Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, July 11, 2018

Konfrontasi antara iman dan kufur sentiasa berjalan sampai qiamat


Konfrontasi antara iman dan kufur sentiasa berjalan sampai qiamat.
umat islam yg beriman diminta bersama Islam walau pun apa terjadi .. semasa Islam lemah kita akan bersama Islam mempertahankan dari kemusnahan total.... di masa islam kuat kita terus memberi keringat kita kpd Islam
Kamu punya pilihan sama menang di dunia dan mati bersama "firaun" atau bersama Islam dan mati bersama Islam
Firman Allah SWT bermaksud: "Dan (ingatlah perkara yang berlaku) ketika orang kafir dan menderhaka berbantah-bantah dalam neraka, iaitu orang yang lemah (pengikut) berkata kepada pemimpinnya yang sombong dan takbur: 'Sesungguhnya kami menjadi pengikut kamu, maka dapatkah kamu menolak dari kami sebahagian azab neraka ini?' Orang sombong angkuh itu menjawab: 'Sebenarnya kita semua menderita bersama-sama dalam neraka (tidak ada jalan untuk kita melepaskan diri), kerana sesungguhnya Allah menetapkan hukuman-Nya antara sekalian hamba-Nya.' Dan berkatalah pula orang yang ada dalam neraka kepada malaikat penjaga neraka Jahanam: 'Mohonlah kepada Tuhan kamu, supaya Dia meringankan sedikit azab seksa dari kami, barang sehari.' Malaikat penjaga neraka menjawab: 'Bukankah kamu didatangi rasul kamu dengan membawa keterangan (yang menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu)?' Mereka menjawab: 'Ya, sudah datang.' Malaikat itu berkata: 'Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri. Dan doa permohonan orang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja." (Ghafir: 47-50)
Firman Allah lagi: "Dan mereka berkata lagi: 'Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mematuhi kehendak ketua dan orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat sebesar-besarnya!" (Al-Ahzab: 68-69)
Pada ketika itu, sudah terlambat penyesalan dan percubaan untuk memberikan alasan terpedaya serta terkeliru sudah tidak ada nilainya lagi.
Firman Allah SWT: "Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun menghadap Allah (untuk dihisab pada Hari Kiamat); kemudian orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): 'Sesungguhnya kami menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah?' Mereka menjawab: 'Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama saja kepada kita, sama ada kita gelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu)." (Ibrahim: 21)


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej