Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, July 10, 2018

Adakah orang Islam boleh meraikan segala perkara yang mendatangkan dosa ini tanpa sebarang prejudis?


Seorang aktivis LGBT berkata, "Mudah-mudahan kita dapat hidup bermasyarakat di Malaysia yang meraikan kepelbagaian tanpa prejudis".
Sememangnya masyarakat di Malaysia sudah lama meraikan kepelbagaian tanpa prejudis. Itulah kepelbagaian agama dan kaum, tetapi tidak kepada golongan LGBT, terutama oleh masyarakat Islam.
Kerana apa?
Kerana dalam agama Islam sendiri, melakukan hubungan sejenis atau homoseksual (gay/lesbian) dan menukar jantina itu sendiri adalah salah dan haram, yakni perbuatan yang mendatangkan dosa.
Maka bagaimana, seorang yang mengakui beragama Islam, mengaku beriman kepada Allah yang Maha Esa, bukan sekadar secara terang-terangan mengingkari larangan-Nya, malah mahu masyarakat yang majoritinya terdiri daripada orang Islam memperakui dan menerimanya, tanpa rasa prejudis?
Cuba beritahu aku, di mana akal logiknya, apabila seorang muslim, yang secara terang-terangan melakukan perbuatan yang salah, atau secara terbuka mengakui dirinya melakukan perkara yang mendatangkan dosa, meminta agar masyarakat Islam lain mengiktraf perbuatannya, tanpa rasa prejudis?
Rasa-rasanya...
Adakah orang Islam boleh meraikan berzina tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan merogol tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan sumbang mahram tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan meminum arak tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan berjudi tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan merompak tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan membunuh tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan memfitnah tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan syirik tanpa prejudis?
Adakah orang Islam boleh meraikan segala perkara yang mendatangkan dosa ini tanpa sebarang prejudis?
Kalau orang Islam tidak boleh menerima segala kemungkaran ini tanpa prejudis, maka di mana akal logiknya yang dirasakan orang Islam patut meraikan LGBT tanpa prejudis? Kerana pada akhirnya, ia sama sahaja, iaitu hal yang mungkar yang mendatangkan dosa.
Maka segala perjuangan untuk menghalal atau legalize LGBT di Malaysia, yakni sebuah negara yang majoritinya orang Islam, yang agama persekutuan rasminya Islam, adalah satu kesilapan besar, apatah lagi jika ia diperjuangkan oleh orang yang mengakui dirinya Islam.
Boleh tak kau mengaku yang kau percaya kepada Allah, kau solat, puasa, tapi dalam masa yang sama, kau meyakini yang berzina itu tak salah, merogol itu dibolehkan, minum arak itu tak berdosa, berjudi itu tidak haram, melakukan hubungan sejenis itu tidak berdosa, dan menukar jantina itu mendatangkan pahala? Rasa-rasa boleh ke tak boleh, ke macam mana?
Perjuangan untuk legalize LGBT di Malaysia ini, tiada bezanya dengan orang Islam yang berjuang menuntut kebebasan seks, kebebasan sumbang mahram, kebebasan minum arak dan berjudi, kebebasan untuk melakukan segala perbuatan yang mungkar dan yang seumpamanya. Terasa sangatlah janggal dan pelik.
Hukum hakam agama ini takkan berubah ikut kemahuan, nafsu dan logik akal kau. Apa yang dah tertulis dalam Al-Quran serta hadis yang sahih, itu lah dia.
Tapi kalau tetap mahu amalkan hubungan songsang di luar tabii tu, buat jelah senyap-senyap, tak perlu sibuk nak perjuang menuntut dilegalkan. Kalau nak berkahwin dengan pasangan sejenis kau, kau pergilah ke luar negara cari negara yang membenarkan perkahwinan sejenis, kau kahwin dan menetap la kat situ, takde orang akan kacau kau. Apa-apa yang kau nak buat, itu dah antara kau dengan Tuhan. Ya, memang takde orang akan kacau, tapi dosa tu boleh dah buat dah bekalan di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej