Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, August 26, 2018

Pondan dilarang bercampur dengan perempuan (isteri-isteri) Nabi SAW

Pondan dilarang bercampur dengan perempuan (isteri-isteri) Nabi SAW. Dalam Sahih al-Bukhari hadis bernombor 4069, Nabi SAW melarang seorang lelaki pondan (mukhannath) yg bernama Hit (هيت) untuk masuk bercampur bersama isteri-isteri Baginda setelah Nabi SAW mendapati Hit mengetahui rahsia perempuan dan menyebarkan aib, lalu Baginda SAW memerintahkan para isterinya (لا يدخلن هؤلاء عليكن) "Jangan sesekali bagi dia masuk bersama kamu". Bahkan dalam hadis lain Hit diasingkan hidup di pinggir bandar Madinah oleh Nabi dan hanya dibenarkan masuk pada hari Jumaat untuk menunaikan hajat keperluannya. Hadis lain juga menyatakan mereka seramai bertiga termasuk Hit hidup diasing di zaman Rasulullah SAW.
Oleh yang demikian, adakah wajar mereka dibenarkan bercampur gaul dengan perempuan sedangkan Nabi SAW menegah dengan keras berdasarkan huruf 'nun tawkit musyaddadah' (لا يدخلن) dalam kata Baginda tersebut? Bahkan dalam hadis no 5547 dalam Sahih al-Bukhari Nabi mengusir (Anjasyah) yang berkerja di rumah Baginda apabila mendapati dia seorang mukhannath (pondan) dan memberi arahan kepada semua sahabat untuk melakukan perkara yang sama.
Adakah wajar juga mereka diberikan pengiktirafan sebagai pondan atau 'transgender' oleh masyarakat sedangkan Nabi mengasingkan Hit bersama pondan-pondan yang lain?
Apa yang selayaknya bagi mereka ialah hak untuk hidup sebagai manusia biasa seperti kita bukan hak sebagai pondan. Hak mereka mesti disampaikan dakwah supaya mengetahui perihal hukum dan agama.
Mereka diasingkan oleh Nabi SAW daripada masyarakat supaya mereka bertaubat dan tidak mahu sifat terlarang itu hidup dalam komuniti Madinah. Mereka tidak boleh dicerderakan atau dihukum bunuh sebagaimana Nabi SAW menolak permintaan sahabat untuk menghukum bunuh mereka. Kata Baginda mereka tidak boleh dibunuh kerana mereka juga menunaikan solat.
Inilah 'awareness' yang diajar oleh Islam dan bukan 'awareness' yang mengiktiraf kepondanan mereka dalam masyarakat sepertimana yang mereka mahukan. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej