah sepohon pokok berhampiran sebuah bukit di
Damascus (Parrinder. G. 1977: 76). 3.3.1 ASPEK PERBEZAAN YANG TERDAPAT DI DALAM
AL-QUR’ĀN. Seterusnya berkaitan dengan tempat kelahiran Jesus ini ianya adalah
berbeza dari sudut pandangan Islam serta dengan apa yang dapat dilihat melalui
Al-Qur’ān sendiri. Perbezaan tersebut amat jelas dan ketara sekali. Di dalam Al-Qur’ān
tidak dinyatakan dimanakah tempatnya Maryam melahirkan anaknya itu. Ini dapat
dilihat berdasarkan Firman Allah S.W.T di dalam surah Maryam ayat ke 16
Maksudnya : “ Dan ceritalah ( kisah ) Maryam di dalam Al- Qur’ān, iaitu ketika
ia menjauhkan diri daripada daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah
timur”. (Surah Maryam 16:16). Dapat dilihat berdasarkan ayat tersebut bahawa
Maryam telah diperintahkan untuk pergi ke tempat di sebelah timur iaitu “makanan
syarqiyya” ketika mana beliau hamilkan anaknya itu. Tempat tersebut dipercayai
ke arah Baitul Maqdis. Dapat dilihat hanya itulah petunjuk yang terdapat di
dalam Al-Qur’ān. Tetapi walaubagaimana pun ianya tiada pertentangan dengan
ayat-ayat lain yang menerangkan berkaitan Maryam seperti mana pertentangan yang
berlaku di dalam Gospels. Ketika di sana iaitu ketikamana bersendirian di sebuah
tempat di sebelah timur Baitulmuqaddis, Allah kemudiannya telah menghantar Roh
al-Amin iaitu Jibril A.S(Abu Al-Fidā ’ Al-Hāfiz Ismail Ibn Kathīr 2005: 109) .
Tetapi walaubagaimana pun situasi ketiaka mana Maryam di datangi malaikat adalah
ketika dia sedang menenun kain untuk tempat ibadatnya. Ketika itu beliau sedang
berada di dalam rumahnya. Samada A-Qur’ān mahupun Gospels situasinya adalah
sama. Salah seorang pentafsir Moden iaitu Maulana Āzād, menyatakan bahawa tempat
sebelah timur “estern place” itu adalah Nazareth sepertimana yang ada di dalam
New Testament (Parrinder. G. 1977: 68). Sebahagian ulama turut berpendapat
bahawa ketikamana Maryam mula sakit untuk melahirkan anaknya, beliau telah
bersandar pada sebatang pokok kurma di sebuah tempat dekat dengan Yerussalem.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa kelahiran itu terjadi an-Nashira (Nazareth)
. Apa yang ingin ditekankan oleh penulis di sini adalah perbezaan aspek
penceritaan antara Al-Qur’ān dan Gospels. Walaupun ada sesetengah Ulama Islam
yang sama pendapat dengan Gospels tentang tempa kelahiran Maryam tetapi ianya
adalah setelah mereka melalui pelbagai proses kajian dan pembacaan. Apa yang
penting adalah Al-Qur’ān tidak memdedahkan di manakah tempat Maryam melahirkan
anaknya secara detail, sebagaimana Gospels. Itulah aspek perbezaan yang ingin
ditekankan oleh penulis Wallahu’alām. . 3.4 KELAHIRAN MARYAM PERBEZAAN DARI
PERSPEKTIF GOSPELS. Seterusnya dapat dilihat di sini salah satu aspek perbezaan
yang amat perlu diberi perhatian juga selain aspek-aspek di atas iaitu,
perbezaan di antara Gospels dan Al-Qur’ān adalah aspek kelahiran Maryam sendiri.
Ini kerana jika dilihat perbandingan di antara dua kitab tersebut amat jelas
Gospels tidak ada menceritakan bilakah Maryam dilahirkan. Dapat dilihat juga
segala penceritaan ataupun kisah mengenai kelahiran Maryam memang tidak disebut
di dalam Gospels. Apa yang menjadi aspek penting tentang penceritaan Maryam di
dalam Gospels adalah kisahnya Maryam yang dikurniakan kandungan dari Roh
Al-Kudus , ketaatan Maryam kepada yang Maha Esa serta kelahiran Jesus. Itulah
antara aspek yang dapat dilihat melibatkan Maryam di kaca mata Gospels. Tetapi
walaubagaimana pun ianya hanya diceritakan berkaitan nama bapa dan ibu Maryam
melalui kitab Old Testament. Di mana menyatakan bahawa bapanya bernama Amran
yang merupakan juga bapa kepada Moses dan Aaron. Ada juga pandangan Kristian
yang menyebut bapa Maryam bernama Joachim dan ibunya anna. Oleh yang demikian
jelaslah bahawa Gospels tidak begitu memandang aspek kelahiran Maryam sebagai
sesuatu yang penting untuk diiktiraf di dalam kitab suci mereka. Kemungkinan apa
yang terdapat di dalam Gospels itu telah diringkaskan penceritaanya berdasarkan
kitab Old Testament. 3.4.1 KELAHIRAN MARYAM PERBEZAAN DARI PERSPEKTIF AL-QURĀN.
Seterusnya, berhubung aspek seterusnya penulis akan memperlihatkan aspek
kelahiran Maryam diiktiraf di dalam Al-Qur’ān berdasarkan beberapa ayat yang
menceritakan berkaitannya. Ini jelas membuktikan Al-Qur’ān tidak merubah
sebarang aspek di dalam setiap penceritaannya dan semuanya kekal terpelihara.
Ini dapat dijelaskan di dalam surah Al-’Imrān iaitu ayat 35-37 Maksudnya :
(ingatlah) ketika isteri ’Imrān berkata: ”Ya Tuhanku, sesungguhnya aku
menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh
dan berkhidmat di Baitūl Māqdis. Kerana itu terimalah (nazar itu daripada ku.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. ” Maka tatkala
isteri ’Imrān melahirkan anaknya, diapun berkata: ”Ya Tuhanku, sesungguhnya aku
melahirkannya seorang anak perempuan, dan Allah lebih mengetahui apa yang
dilahirkannya itu, dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan.
Sesungguhnya aku telah menamai di Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya
serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau dari pada syaitan yang
terkutuk”. ”Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang
baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria
pemeliharaannya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati
makanan di sisinya. Zakariya berkata: ’Hai Maryam dari mana kamu memperoleh
(makanan) ini? Maryam menjawab : Makanan itu dari sisi Allah’. Sesungguhnya
Allah memberi rezeki kepada yang dikehendakiNya tanpa hisab”. Jelaslah
berdasarkan ketiga-tiga ayat di atas menceritkan bagaimana Maryam dilahirkan
ibunya yang mempunyai harapan yang tinggi untuk mendapat seorang cahaya mata.
Akhirnya permintaan beliau itu didengar oleh Allah S.W.T dan dimakbulkan. Sangat
jelas bahawa di dalam Al-Qur’ān ini juga dijelaskan siapakah ibu dan juga bapa
kepada Maryam. Walaupun ibunya tidak disebutkan siapakah namanya yang sebenar.
Tetapi secara keseluruhannya ibunya dikenali sebagai Hanna binti Faqūd. Perkara
berkaitan kelahiran Maryam ini tidak dapat disansikan lagi penceritaanya di
dalam Al-Qur’ān berbanding dengan apa yang terdapat di dalam Gospels. Dapat
dilihat dengan jelas juga Al-Qur’ān bukan hanya memfokuskan aspek kandungannya,
kesuciannya serta kelahiran Jesus sahaja tetapi juga menitikberatkan kelahiran
Maryam juga. Yang mana kelahirannya juga amat unik dan menunjukkan kekuasaan
Allah yang Maha Berkuasa mengurniakan apa sahaja yang dia mahukan tanpa batasan.
3.5 KESIMPULAN Secara keseluruhannya dapatlah dilihat bahawa pelbagai aspek yang
besar menjadi perbezaan di antara dua kitab iaitu Al-Qur’ān dan juga Gospels.
Aspek-aspek perbezaan tersebut iaitu Gospels mununjukkan ianya banyak
meceritakan perkara yang telah bercanggah antara satu sama lain di dalam kitab-kitabnya
sendiri. Seterusnya ini menunjukkan kelemahan kitab tersebut yang telah ditokok
tambah oleh para pengikutnya sendiri.
BAB IV ANALISIS Seperti yang telah kita maklum, Maryam adalah seorang wanita
yang amat mulia dan solehah. Manakala ketaatan, keikhlasan serta ketundukannya
kepada yang Maha kuasa adalah tidak dapat disangkalkan lagi oleh kita. Kelebihan
Maryam telah dapat kita lihat sendiri sejak dari mula kelahirannya lagi.
Berdasarkan apa yang dapat dilihat apabila ibunya sendiri telah hamil ketikamana
umurnya telah lanjut. Sanggup pula untuk menyerahkan anaknya itu kepada rumah
ibadah untuk menjadikannya seorang ahli agama. Manakala ayahnya pula cImrān
adalah antra orang-orang yang amat taat kepada suruhan Tuhan. Berdasarkan
perkara tersebut dapatlah dikatakan bahawasanya perkara tersebut adalah
menunjukkan Maryam bukanlah dari kalangan orang biasa. Tetapi ibu bapanya
sendiri merupakan hamba yang mempunyai ketaatan dan keimanan yang tinggi kepada
Allah. Ketaatan serta ketaqwaan tersebut turut diperolehi oleh Maryam malah
ketaatan dan ketaqwaanya amat tinggi sehinggakan beliau dipilih oleh Allah S.W.T
antara wanita yang dipandang tinggi di sisinya. Ini dapat dibuktikan bukan
sahaja terdapat di dalam Al-Qurān malah juga didatangkan di dalam hadis-hadis
antaranya : خير نساء العالمين اربع (مرييم بنت عمران واسية امرأة وخديجة بنت خويلد
وفاطمة بنت محمد رسول الله) Maksudnya: Sebaik-baik perempuan di dunia ada empat
orang, iaitu Maryam binti Imrān, Asiyah (isteri Firaun), Khādijah binti
Khūwaylid dan Fātimah binti Muhammad Rasulullah s.a.w. Jelaslah bahawa di dalam
Islam Maryam amat diiktiraf sebagai wanita yang begitu tinggi mertabatnya. Dan
kelebihan yang ada padanya menunjukkan keistimewaanya yang ditempatkan antara
wanita yang mulia di dalam Islam dan di sisi Allah S.W.T. Begitu juga dengan
ketaatannya kepada Allah S.W.T. Di dalam Al-Quran banyak menggambarkan
ketaatannya melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. Sehinggakan beliau dikurniakan
rezeki yang tidak diduga. Iaitu rezeki yang turunnya dari Allah S.W.T hanya
kepada Maryam. Dan antara perkara yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah
S.W.T adalah belaiau dikurniakan kehamilan iaitu Ruh Al-Kudus. Dan ini adalah
menunjukkan betapa mulianya Maryam dan kehidupannya yang begitu hampir dengan
Allah S.W.T hinggakan dikurniakan keistimewaan sebegitu oleh Allah S.W.T. Dan
kehamilannya itu adalah menifestasi kepada kekuaan Allah S.W.T yang mampu
melakukan apa sahaja walaupun perkara tersebut melampaui akal manusia. Dan
kehamilan Maryam itu juga adalah menunjukkan keistimewaan Maryam sebagai wanita
pilihan Allah. Ini kerana Maryam telah hamil bukan daripada hasil perkahwinan
denga mana-mana lelaki. Dan ini adalah menunjukkan Maryam adalah wanita suci.
Dan bagi penulis kehamilan Maryam itu bukan hanya interpritasi kepada ketaatan,
ketaqwaan serta keimanan Maryam sahaja. Tetapi ianya juga menunjukkan
keistimewaan bayi yang dikandung oleh Maryam iaitu merupakan seorang pesuruh
Allah, iaitu seorang Nabi yang akan membimbing kaumnya Bani Isreal. Sehinggakan
kehamilannya itu telah dikhabarkan oleh malaikat. Sesungguhnya ianya sesuatu
perkhabaran yang amat besar dan tidak mungkin diterima oleh sebarangan manusia
melainkan manusia yang dipilih oleh Allah S.W.T. Walaupun aspek-aspek di atas
adalah mempunyai persamaan dengan apa yang diceritakan di dalam Gospels, tetapi
walau bagaimanapun terdapat juga perbezaan di antara kedua-dua persperspektif
ini. Antaranya adalah berkaitan dengan perkahwinan Maryam dengan Joseph. Ini
adalah merupakan aspek perbezaan yang ketara berdasarkan kedua-dua kitab
tersebut. Selain itu dikatakan juga hasil daripada perkahwinan tersebut Maryam
dan Joseph telah dikurniakan beberapa orang anak yang lain. Tetapi
walaubagaimana pun bukti ini adalah amat tidak kukuh. Ini kerana di dalam
Gospels sendiri tidak dapat menyatakan dengan tepat kebenaran tersebut. ditambah
lagi kesemua nama anak Maryam tersebut tidak dapat dinyatakan kesemuanya dengan
jelas. Sementara itu berkaitan dengan perkahwinan Maryam, bagi penulis ianya
adalah satu perbezaan yang amat ketara di antara Gospels dan juga Al-Quran. Ini
kerana di Al-Quran tidak menyatakan bahawa Maryam pernah berkahwin. Ini kerana
jelas bahawa di dalam Al-Quran menyatakan tentang kesucian Maryam sebagai
perawan suci tidak pernah disentuh lelaki samada selepas beliau hamil ataupun
sebelum. Dan di dalam Islam sendiri kesucian Maryam amat jelas tidak dapat
disangkalkan lagi. Selain itu kesucian pada Maryam bukan hanya dipandang pada
fizikal semata malah kesucian spritual. Dan ini dikuatkan lagi dengan gelaran
Maryam dikenali sebagai Al-Batul iaitu perempuan yang memisahkan dirinya dari
kaum lelaki dan tidak berhasrat untuk menginginkanya. Oleh yang demikian
jelaslah bahawa Maryam tidak pernah berkahwin dan mempunyai anak lain
sepertimana yang terdapat di dalam Gospels. Dan apa yang diperkatakan oleh
Gospels itu sekali lagi dapat disangkal apabila mereka juga tetap menggunakan
istilah ’Virgin Mary’. Ini jelas bahawa Maryam tidak berkahwin. Jika benar
Maryam berkahwin maka istilah tersebut tidak akan digunakan. Iaitu istilah yang
merujuk kepada kesucian Maryam. Selain itu antara perbezaan lain yang dapat
dilihat adalah berkaitan dengan tempat Jesus dilahirkan. Seperti yang dinyatakan
di dalam bab yang kedua bahwasanya Al-Quran tidak menyatakan di manakah tempat
kelahiran Jesus. Tetapi hanya menyatakan tempat tersebut adalah di sebelah timur.
Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas tetapi tiada percanggahan ayat atau fakta
tentang tempat dimana Jesus dilahirkan. Ini amatlah berbeza dengan apa yang
dinyatakan di dalam Gospels. Kerana di dalam Gospels percanggahan fakta telah
belaku di dalam menerangkan di manakah tempat kelahiran Jesus yang sebenarnya.
Ini adalah satu kelemahan dan perbezaan dengan Al-Quran yang sentiasa
terpelihara. Dan bagi penulis kelemahan tersebut menujukkan bahawa Gospels iaitu
adaptasi daripada kitab Old Tetament telah diubah faktanya oleh pengikut
agamanya sendiri. Dan originaliti kesahihan isi kandungan kitab tersebut telah
tercemar. Seterusnya antara perbezaan lain yang dapat dilihat antara Gospels dan
Al-Quran adalah berkaitan dengan kelahiran Maryam sendiri. Di dalam Al-Quran
jelas menceritakan tentang bagaimana ibu Maryam mengharapkan akan kelahiran
cahaya mata yang telah lama diidamkanya bersama suaminya. Akhirnya doa si ibu
itu dimakbulkan oleh Allah dengan mengurniakannya seorang zuriat lantas di beri
nama Maryam. Serta dijelaskan juga bapanya I’mran merupakan antara antara
gologan manusia yang baik. Ini telah dijelaskan di dalam surah Al-I’mran yang
bermaksud ”sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga
keluarganya Nabi Ibrahim dan keluarga I’mran, melebihi segala umat (yang ada
pada zaman mereka msing-masing)” Dan berdasarkan ayat tersebut maka jelaslah
Al-Quran mengiktiraf keluarga I’mran antara golongan yang baik dan terpilih.
Tetapi malangnya di dalam G ospels tidak diceritakan dengan lanjut berkaitan
kelahiran Maryam sepertimana Al-Quran yang menjelaskannya dengan begitu menarik
sekali. Apa yang lebih ditekankan di dalam Gospels adalah berkaitan kehamilan
Maryam sahaja. Secara keseluruhanyya apa yang penulis dapat lihat adalah
terdapatnya faktor-faktor persamaan di dalam aspek penceritaan Maryam dari
kedua-dua perpektif Al-Quran dan Gospels. Dan ini menunjukkan Maryam amat
diktiraf oleh kedua-dua agama iaitu Islam dan juga Kristian. Walaubagaimanapun
terdapat juga aspek-aspek yang berbeza dari sudut penceritaannya. Selain itu
pengiktirafan kepada Maryam tidak hanya terhenti di dalam kedua-dua kitab itu
sahaja terdapat juga pengiktirafan berkaitan Maryam yang ditulis didalam
pelbagai bentuk lain contohnya puisi. Apa yang ingin penulis bawakan adalah
betapa besarnya peranan Maryam sebagai wanita yang sangat disanjung tinggi. Puey
Monzo seorang Marisco menggunakan gelaran Alhihante (gelaran semacam haji),
telah menulis puisi berkaitan ibadah hajinya ke Makkah. Semasa menunaikn ibadah
tersebut beliau sempat mengunjungi tinggalan Maryam dan Nabi Isa di sekitar
Kairo. Antara puisinya yang mengisahkan tentang Maryam : Kami berkelana dari
Kairo suatu hari, Sepanjang sungai berjalan kaki, Di jalan-jalan Mathariyyah,
Untuk melihat –lihat sebuah kebun buah tempat tumbuh sebuah pohon ara tua, Yang
berusia lebih daripada seribu tujuh ratus tahun, Di kebun buah ini pohon yang
membuka bagi Maryam, Niscaya untuk menyelmatkannya, Ketika orang-orang Yahudi
yang jahat Mengejar untuk membunuhnya:Ia dan putranya, Pohon itu melindungi
mereka di dalam hati-Nya, Pohon yang tujuh kali dalam setahun Berbuah sebagai
rahmat. Dan sesungguhnya Maryam adalah wanita yang amat disanjung tinggi. Dan
keimanan, ketinggian akhlaknya, ketaqwaannya tetap menjadi tauladan dan
sanjungan manusia. Dan pengkisahannya yang amat istimewa tidak akan ditelan
zaman.
RUJUKAN Al- Qur’ān. Al- Qur’ān dan terjemahan.
Al- Kitab. 1999. Jakarta: Lembaga Al-Kitab Indonesia. c Abdallah Yousuf cAli.
1973.
The glorious kur’an. Libyan Arab: The Call Of Islam Society.
cAbdullah Muhammad bin Ahmad Al-Ansari Al-Qurthubī. 1967.
Al- jami’ al- qur’ ān juzu’ rabi’. cArabiyah : Darul Kitab c Arabi Liltibā’ah
Wālnasrīy. cAbdullah Yusuf cAli. 1992.
Al-qur’ ānnu ‘l-karīm terjemahan dan huraian maksud. Jilid 1. Terj.
Abu Salah Muhammad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. cAbdullah Yusuf
cAli. 1993.
Al-qur’ ānnu ‘l-karīm terjemahan dan huraian maksud. Jilid 3. Terj.
Abu Salah Muhammad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abu Al-Fidā’ Al- Hāfiz Ismail Ibn Khathīr. 2005. Sejarah tamadun islam ibn
khathīr Jilid 2.
Terj. Zaidah Mohd Nor & Zalinah Mohd Nor & Ahmad Nasir Mohd Yusoff & Hais
Yunnus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka. Abu Al-Fidā Ismail bin Khathīr
Al-Damsyiqī. 1999.
Tafsir ibni khathir. Qāhirah: Darul Al- Sābūni.
Asy- Syahid Syayyid Qutbh Rahimahūllah. 2000.
Tafsir fi zilalul Al-qura’ān. Terj: Yusoff Zakry Hj. Yacob.
Kuala Lumpur: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Azyumardi Azra. 2005.
Ensiklopedi islam jilid 4. Jakarta: PT Khtiar Baru Van Hoeve. Bey Ariffin.
1979.
Maryam isa dan muhammad. Singapura: Pustaka Nasional. Bible today’s english
version. 1992.
American: American Bible Society. Connick. C. M. 1974. Jesus the man, the
mission, and the message.
United State: Prentice-Hall,Icn, Englewood Cliff. Jabir Asysyaal. 1993.
Al-quran bercerita soal wanita. Jakarta: Gema Insani Press. Maloney. R . P.
1999. Five face of mary. J
ournal of Review for Religious. 58 (4): 286- 293. Parrinder. G. 1977. Jesus
in the qur’an.
New York: Oxford University Press. Schleifer. A. 1998.
Maryam sang perawan suci. Terj. Agung Prihantoro. Bandung: Pustaka Hidayah.
Syaid Quth. 1993. Fi zilalil qur’ān. Jilid 4. Qāhirah: Dār Al-Syurūq. Syeikh
Muhammad Mutawally Sya’rawi. 2007.
Isa dan maryam. Terj. H. Iman Firdaus Lcq. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
Bey Ariffin. 1979.
Maryam isa dan muhammad. Singapura: Pustaka Nasional. Hastings. J. 1963.
Dictionary of the bible. New York: Chales Scribner’s Sons. Selangor:
Thinker’s Library SDN.BHD. Wikipedia.
(Tanpa tarikh). Mary (mother of Jesus). Wikipedia, the free Encylopedia,
(atas talian)
http:// en. Wikipedia. Org/ wiki/ mary_ mother of_ jesus.
http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/07/siti-maryam-binti-imran-menurut.html
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej