Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, September 9, 2015

Hujjah kenapa kita mesti duduk bersama kumpulan ulama yg ramai

Hujjah kenapa kita mesti duduk bersama kumpulan ulama yg ramai .... insyaAllah sya akan huraikan
Guruku berpesan, hendaklah kamu memilih duduk bersama kumpulan yang ada ramai alim ulama di dalamnya.
Memuat Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang merupakan pedoman bagi kita agar mengikuti as-sawaad al-a’zhom (jama’ah kaum muslimin yang terbanyak), karena kesepakatan mereka (as-sawaad al-a’zhom) mendekati ijma’, sehingga kemungkinan keliru sangatlah kecil.
“Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. Oleh karena itu, apabila kamu melihat terjadi perselisihan maka ikutilah kelompok majoriti (as-sawad al a’zham).” (HR. Ibnu Majah, Abdullah bin Hamid, at Tabrani, al Lalika’i, Abu Nu’aim.
Menurut Al Hafidz As Suyuthi dalam Jamius Shoghir, ini adalah hadis Shohih)
Iblis adalah dari kalangan kelompok hambanya yg sangat alim, tapi dia berseorangan. Tidak duduk bersepakat dengan kelompok kelompok yg alim. Segala perbuatannya tidak ditegur... akhirnya dia hanyut sesat dan menyesatkan.
Disuruhnya kita berserta dengan Alim Ulama yg ramai, kerana alim ulama KURANG BUAT SALAH berbanding kita org jahil.
Sekiranya org alim itu berseorangan, tanpa jama'ah alim ulama yg lain, dia juga berisiko terjatuh ke lembah jalan yang salah. ilmu ilmu yg disampaikan akan dipantau juga oleh golongan ulama lain. Kalau dia salah, maka alim ulama di luar sana akan menegur. Sekiranya dia berseorangan, maka dia berterusan melakukan kesalahan demi kesalahan tanpa ditegur. Alim Ulama sering bertemu dan bermesyawarah berbincang masalah masalah hukum dan umat.
Ilmu Islam bersama Alim Ulama Islam. Semakin ramai alim ulama berhimpun, maka ilmu dan agama semakin kuat !
Semakin ramai alim ulama di dalam jama'ah dan kelompok itu, maka semakin kuat hujjah dan kebenaran.
Rumusan dari saya:
Ikutilah jalan jalan yg ditempuhi alim ulama. Bersamalah dengan mereka, insyaAllah kita akan selamat dunia dan akhirat.
Sekiranya Kumpulan A punyai 70 org alim dan kumpulan B ada 30 orang alim, maka pilihlah kumpulan A, kerana di dalamnya lebih ramai org alim ... dan ia semakin kuat hujjah dan kebenaran !
Kalau kita memilih kumpulan B, itu bermakna kita telah melawan arus apa yg telah disarankan oleh Nabi SAW .

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej