Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, August 20, 2018

Tujuan Politik jangan malu nyatakan pendirian perjuangan agenda parti TGHH Tak bodoh

Tujuan Sistem Politik Dalam Islam
Sistem Politik Islam mempunyai tujuan yang murni dan tinggi. Yang terpentingnya adalah seperti berikut:
1. Menegakkan agama dan merealisasikan perhambaan kepada Allah Tuhan semesta alam
Maksudnya: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
(Surah al-Hajj: 41)
Sistem Politik Islam juga untuk menyebar risalah Islam di atas muka bumi ini dengan menggunakan pelbagai cara yang dibenarkan dan dengan kadar yang termampu. Firman Allah S.W.T.:
2. Menegakkan keadilan
Tujuan politik Islam adalah untuk merealisasikan keadilan dengan seluas-luasnya dan dalam berbagai lapangan sama ada kemasyarakatan , kehakiman, pentadbiran dan pengurusan, politik serta hubungan antarabangsa. Ini termasuklah perlindungan hak-hak, memelihara kebebasan dan persamaan.
Menegakkan Negara Islam ataupun masyarakat Islam itu bukan merupakan tujuan itu sendiri. Tujuannya adalah untuk mewujudkan satu umat yang berdiri di atas kebaikan dan keadilan, iaitu umat yang mampu membenarkan yang benar dan mampu membatil yang batil. Melindungi orang ramai daripada kezaliman serta menegakkan keadilan di atas muka bumi ini merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh risalah Islam dari segi kemasyarakatan. Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”
(Surah Ali ‘Imran: 110)
3. Memperbaiki keadaan manusia
Hukum Islam tidak hanya terbatas kepada hudud sahaja atau semata-mata adanya kepimpinan yang membawa kepada penyatuan orang Islam sahaja, tetapi ia bertanggungjawab dalam memperbaiki keadaan manusia sama ada dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, penerangan, pendidikan, pertahanan dan rekaan. Semua ini dilakukan seiring dengan reformasi politik. Inilah yang dimaksudkan dengan risalah reformasi Islam.
Tujuan tertinggi perundangan Islam adalah untuk mereformasikan perkara-perkara halal dan haram. Allah menurunkan syariah bukan dengan tujuan lain, melainkan kesemuanya bertujuan untuk memberi kebaikan, hidayah dan kesenangan kepada manusia dan membuang kesusahan daripada mereka.
Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: “Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.”
(Surah an-Nisa’: 26-28)
Negara Islam dengan sistem politiknya juga bertujuan untuk memakmurkan bumi ini serta memberikan cara hidup yang mulia kepada semua rakyatnya, di samping memberi peluang yang sama rata dan adil dalam membahagi-bahagikan kekayaan Negara. Firman Allah S.W.T.:
Maksudnya: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
(Surah al-Hasyr: 7 )
Jika benar-benar sistem politik Islam dan undang-undang ini diamalkan, maka akan dapati sistem politik ini mempunyai tiga tujuan iaitu: Menyekat kerosakan, menarik kebaikan dan bergerak di atas landasan “makrim al-akhlaq” iaitu budi pekerti yang mulia. Jadi dengan menegakkan sistem politik Islam dan syariah Allah, ketiga-tiga tujuan di atas akan dapat direalisasikan dan akan membawa kebaikan kepada seluruh manusia.
wallahu a'lam
jangan malu untuk menyatakan pendirian kita masing2, kalau berminat dengan sekular, nyatakan !
kalau berminat dengan islam juga nyatakan.... tak payah malu malu
mungkin kita di hujung dunia akhir zaman ... nak cari yg sempurna mcam di zaman Nabi ... tak jumpa laaaa ... kalau berminat dengan Islam carilah yg mana parti yg dekat dengan Islam ...
tapi kalau berminat dengan sekular ... carilah parti yg perjuangkan sekular ... jangan malu malu !
tak da sapa yg nak larang kamu !
Ijtihad dan dalil tak payah cari ... perlembagaan dan dasar dlm parti masing2 sudah ada .... perjuangkan dasar tersebut !
tak payah gaduh gaduh ok !

kami rasa president pas bukan bodoh bila dia buat kenyataan !
berbanding dengan kamu ... kalau dia bodoh.... pemimpin timur tengah tak akan jemput dia tika dlm konflik !
konflik di timur tengah lebih rumit dan komplek !!!
dia ada dua ijazah
1 ijazah syariah
2 ijazah politik siasah islam
cermin cermin lah dulu diri tuu ok !!!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej