Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, September 11, 2015

PAS sertai PR 2.0: Khalid Samad letak syarat

PAS sertai PR 2.0: Khalid Samad letak syarat
Dia nak Islam ikut otak mereka, bukan mereka yg ikut Jalan Islam !?
Selama ini sapa yg langgar syarat ? 
Yg langgar perjanjian Tahalluf Siasi tuuu sapa ?
SHAH ALAM: PAS perlu akur dengan semua dasar Pakatan Rakyat (PR) 2.0 dan tidak bertindak bersendirian jika ia mahu menyertai pakatan pembangkang baru itu, demikian antara syarat diletak oleh bekas ahli PAS, Khalid Samad yang kini menganggotai Parti Amanah Negara.
Katanya, jika parti Islam itu mahu bersama PR 2.0 tetapi mengikut jalannya sendiri “maka tak payah masuklah”.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, PAS perlu lebih berdisiplin jika ingin menyertai PR 2.0, tidak bertindak sendiri dan membelakangkan gabungan tersebut.
Beliau mahu bekas partinya itu akur dengan segala keputusan dan tidak membelakangkan muafakat seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Kalau ada disiplin yang boleh diterima termasuklah penegasan terhadap kerangka dasar bersama yang telah dipersetujui maka kalau boleh pegang kepada prinsip dan disiplin kerjasama yang seperti itu, maka semua pihak dialu-alukan (untuk sertai PR2.0). Tapi kalau nak bersama tapi tidak mahu bersama, ikut diri sendiri maka tidak boleh terima 'basic guideline' maka tidak payah masuklah".
"Pokoknya kalau dia (PAS) nak sertai gabungan pembangkang yang baru, (PAS) kena ada disiplin iaitu kena akur kepada keputusan yang dibuat dalam mesyuarat. Bila mesyuarat buat satu keputusan lepas itu buat keputusan yang lain di luar mesyuarat kemudian langgar keputusan.
“Kedua, apa-apa tindakan yang kita lakukan biar kita bincang bersama, perbanyakkan bermusyawarah dan kurangkan tindakan unilateral yang akan semestinya menimbulkan ketegangan dalam mana-mana gabungan dan kerjasama," katanya dalam sidang media di ibu pusat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam sebentar tadi.
Beliau mengulas saranan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu PAS diterima dalam gabungan pembangkang baru, PR 2.0.
"Itu adalah hak PKR dan Ketua Pembangkang untuk menjemput semua (PAS) untuk terlibat dalam perbentukan Pakatan Rakyat 2.0. Terpulang kepada mereka (PAS) sama ada untuk menyertai (PR 2.0) atau tidak. Sama ada PAS hendak bersama PR2.0 atau sebaliknya, itu kena tanya PAS (sama ada bersetuju untuk sertai PR2.0). Kita (Parti Amanah Negara) tidak ada masalah," katanya lagi.
Bagaimanapun, seorang lagi pemimpin Amanah, Hanipa Maidin menolak sama sekali penyertaan PAS.
Hanipa semalam berkata beliau yakin kemasukan PAS dalam PR2.0 tidak akan membawa keuntungan kepada mana-mana parti yang membentuk Pakatan Rakyat 2.0, iaitu DAP, PKR dan Amanah sendiri.
"Yang ditulis oleh saudara Hanipa Maidin itu adalah pandangan peribadi, ianya bukan pandangan Parti Amanah Negara kerana kami tidak lagi bertemu untuk membincangkan persoalan itu tetapi pandangan yang disampaikan oleh Hanipa ada faktanya," dakwa Khalid.
- antarapos

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej