Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, September 30, 2015

Ambik YB BN.. Kang Dah Kena Dengan Haji Hadi

Amirul Mohd shared Hanya Di Kelate's video.
3 hrs
2:37/2:37
1,305 Views
Hanya Di Kelate
Ambik YB BN.. Kang Dah Kena Dengan Haji Hadi..!!
SEBARKAN SEBANYAKNYA...
Rakyat Mesti Tahu Kebenaran!!

Tuesday, September 29, 2015

Jasa jasa ust azizan dalam kenangan


Tahukah tuan tuan, bangunan tunku yaakob terbengkalai lebih dari 30 tahun !

Seorang ustaz diamanahkan memerintah sekejap saja Kedah telah berjaya membangunkannya dan memulihkannya ..

Dengar jujur ikhlas, perbelanjaan yg teratur dan tersusun dan tidak membazir, arwah ustaz telah berjaya memulihkannya walaupun terpaksa berdepan dengan karenah dan perangai puak puak BN / UMNO !

Bahkan arwah juga berjaya membangunkan sebuah universiti yg agak besar ie Universiti Insaaniah di Kuala Ketil ...

Semasa era pemerintahan PAS di Kedah telah mendapat pujian dari Pusat kerana tidak lagi meminta minta duit peruntukan gaji untuk pegawai kerajaan Negeri Kedah sepertimana yg telah berlaku sebelum itu !!!

Rumah arwah Ust tidak dibaik pulih sehingga sekarang !!!

Rumahnya masih berupa rumah kampong ... saya lihat minggu lepas, cat rumah pun sudah mengelupas teruk !!!

Pemimpin Islam tidak menghiraukan nasib dan perut sendiri, tidak seperti pemimpin parti parti sekular dan liberal ....

PAS telah menunjukkan suri tauladan yg banyak... di Kelantan, Terengganu dan Kedah !!!

Apa lagi rakyat nak sebenarnya ?

... bukan apanya ... mereka / rakyat termakan dakyah dan racun dari musuh musuh agama !





kerana mencuri RM2 kena penjara 2 tahun

KOTA BHARU – Padah berhati kering kerana sanggup mencuri RM2 duit tabung masjid, seorang penganggur dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Malah, Mohd Hadi Hamzah, 36, dari Kampung Jerlus Melor, turut didenda RM5,000 atau perlu menjalani penjara tambahan selama tempoh enam bulan jika gagal bayar denda.
Tertuduh mengaku salah mencuri dua wang kertas RM1 milik Masjid Muhammadi Jalan Sultanah Zainab di sini, pada jam 9 malam, 24 September lalu.

Wednesday, September 23, 2015

Alim Ulama , kekal istiqaamah dalam jamaah, mereka juga kekal istiqaamah

Alim Ulama , kekal istiqaamah dalam jamaah, mereka juga kekal istiqaamah, puasa sunat setiap senin khamis, kekal istiqaamah solat tahajjud... kekal istiqaamah solat berjamaah ... DAN JUGA KEKAL ISTIQAAMAH BERDOA SELEPAS SOLAT BERJAMAAH ...
Antara do'a yg mereka beristiqaamah membacanya ialah :
** Terjemahan doa**
Ya Allah, ampunkan dosa kami, dosa kedua dua ibu bapa kami, dan dosa guru guru kami, dan juga dosa dosa ke semua org mukmin dan muslem samada yg telah mati atau yg masih hidup !!!!
Ya Allah ampun kan umat ini, dari kerna mereka tidak mengetahui, sejahterakan umat ini dengan rahmatmu .......
TAPI MALANGNYA ADA JUGA MANUSIA SERING MENCELA CELA ALIM ULAMAAK !!
Si JAHIL BERKATA mereka hanya memilih milih ulama itu dan ulama ini sebagai murabbi mereka .... tidak memilih ulama itu ini sebagai guru dan ulama yg mereka iktiraf. Mereka menca caci dan memaki maki ulama yg mereka benci .. dan mereka kata mereka tidak meng-iktiraf ulama yg tak sebulu dengan mereka !!
Mereka siap dengan gambar beberapa ulama .. menandakan ulama mana yg mereka iktiraf dan ulama mana yg mereka tidak iktiraf !!!
Tersangat lucu ! Sejak bila Allah dan Rasul nak dengar cakap mereka ??
PADAHAL ALIM ULAMA YG ISTIQAAMAH DENGAN AMALA IBADAH DAN DOA ITU TIDAK PERNAH MEMILIH DO'A MEREKA kepada siapa nak dipilih dan nak tujukan !
Yakin lah do'a para alim ulama yg istiqaamah dlm jamaah solat setiap waktu khasnya, tidak ditolak ....... dan kamu yg sering mencerca mereka telah mendapat sedikit habuan dari doa dan rintihan Ulama tersebut .........
TERGAMAK PULA KAMU MENGHERDIK, MENCERCA DAN MENGHINA !!
Bagi kami, tiada harga yg mampu kami bayar kepda mereka ahli jamaah solat .. lebih lebih lagi alim ulama yg berdo'a selepas solat !!

Tuesday, September 22, 2015

Bila tidak cinta atau benci, berbagai alasan

Bila cinta, diminta buat sesuatu.... maka tiada alasan, si kekasih akan terus buat dan laksanakan permintaan, kalau ada halangan, dia akan coba merobohkan halangan, kalau tiada ongkos, dia akan coba adakan ongkos, kalau tinggi, dia akan coba dapatkan tangga, kalau dalam , dia akan coba dapatkan alatan untuk menyelam, kalau jauh, dia akan coba dapatkan belanja untuk ke sana, kalau susah, dia akan bersama sama menanggung susah....
Cinta dan kasih sayang - tiada alasan
Cinta dan kasih sayang - halangan akan coba diatasi !
Tapi ....
Bila tidak cinta atau benci, berbagai alasan
Bila tidak cinta atau benci, akan mencipta alasan !
Bila dah benci hukum Allah dan Rasul..... - apa satu pun dia tak usaha, WALAU TIADA HALANGAN, DIA AKAN COBA ADA ADAKAN HALANGAN...
Apatah lagi kalau ada halangan, dia akan jadikannya sebagai alasan !
Contoh burung kecil yg cintakan Nabi Ibrahim yg sedang dibakar Namrud, si burung yg takutkan Allah dan Sayang akan Nabinya, dia mengangkut air di dalam paruhnya, walaupun dia tahu usaha itu tidak mampu memadamkan api !
Coba lihat si mukminah di Palastine sana !
Dia sangat cintakan Agama dan pegangannya...!
Sehinggakan Si Yahudi Memaksa dia menanggalkan jilbabnya, namun dia enggan .. akhirnya dia dibunuh oleh si Yahudi !
Walaupun di saat itu, di saat nyawanya terancam, dia boleh saja menanggalkan jilbabnya tanpa didakwa dan dosa ... tapi dia lebih sayangkan syahid, perjuangan dan Agama ....!
Kita hanya diminta agar menjulang hukum hakam Allah dan Rasul, cuma diminta menyokong enakmen hudud saja .... kita sudah terpelanting dengan berbagai alasan dan syubhah ......

Satu masjid takleh ada dua imam/kepala, tapi dua bilal / tukang azan tak pa !

Satu masjid takleh ada dua imam/kepala, tapi dua bilal / tukang azan tak pa !
Nak buat juga 2 imam , tuuu dipanggil pengkianat islam ( tidak amanah terhadap islam ) , sebab menyebabkan islam dan jamaah terpecah !
Lainlah kalau Kalau tok imam tua yg asal tu sudah murtad atau terkeluar dari islam !
Ini tidak, tok imam tua tu masih muslim, masih mukmin, tidak melakukan syirik dam masih berpegang kpd alquran dan hadis !
Kenapa nak khianat ?
Cuma nak rebut habuan dunia dan pangkat ! Bukan kerana Allah dan Rasul !
Mereka bagi alasan, bukan keluar islam, cuma keluar jamaah !?
Persoalannya , adakah ia dibenarkan oleh Allah dan Rasul ?
Kalau ia tak dibenarkan , maka ia dinamakan pengkhianatan !

Tuesday, September 15, 2015

Masa mula-mula saya masuk UITM dulu, Saya tak pernah tahu pun pasal tarbiyah

kHUSUS BUAT WANITA....
Masa mula-mula saya masuk UITM dulu,
Saya tak pernah tahu pun pasal tarbiyah.
Tudung saya atas dada.
Ikhtilat tak berapa nak jaga.
Perasaan cinta pada Allah dan Islam tu kurang ada.
Bila masuk UITM, saya terduduk sebelah perempuan yang tinggi.
Tudungnya labuh sekali.
Dia biasa-2 saja tapi saya senang melihat dia.
Masa orientasi, saya perhatikan cara dia sahaja.
Memang dia bertudung labuh macam orang lain yang saya nampak. Tapi saya dapat rasa dia sangat lain.
Jujurnya apa yang saya nampak, selama ni orang yang bertudung labuh akan berdakwah dengan percakapan, berdakwah dengan nasihat, dan .... Macam biasa, saya dah kalis dengan semua tu.
Tapi bila lihat dia ni, tanpa sebut apa apa pun saya dah tertarik dengan dia.
Masa taklimat, kalau ada lelaki yang berceramah, dia tak akan tengok lelaki tu. Dia akan pandang dinding, pandang bawah, pandang tepi. Tapi dia dengar.
Lepas tu, kalau dalam orientasi , masa bersenam, dia bersenam sekali. Bila tiba part tonggek-2, dia akan berdiri tegak tak ikut sekali.
Dia tak pilih kasih. Dia kawan je dengan semua orang. Orang freehair pun senang dengan dia.
Dah seminggu saya perhatikan dia, tibalah waktu kelas. Ditakdirkan saya dapat duduk belakang dia. Saya tanya dia, 'Nama siapa?'
'Syaza'
Saya tanya lagi sebab muka dia nampak matang dan memang tinggi. 'Umur?'
'20 tahun'. Masa tu saya 18 tahun. Sebelum ni dia belajar kat Sunway College. Tapi tak boleh bawa.
Dia berhenti dan masuk UITM. Sebab tu dia tua sikit. Sejak dari tu saya panggil dia Kak Syaza.
Dia sangat humble masa dah start P&P. Takde pun nampak pandai ke apa. Tapi Ya Allah, setiap kali lepas habis belajar, mesti dia akan jumpa lecturer dan tanya soalan yang tak terlintas di fikiran saya.
Dari cara dia memang dah dapat agak, cara dia fikir tak sama macam cara kebanyakan orang fikir.
Lepas tu, buatlah quiz , test, and everything. Dia selalu score 100%. Paling rendah markah yang dia pernah dapat 96%. Tak pernah lagi rendah dari yang itu.
Sampai saya jeles lah dengan dia.
Saya tanya housemate dia, apa yang dia buat sampai boleh jadi begitu pandai?
Housemate dia cakap, dia biasa je. Cuma solat tak pernah tinggal. Lepas subuh dia tak akan tidur.
Dan paling menarik masa dia tak boleh solat, dia akan bentang kain batik ikut arah kiblat dan berzikir seolah-olah dia boleh solat.
Saya tanya, ' Hah! Kenapa pelik sangat?'
Housemate dia cakap dia memang macam tu.
Hati tu saya ada tanya dia sendiri kenapa buat camtu. Dia cakap, supaya nanti dah kahwin dan ada anak, anak dia akan tengok yang hubungan dengan Allah takkan putus walaupun Tak Boleh Solat.
Tegak bulu roma saya bila dengar.
Sumpah, tak pernah saya lihat orang luar biasa macam ni. Biasa tapi luar biasa.
Sampai lah satu hari saya terbuka hati nak bertanya lagi. 'Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?'
Dia pandang saya dan tersenyum. Dia tanya saya balik, 'Awak rasa kenapa?' Dari cara dia tanya, saya tahu. Dia bukan menyindir.
Biasanya kalau saya tanya orang bertudung labuh yang lain, mesti diorang bagi dalil panjang berjela kalah lori treler. Tapi dia tak. 'Err. Sebab akak alim?'
'Bagi awak, alim tu macamana?' Dia sedikit ketawa. Lucu tengok saya.
Bila dia soal saya balik, huhu . Mana lah saya tau! Tergaru garu kepala nak cari jawapan ntah kat mana.
'Err. Alim tu macam akak lah. Pakai tudung labuh. Kuat ingat Allah.'
Lepas tu, dia ketawa sambil geleng.
'Akak tak alim. Akak masih jahil. Akak pakai macam ni sebab akak orang Islam macam awak.' Automatik saya rasa malu dan pegang tudung sendiri.
Dia sambung lagi, 'Kita sembah Tuhan Yang Sama kan?' Saya angguk.
'Awak tanya lah hati.'
Saya terfikir apa yang dia kata. Malangnya saya Tak boleh fikir. Argghhh !
Senang cerita, dia memang role model lah.
Bijak, suka cari peluang, mudah didekati sesiapa saja. Cara dia yang serba boleh itulah buat saya sentiasa berbual dengan dia dan berdamping dengan dia. Alhamdulillah, masuk sem 2, saya serumah dengan dia. Cara hidup dia saya nampak depan mata.
Hahahahahaha. Memang ! Dia biasa jaaa.
Paling lawak, dia suka mengigau.
Tapi apa yang dia mengigau tu lucu dan mengkagumkan.
'Jazakillah ukhti.. Ok-2. Esok Syaza datang.'
'Ya Allah, aku futur!'
'Asbahna Muqminan haqqan!'
Ni lah ayat power masa dia mengigau.
Fuh. Ini lah yang buat saya kagum. Masa tidur pun terus 'Islamik'.
Yelah, katil double decker. Katil saya bawah dia. Dengar jelas sangat apa yang dia igaukan. Selalu saya tengok dia solat tepat pada waktu, selalu baca quran, zikir atas kain batik masa tak boleh solat dan... Tak ada sesuatu yang luar biasa dari itu melainkan Allah takdirkan saya terbaca diari dia.
Diari tu..penuh keluh kesah yang dia tak pernah cerita.
Saya menangis baca. Insan gagah macam dia rupannya lagi banyak problem dari saya. Tak ada satu catatat pun yang dia TAK akhiri dengan 'Sungguh Allah itu maha memudahkan kesulitan'. Aku berserah.'
Di tengah diari tu saya terbaca jugak '1000 impian sebelum ajalku tiba'
Tercatatlah kat situ segala amalan yang dia nak buat. Termasuk tak tinggal zikir waktu tak boleh solat. Yang simple pun dia tulis.
Contoh macam Tak mungkir janji.
Satu Hari 100 Alhamdulillah.
Husnuzhon meskipun pada seorang Cikaro.
Macam-2! Rupa rupanya kekuatan dia,
ALLAH &
INGAT MATI.
Saya dengan rela hati cakap, nak masuk dunia tarbiyah. Dia terus belikan saya tudung bidang 48 dan sepasang Handsock. Saya pakai dan saya suka. Alhamdulillah. Usrah dia memang best. Ada game sirah, ada part Tajwid, tazkirah yang sangat ohsem. Hati saya terpaut dengan usrah dan tak mau tinggal dah !
Alhamdulillah, pointer saya makin tinggi biarpun sibuk dengan usrah.
Akhirnya.. Masa nak final exam hari tu. Saya nampak mata dia bengkak. Dia tak tidur malam sampai lah hari nak exam. Bila ditanya, dia tak jawab.
Dia masuk dewan macam biasa tup tup keluar awal.
Paper seterusnya pun macam tu.
Dah habis semua exam, saya tanya dia sebab nampak dia tergesa-gesa. 'Akak nak pergi mana? Kenapa mata bengkak sangat ni?'
'Ayah akak meninggal dua hari lepas. Akak kena balik. Doakan akak tau.'
Dia peluk saya lama.
Itulah kali terakhir saya bercakap dengan dia. Saya sebak sangat sebab masa ayah dia meninggal tu, exam kami berderet. Memang padat. Tapi tetap gagah. Dia tak balik. Dia stay kat kolej.
Dah habis exam, semua pun kemas barang balik kampung masing-2. Itulah kali terakhir jumpa. Lost contact. No dia dah tukar. FB tak guna dah. Saya benar benar lost contact dengan dia!
Sedih. Saya ingat lagi pesanan dia bila saya tanya dia, 'Akak, macamana nak lekat dengan ilmu? Saya baca banyak kali nota saya. Tiap kali lepas kelas kot. Tapi tetap tak masuk. Saya tengok akak relax je tapi markah tetap high high sehigh awan nano!'
Dia cakap,'Ilmu tu cahaya. Cahaya tak akan pergi pada benda yang kotor. Gelap. Cuba awak fikir balik, ada tak apa yang awak dah buat sampai ilmu tak mahu lekat dengan awak?'
Saya fikir. Banyak banyak banyak kali.
Ya.. Memang ada.
Saya suka berjimba dengan kawan.
Saya masih ada crush.
Saya suka mengumpat, gosip.
Saya menyampah dengan doktor bila bila dia masuk kelas lambat.
Terus sejak tu saya muhasabah. Saya jaga hati dari buat maksiat. Jaga diri dari buat dosa. Walaupun yang kecil kecil. Alhamdulillah, sampai sekarang takyah struggle sangat dalam study, mudah je ilmu tu masuk dan lekat. Mudah sangat nak faham pelajaran.
Last but not least, ayat Kak Syaza yang sangat saya tak boleh lupa,
' Apa-2 yang disandarkan pada Allah, urusan lainnya juga pasti akan Allah mudahkan sama tanpa perlu awak work hard. Ingat tau. Allah.
Perkongsian Dari perkongsian

Tanda tanda rosak aqidah

Sayeedalquds Ibnu Zakaria shared your post.
Just now
Tanda tanda rosak aqidah
- tinggalkan mukmin nak bersama si kuffaar ( yg menentang Islam )
- Bersama sama Si Kuffar harbi menentang Perjuangan Islam agar agama Islam di remehkan
- tidak yakin lagi dengan alquran dan hadis
- membuat berbagai takweel dan helah agar hukum Islam gagal ditegakkan.
penjawat awam akan patuh segala pekeliling dari kementerian...
Tapi org yg rosak aqidah, tidak akan patuh pekeliling (hukum hakam ) dari Allah dan Rasul !
** Mereka yg terdedik dan terasa terpukul, maka kemungkinan besar dia sudah terkena penyakit rosak aqidah ...
Wallahu A'lam

Monday, September 14, 2015

PEMBUNUHAN ULAMA OLEH PEMERINTAH SAUDI

https://www.facebook.com/neil.armslayer/posts/853616791354291

PEMBUNUHAN ULAMA OLEH PEMERINTAH SAUDI
Fahaman Wahabi mencapai kemuncak pengaruhnya di Arab Saudi pada era 1970-an apabila kerajaan British menggabungkan fahaman itu dengan pentadbiran baru Ibnu Saud.
Penggabungan itu telah mencetuskan satu fenomena baru pemerintahan beraja berserta pemaksaan terhadap pengamalan ideologi ke atas keseluruhan masyarakat semenanjung Arab.
Oleh itu, beberapa siri kezaliman telah tercatat pada era awal pemerintahan keluarga Diraja Saud.
Seorang bekas penasihat perundangan kerajaan Arab Saudi iaitu Hafez Wahbi mendedahkan tentang tindakan zalim kerajaan Saudi di dalam bukunya yang bertajuk The Peninsula of Arabia.
Raja Abdul Aziz Al-Saud (Bapa Raja Faisal) pernah membuat pengakuan bahawa datuknya, Saud Awal pernah memberi hukuman pancung kepala beberapa syeikh dari kabilah Matheer yang dipenjarakan.
Raja Abd Aziz adalah punca kepada jatuhnnya Palestin ke tangan Zionis apabila beliau menandatangani satu dokumen pengisytiharaaan yang disediakan kerajaan British pada 1922.
Dokumen perjanjian itu menyatakan kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tanah Palestin kepada penduduk Yahudi untuk penubuhan negara Israel pada masa akand datang (yakni 1945)
Seorang Syeikh dari Kabilah Matheer iaitu Shiekh Faisal Al-Darwih pernah berjumpa Raja Abd Aziz secara bersemuka dan mengkritik tindakan baginda yang melepaskan tanah Palestin kepada Rothschild.
============================================================================================================================
STRATEGI ROTHSCHILD KUASAI ARAB SAUDI
Bagi membina sebuah negara Islam bertuankan Yahudi, Rothschild membebaskan Mekah dan Madinah dari pemerintahan Turki Uthmaniyah dengan memufliskan kerajaan khalifah tersebut dengan riba.
Apabila cengkaman hilang, Mekah dan Madinah diletakkan di bawah satu pentadbiran negara baru, yang diberi nama Arab Saudi (nama keluarga Ibnu Saud)
Sekarang, Arab Saudi betul-betul adalah kambing hitam Rothschild sama ada dari segi perlaksanaan dasar ekonomi, politik mahu pun perlaksanaan hukum-hakam Islam.
Tujuan penguasaan Rothschild ke atas Arab Saudi bukan soal minyak semata-mata. Rothschild telah pun menjadi manusia terkaya di dunia sebelum 1800 lagi, tetapi ia lebih kepada menubuhkan pusat penyelewengan akidah iaitu fahaman Wahabi.
Melalui dana Arab Saudi yang banyak, proses pendakwahan ajaran sesat Wahabi mudah dilakukan tambahan pula negara tersebut mempunyai dua tempat tumpuan umat Islam iaitu Mekah dan Madinah.
Persoalan penerapan nilai-nilai Wahabi kepada kerajaan Arab Saudi adalah lebih kompleks. Penggabungan fahaman itu dengan kerajaan baru Ibnu Saud berlaku pada 1744 iaitu ketika Mayer Amschel Rothschild baru dilahirkan.
Kemudian pada perancangan menaikkan kerajaan Saud diambil alih oleh Rothschlld sekitar 1800. Ini bermakna Dajjal terlebih dahulu mempersiapkan kerajaan Saud dan fahaman Wahabi kemudian menyerahkan tugas pengawalan kerajaan Saud kepada Rothschild.
Perlu kita ingat, Rothschild mampu membeli apa sahaja di dunia ini termasuk jiwa ulama Islam. Tetapi mereka gagal membeli ulama sufi.
Ulama sufi terhasil dari pengajian ilmu Tasawuf. Maka Tasawuf perlu dihapuskan, pengajiannya perlu dihentikan.
Oleh kerana, ulama sufi hasil ilmu tasawuf ini yang akan bangun menentang Dajjal bersama Imam Mahdi, maka Dajjal mahu pengajian ilmu Tasawuf dihapuskan dan memfitnahnya agar masyarakat dirasuk dengan fahaman Wahhabi.
Contohnya, fatwa dari ulama Sheikh Ibn Baaz yang mengharamkan pemakaian serban, mengharamkan sambutan Maulidur Rasul yang kononnya bida'ah, dan banyak lagi fatwa-fatwa sesat mereka. Sesiapa yang menentang akan dituduh 'kafir' oleh ulama-ulama Wahabi.

Hukuman Ala Hudud dilaksanakan secara tak sengaja di Russia ?

Hukuman Ala Hudud dilaksanakan secara tak sengaja di Russia?
Doktor Rawat Ketagihan Seks & Arak Pakai Rotan


Seorang doktor menemui cara rawatan yang ganjil untuk membantu penagih merotan mereka.
Pesakit yang termasuk penagih seks dan ketagih bekerja, kini boleh menemui kaunselor untuk disebat dengan rotan sebanyak 60 kali.
Kini, terapi aneh itu diisytiharkan sebagai pencapaian baru dalam rawatan psikologi oleh pakar selepas satu cubaan merawat menggunakan teknik itu dilakukan di Siberia, Russia.
Dalam satu temu janji, pesakit akan dirotan sebelum sesi konvensional bercakap dan meluahkan perasaan mereka.
Rawatan itu diasaskan oleh Pengarah Pengajian Biologi di Institut Perubatan Novosibirsk, Dr Sergei Speransky, yang mengaku pernah dirotan bagi mengatasi tekanan dihadapinya.
“Pesakit berpendapat rawatan itu berjaya memulihkan mereka selepas rawatan lain gagal. Saya juga berjaya mengatasi masalah yang dihadapi sebelum ini. Saya bukanlah kejam tetapi saya mengesyorkan ia cara terbaik untuk merawat ketagihan,” katanya kepada akhbar The Siberian Times..
Teori yang diasaskannya itu kini diteruskan oleh pakar psikologi, Dr German Pilipenko dan Profesor Marina Chukhrova yang mendakwa sudah merawat lebih 1,000 pesakit.
Pasangan itu mendakwa hampir semua pesakit yang mereka rawat berjaya mengatasi ketagihan masing-masing.
“Kami merotan pesakit pada punggung dengan tujuan perubatan semata-mata,” katanya.
Untuk satu sesi rawatan, pesakit dikenakan 3,000 rouble (RM275).
Mereka perlu menjalani rawatan rotan itu dua kali seminggu selama tiga bulan dan rawatan susulan setiap empat minggu pada tahun berikutnya.
Pesakit terdiri daripada lelaki dan wanita yang berusia antara 17 dan 70 tahun.
Penagih tegar, termasuk penagih heroin, biasanya dirotan 60 kali sementara kaki botol dan penagih lain, 30 kali.
Dahan pokok biasanya digunakan untuk tujuan itu kerana ia mudah lentur dan tidak menyebabkan berdarah.
Pesakit akan menjalani elektrokardiogram terlebih dulu untuk memastikan sebatan itu tidak akan menyebabkan mereka diserang sakit jantung.
Menurut kedua-dua pakar perubatan itu, beberapa pelanggan mereka terdiri daripada selebriti dan warga asing sudah mula datang ke Siberia untuk menjalani rawatan itu.
Rawatan itu mungkin dilihat kejam tetapi kedua-dua pakar itu menegaskan, ia bukan hukuman untuk memalukan mereka.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s : Sorry to interrupt, Islam already provided this solution. Thats we called Hudud.
Rujukan Link :
Saya hanya mengambil dari blog mengenai cerita ini. Disebabkan cerita ini membuktikan ajaran islam itu benar, saya menyebarkannya melalui Facebook (platform viral terbaik masa kini).
Semoga bermanfaat.
Rotan kata Kejam,
Doktor kata tak kejam ..
Terima Kasihh
-> Mohd Hazwan

Inilah perangai sebenar yahudi

Aman Palestin added 2 new photos.
Seorang rakyat Russia bekas tahanan perang Jerman menceritakan di dalam sebuah tulisan nota perangnya,
"Pada satu ketika kami dipaksa oleh tentera Jerman menggali sebuah lubang yang sangat dalam pada tahun 1941, selepas lubang digali seperti yang mereka mahu, mereka membawa sekumpulan orang Yahudi dan memasukkan mereka ke dalam lubang tersebut.
Kemudian kami disuruh untuk menimbus mereka(bunuh) lalu kami menolak perbuatan keji tersebut.
Kemudian mereka(Tentera Jerman) menggantikan tempat Yahudi itu dengan kami, dan menyuruh Yahudi pula untuk menimbus kami, lalu kumpulan Yahudi tersebut menimbus kami tanpa rasa ragu-ragu..!! sehinggalah hampir keseluruhan badan ditimus, tentera Jerman mengarahkan supaya berhenti dan mengeluarkan kami.
Kemudian ketua tentera Jerman berkata; "Aku hanya ingin kalian tahu siapakah Yahudi sebenarnya, dan kenapa kami membunuh mereka.."


Sunday, September 13, 2015

kalau nak lawan BN / UMNO ni, bukan boleh buat banyak parti



Ku bersembang dengan kawan lepas solat jama'ah kat masjid.
ada sorang ahli jama'ah tu, dia ni belajar setakat darjah 6 sja, kerja menoreh saja...
dia bagi pendapat, kalau nak lawan BN / UMNO ni, bukan boleh buat banyak parti. kena ada satu parti pembangkang saja .
kalau banyak parti pembangkang... kot mana pun , mesti ada perselisihan. bila ada perbalahan , mesti jadi lemah !!
*** Fuuuh ! ... kata kata dia melekat betul betul atas jantung !!!
ku kata dlm hati, dia ni sepatutnya ganti mat sabu, ganti mujahid rawa dan lain lain pro kat atas tuh !

Melayu bengis sesama bangsa !


melayu bengis sesama bangsa

Jangan bergaduh dengan babi

'Don't wrestle with a PiG.
You'll both get dirty,

but the PiG will enjoy it.'

Bermula Sebagai Parti Islam Tetapi Berakhir Sebagai Parti Liberal Sekular

Bermula Sebagai Parti Islam Tetapi Berakhir Sebagai Parti Liberal Sekular
1. Maklumat yg sama seperti disebut oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi disampaikn sendiri kepada saya oleh Dr Abd Salam Ballahi, ahli parlimen daripada Parti Keadilan dan Pembangunan Morocco/Harakah Islah Morocco ketika Konvensyen Ahli Parlimen Islam di Turki pada 9-10 jan 2015; bahawa Parti Istiqlal Morocco yang bermula benihnya seawal 1937 dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1944 bermula sebagai parti Islam dan seterusnya menjadi parti yang berkongsi pemerintahan di negara Morocco sepanjang 60 an, 70 an dan 80 an.
2. Ia diasaskan oleh salah seorang tokoh ulamak dan tokoh gerakan Islam semasa iaitu Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi (lahir 1910 - meninggal 1974). Beliau mempunyai puluhan karya tentang Islam termasuk di bidang Maqasid dan Usul Fiqh.
3. Namun, kemasukan pemimpin yg berfikiran liberal dalam tampuk kepimpinan parti hingga akhirnya mereka menguasai kepimpinan telah merubah parti Istiqlal daripada berdasarkan Islam kepada parti berfikiran liberal dan kemudiannya bertukar pula menjadi parti sekular. Parti Istiqlal dilihat telah meninggalkan banyak dasar-dasar Islam apabila membiarkan pelbagai dasar bercanggah dengan Islam menjadi sebahagian dasar negara Morocco terutamanya di era kompromi dengan parti sosialis membentuk kerajaan bersama dari tahun 1992 - 2007.
2. Pada tahun 1973, Syeikh Allal bin Abdul Waahid al-Fasi berkata kepada para Ulamak Morocco; "Parti Istiqlal tidak lagi bersifat Islam. Sekiranya kamu ingin kekalkan sifat Islam yang ada pada parti perlulah kamu sertainya segera sekarang."
3. Selepas pemergian beliau pada tahun 1974, penggantinya, Muhammad Buusittah yang memimpin parti sehingga 1998 telah merubah parti daripada berasaskan Islam kepada bersifat kebangsaan.
4. Pada tahun 1992, Parti Istiqlal membentuk Pakatan Demokrasi bersama Parti Kesatuan Sosialis dan berjaya mendapat kuasa bersama pada tahun 1998 dan 2002.
5. Kesannya pada pertengahan 70 an dibentuk satu gerakan Islam yang baru di Morocco sehingga akhirnya secara rasmi dinamakan Harakah Tauhid dan Islah pada tahun 1996. Mereka mencari ruang menubuhkan parti Islam yang baru dengan mengambil alih sebuah parti kecil yang berdaftar bernama Harakah Sya'biyyah Dusturiyyah Demokratiyyah pada tahun 1996 lalu diubah nama kemudiannya menjadi Hizbul Adaalah wa Tanmiyah (Parti Keadilan dan Pembangunan). Parti Islam yang baru ini akhirnya berjaya mendapat kuasa mengalahkan Parti Istiqlal yang telah menjadi sekular pada tahun 2012 dengan mendapat 107 kerusi parlimen manakala Parti Istiqlal hanya mendapat 47 kerusi parlimen. Parti Keadilan berjaya menjadi parti pemerintah baru Morocco atas nama Islam bukan atas nama sekular atau liberal sehingga hari ini 2015.
Dr Khairuddin at-Takiri

Mat Sabu kata sanggup makan babi bersama LGE

Ayob Hussin shared Yuusuke Godai's post.
1 hr
Ooooo.....takleh sebut babi erk....babi ciptaan tuhan kenapa nak umpama kan babi erk.....
Yg anwar ibrahim gelar org anak babi tu selalu dah aku ulang ....ni yg mat sabu pernah sebut dalam satu majlis katanya dia sanggup makan babi bersama guan eng dpd makan ayam.bersama najib tu lagumana nak kira tu.....
Try komen weiii.....sampai sanggup nak makan babi ni.....eh eh eh...pastu degar2 konon nya waraq sangat la dok kutuk tghh walhal tghh tak lah bermaksud seterok itu dan dia takda pun gelar sapa2

Cukup terkesan saya bila TGHH sebut Kita bukan hanya nak ke Putrajaya, Tapi Kita juga nak pergi ke Negeri Akhirat


Cukup terkesan saya bila TGHH sebut Kita bukan hanya nak ke Putrajaya, Tapi Kita juga nak pergi ke Negeri Akhirat
Sebab itulah acuan politik hendaklah berpandukan kpd Alquran dan Hadis
Kalau tidak pemimpin sekali dengan org bawahan semuanya akan dihumban Ke neraka yg panas mendidih !
Politik Islam bukan setakat nak perintah dunia, bukan setakat kuasa, bukan setakat nak memerintah secara adil.... bahkan politik islam ialah nak pandu semua manusia ke jalan yg diredo-i Allah !




Orang munafiq sentiasa merasa cemas dan bersalah serta menyangka setiap jeritan/tempikkan adalah untuk membahayakan mereka

Teringat kuliah tafsir surah al munafiqun oleh TGHA..
Orang munafiq sentiasa merasa cemas dan bersalah serta menyangka setiap jeritan/tempikkan adalah untuk membahayakan mereka...


Saturday, September 12, 2015

dulu semasa berkawan ,,, mu boleh faham saja bahasa kiasan.... sekarang tak boleh ?

  • dulu semasa berkawan ,,, mu boleh faham saja bahasa kiasan.... sekarang tak boleh ?

    tak kan keluar saja dari PAS terus jadi "Bodoh" ?

    Banyak kata kata Nik Aziz dulu, hangpa bela habis habisan, macam nak perang dengan org UMNO !!!


  • apa lah politik serupa ini .?
    apalahhhh politik serupa ini....

    jangan lah bila berkawan, semua jadi baik, 

    bila bermusuh semuanya jahat ...!!!