Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, August 28, 2018

syiah - Ahlussunnah pada zaman kini janganlah terlalu bodoh untuk berhusnuzzan

Dalam keadaan Syiah menganggap taqiyyah (bohong untuk memperdaya org lain) adalah wajib dan mendapat pahala besar, maka orang Ahlussunnah pada zaman kini janganlah terlalu bodoh untuk berhusnuzzan
oleh : Dr. Mohd Hapiz Mahaiyadin
Penilaian Berdasar Zahir.. Tapi Bukan Selamanya
Dalam hukum fiqh, penentuan hukum amali bermula dari bab taharah sehingga kehakiman adalah berpandukan kriteria-kriteria lahiriyyah yang dapat dicapai oleh pancaindera. Seikhlas dan sekhusyuk mana seseorang bersolat, jika terdapat kesan najis pada pakaiannya, ia perlu ditahzir krn solatnya tidak sah. Namun jika hatinya hitam, penuh riyak, takbur dan kotor, tiada siapa yg tahu maka secara fiqhiy, solatnya sah dan solat makmum dibelakangnya sah.
Demikian juga dalam kes penghakiman antara plaintif dan defenden, hakim terpaksa melihat pada hujah walaupun hati kecilnya 'dapat rasa' siapa yg bersalah. Nabi SAW bersabda :
إنكم تختصمون إلي ولعل بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض فأقضي له على نحو مما أسمع منه فمن قطعت له من حق أخيه شيئا فلا يأخذه فإنما أقطع له به قطعة من النار» متفق عليه،
"Kalian akan mengadukan perbalahan kepadaku. Mungkin sebahagian kalian lunak berhujah daripada orang lain, sehingga aku menghukumkan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Maka sesiapa yang aku telah berikan hak orang lain kepadanya, (jika dia tahu dia adalah pesalah) maka janganlah ambil. Hakikatnya, apa yg aku putuskan itu seumpama seketul api neraka" (Muttafaq alayhi).
Daripada hadis ini, datanglah suatu kaedah fatwa "Kami berhukum berdasarkan yg tersurat (zawahir) , hanya Allah yang mengendalikan yg tersirat (saraa'ir). Kaedah ini dinyatakan oleh Saidina Umar dan Imam al-Syafie dlm al-Umm.
Dalam isu presiden sebuah parti politik terkecil dalam PH yg terpalit dgn isu Syiah dan terkini gambar bersama masyarakat Syiah Selatan Thai menular secara meluas. Dikatakan ada kenyataan kononnya beliau sambut hari raya bersama 'kaum keluarga'nya yg ramai di sana. Secara fiqhiynya, kita cuba berhusnuzzan dgn gambar-gambar yang menyebabkan suk zann berlaku.
Namun, kaedah hukum zahir tidaklah terpakai selamanya kerana ia berpotensi memanipulasi kepercayaan umum dan menjadi pembohong yg bermuka seribu. Fiqh juga menuntut umatnya tidak menjadi bodoh dan sentiasa bijak agar tidak menjadi mangsa pembodohan selamanya. Kalau tidak, masakan para ulama seperti Malikiyyah dan Hanafiyyah membolehkan zindiq dan جاسوس atau perisik yg dikenalpasti berkerja kpd negara musuh, dibunuh (يقتل سياسة) walaupun dia mendakwa Islam dan setia kpd negara Islam.
Dalam keadaan Syiah menganggap taqiyyah (bohong untuk memperdaya org lain) adalah wajib dan mendapat pahala besar, maka orang Ahlussunnah pada zaman kini janganlah terlalu bodoh untuk berhusnuzzan. Memang dalam al-Quran terdapat ayat melarang umat Islam bersangka buruk, mencela dan mengeji saudara semuslimnya. Akan tetapi, perintah ke atas "penuduh" itu diiringi dengan perintah syarak lain ke atas "mangsa tuduhan" supaya mengelak daripada melakukan perkara yg meragukan, menjauhi tempat-tempat fitnah, berkelakuan baik dan beramal soleh. Yg menuduh kena berhusnuzzan. Yg Ken tuduh kena menjauhi kriteria yg meragukan. Barulah fair and square!
Dari segi fiqhiy juga, jika seseorang masih terjebak dengan elemen-elemen yang menjadi circumstantial evidence (قرائن الأحوال) sehingga menunjukkan beliau seperti yang disukzankan oleh orang lain, maka TIDAKLAH MENJADI kesalahan utk kita berwaspada. Kerana apa? Kerana zahirnya telah koyak dan tercemar lalu menampakkan yg batin.
Dalam sebuah athar di bawah, menyebut :
عَنْ قَبِيصَةَ بْنِ جَابِرٍ ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ ، قَالَ : مَنْ عَرَّضَ نَفْسَهُ لِلتُّهْمَةِ فَلا يَلُومَنَّ مَنْ أَسَاءَ بِهِ الظَّنَّ ، وَمَنْ كَتَمَ سِرَّهُ كَانَتِ الْخِيَرَةُ فِي يَدِهِ ، وَضَعْ أَمْرَ أَخِيكَ عَلَى أَحْسَنِهِ حَتَّى يَأْتِيَكَ مِنْهُ مَا يَغْلِبُكَ
Daripada Qubaisah bin Jabir, daripada Umar bi al-Khattab berkata "Sesiapa yg meletakkan dirinya pada tohmahan (keadaan yg menyebabkannya), maka janganlah ia mencela orang yg sukzan padanya. Sesiapa yg menyimpan rahsia dirinya, pilihan (mendedah atau menyimpan) berada pada tangannya. Hadapilah urusan saudaramu berdasarkan keadaan paling baik sehingga tiba bukti yang mencabar keyakinanmu (tidak seperti disangkakan) ... "
Intisari penting dapat kita rumus ialah fiqh mengajar kita bijak memerhatikan keadaan zahir seseorang. Jika ia look nice, maka layanlah dia dengan baik.. Jika dia look bad, maka berwaspadalah. Dalam kedua-dua keadaan, kita serahkan hakikatnya pada Allah dan pada masa sama, jangan membiarkan pembohongan menjadi budaya dalam masyarakat Islam.
Pelajar yg mendalami ilmu fiqh mesti faham perkara ini. Walaupun, penuntut aliran lain boleh terkhilaf, orang fiqh mesti berpandangan jauh out of text...
Dr HK
27 Ogos 2018

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej