Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, August 22, 2018

Kini semua sudah tiada dan perlu bayar pampasan berpuluh bilion pula Tapak-tapak ECRL yang sudah 20% selesai dibiarkan terbengkalai sahaja

Sebenarnya, kos ECRL dan saluran paip boleh ditanggung oleh kerajaan dengan mudah. Ini yang tidak diberitahu oleh kerajaan sekarang.
Ketiga-tiga projek China ini dibiayai oleh kerajaan China dengan pakej pembiayaan jangka panjang selama 20 tahun dan tidak perlu membayar selama 7 tahun pertama.
Kadar faedah pula adalah pada 3.25 peratus juga lebih rendah daripada kos pembiayaan kerajaan pada masa ini iaitu pada 4.2 peratus jika kita mengeluarkan bon.
Tiada pihak yang meminta kita membayar penuh pinjaman ini sekaligus. Termanya adalah jangka panjang.
Sebagaimana disebutkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan hilang sekurang-kurangnya RM23 bilion bagi pendapatan tahunan kerajaan.
Sudah tentu angka ini pasti akan meningkat bagi 20 tahun akan datang, kerana kutipan GST sudah tentu meningkat selari dengan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat meningkat dan kuasa berbelanja lebih besar.
Walau kita gunakan dakwaan Pakatan bahawa kos ECRL adalah RM81 bilion (dan bukan RM55 bilion) di mana mereka mendakwa ia melibatkan kos faedah dan RM9.4 bilion bagi dua projek paip gas, kos kedua-duanya adalah RM90 bilion.
RM90 bilion bagi tempoh 20 tahun bermakna RM4.5 bilion setahun, di mana kerajaan berupaya membayarnya daripada lebihan RM23 bilion yang dikutip daripada GST, jika ia tidak dimansuhkan.
Tinggal lagi baki RM18.5 bilion. Kalaupun hasil GST tak bertambah, 20 tahun X RM18.5 bilion = RM370 bilion. Boleh guna jelaskan hutang RM688 bilion.
Hasil kepada kerajaan dan negara daripada projek infrastruktur pengangkutan awam seperti ECRL bukan sahaja dikira dari pulangan terus daripada penumpang atau jumlah trafik barangan sahaja tetapi daripada faktor luaran dan limpahan ekonomi daripada projek berkenaan.
Jika hanya dihitung daripada pulangan terus, maka tiada faedahnya untuk membina lebuhraya bebas tol seperti projek Lebuhraya Pan Borneo atau Lebuhraya Central Spine Road (CSR) memandangkan tiada pulangan terus darinya.
Hakikatnya, peluang pekerjaan, peluang ekonomi diwujudkan; pelbagai industry akan berkembang dan nilai harga tanah akan turut meningkat di sekitar stesen keretapi. Kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri akan menerima manfaat daripada kutipan cukai yang meningkat daripada syarikat yang tumbuh hasil limpahan ekonomi selain daripada pelbagai pembangunan dan harga hartanah yang lebih tinggi.
Selain manfaat ekonomi, terdapat faedah lain seperti mengurangkan penghijrahan ke bandar seperti ke Kuala Lumpur yang turut mengakibatkan kesesakan; ia satu pengangkutan lebih selamat, selesa dan meningkatkan produktiviti mereka yang melakukan perjalanan ke kampung; dan mengurangkan pencemaran asap kereta. Berapa banyak nyawa telah terkorban daripada kemalangan jalanraya? Ini semua tidak boleh diukur oleh ekonomi dan kos.
Manfaat ini adalah berkekalan dan bukan hanya untuk satu kali sahaja.
Kini semua sudah tiada dan perlu bayar pampasan berpuluh bilion pula. Tapak-tapak ECRL yang sudah 20% selesai dibiarkan terbengkalai sahaja.
==> Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej