Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, August 28, 2015

gagal soalan qubur, maka gagal juga di padang mahsyar .


Selepas mati nanti, anak adam akan diquburkan .. selepas itu baru lah dia tahu yg mana benar yg mana tak benar ...
Masa tu, segala kepandaian dia, apa yg dia hafaz, doktor kah dia, engineer kah dia, profesional kah dia ... semua dah tak leh pakai... !
Yg hanya selamat ialah mereka yg punyak hati yg saleem ...
Siapa dia yg punyai hati yg saleem ?
Ialah mereka semasa di dunia dulu beriman, beramal soleh, percaya sepenuh hati apa yg disampaikan oleh Allah dan Rasul.
Antara mereka yg gagal menjawab soalan qubur ialah mereka yg memutuskan tali silaturraheem , mereka yg menolak hukum Allah, yg was was dan tak yakin dengan segala ayat alquran ....
Dia akan gagal kalau menolak atau menaruh syak wasangka akan hukum alquran.
Tak perlu menolak 100% atau 50% , 1% saja tak yakin, 1 % saja tolak saranan Allah dan Rasul, maka dia akan gagal menjawap soalan qubur.
gagal soalan qubur, maka gagal juga di padang mahsyar .... !
Itulah yg kita gusarkan ... itu lah yg kami dok sentiasa peringatkan .... kami ada sebab , kami ada alasan... kami mahu kawan kawan dan sahabat kami dari kaum muslimeen di atas dunia dulu sama bantu membantu untuk berjalan ke akhirat,
Engkau selamatkan aku, dan aku juga selamatkan engkau ....
Tak boleh engkau engkau , aku aku ....
Engkau engkau dan aku aku hanya semasa di padang mahsyar saja ... di atas dunia TAK BOLEH SAMA SEKALI !!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej