Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, July 28, 2018

org kafir (yg adil ?) lebih baik dr org Islam (yg tak adil?)

Kata2 .... ** rupe2 sudah di ucapkan oleh pendita yahudi pd masa Rasulullah SAW.
Ibn Abi Hatim meriwayatkan, telah menceritakan kpd kami Muhammad bin Abdullah bin Yazid alMuqri', telah menceritakan kpd kami oleh Sufian dari 'Amru dari 'Ikrimah yg menceritakan bahawa Huyai bin Akhtab dan Kaab bin Asyraf (dua org pendita yahudi (PY)) telah datang kpd penduduk Mekah (PM), lalu mereka bertanya kpd keduanya....
PM..."kamu adalah ahli kitab dan ahli ilmu, maka ceritakanlah kpd kami perihal kami dan perihal Muhammad."
PY..."bagaimanakah dgn kamu dan bagaimana pula dgn Muhammad ?"
PM.. "kami selalu bersilaturrahim, menyembelih unta, memberi minum air di samping air susu, membantu orang yang kesulitan dan memberi minum orang-orang yg menunaikan haji. Sedangkan Muhammad adalah orang yg miskin lagi hina, memutuskan silaturrahim dgn kami, diikuti oleh jamaah haji pencuri dr banu Ghifar. Manakah yg lebih baik, kami atau dia. "
PY..."kamu jauh lebih baik dan lebih benar (daripada Muhammad)."
Maka Allah SWT menurunkan firmanNya.,
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا هَٰؤُلَاءِ أَهْدَىٰ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah, dan kepada Taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan ugamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).
-Surah An-Nisa', Ayat 51
[sumber : Terjemahan Tafsir Ibnu Kathir... surah An-Nisa' -51]

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej