Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, July 5, 2018

Michael Hart, pengarang buku *"100 Manusia Paling Berpengaruh"*,telah mengambil masa 28 tahun untuk disiapkan

Michael Hart, pengarang buku *"100 Manusia Paling Berpengaruh"*,telah mengambil masa 28 tahun untuk disiapkan.
Beliau menyenaraikan *Nabi Muhammad SAW Nombor 1* dalam senarai tersebut.
Ketika beliau sedang memberi kuliah di London, beliau disorak dan diganggu. Orang ramai telah mempertikaikan mengapa beliau meletakkan Nabi Muhammad sebagai Nombor 1?
Beliau telah berkata:
"Nabi Muhammad telah berdiri di tengah kota Mekah pada tahun 611 dan telah berkata kepada manusia ketika itu: *" Aku adalah Pesuruh Allah"*
Empat orang telah beriman kepada baginda; SAHABAT KARIBNYA, ISTERI baginda dan DUA orang kanak-kanak!
Sekarang, walau setelah 1400 tahun, bilangan orang-orang Islam telah melebihi 1000 juta dan masih terus bertambah. *Mustahil baginda adalah seorang pembohong, kerana pembohongan tidak akan bertahan sehingga 1400 tahun! Begitu juga tidak mungkin anda boleh membohongi 1000 juta orang!*
Satu perkara yang perlu direnungkan ialah walau selepas sekian lama, jutaan orang-orang Islam tidak akan teragak-agak untuk mengorbankan nyawa mereka untuk hanya satu perkataan yang akan menyakiti Nabi mereka".
*"Adakah seorang pun dari kalangan orang-orang Kristian yang sanggup bertindak sebegitu untuk Jesus?"*
Selepas itu,seluruh auditorium diam terpaku!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej