Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, March 1, 2015

Apabila mata enggan melihat, telinga enggan mendengar dan mulut enggan bercakap

oleh Jimmy Adit
http://bm.theantdaily.com/Terkini/Apabila-mata-enggan-melihat-telinga-enggan-mendengar-dan-mulut-enggan-bercakap

FOKUS SARAWAK: Walaupun terdapat beberapa persamaan di antara Sarawak dan Malaya, hakikatnya perbezaan mereka sangat ketara sehinggakan tidak perlu susah payah untuk mengerti kenapa kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berusaha sedaya-upaya untuk memulihkan polarisasi yang semakin berkembang itu.

Masalahnya ialah tugas pemulihan ini sukar sekali; apabila ada orang sedang mencari kapal terbang MH370 menggunakan buluh, buah kelapa dan permaidani murah, yang terbukti, menimbulkan lebih banyak soalan dari jawapan.
Sudah tentu, ada ketika penggunaan buluh, kacang dan tikar, ditambah sedikit jampi serapah, memberi hasil berbanding Panadol, minyak gamat dan sebagainya.

Kita telah melihat penonton televisyen serata dunia tersentak apabila ahli silap mata dan pakar ilusi berjalan menembusi dinding konkrit Tembok Besar China atau menghilangkan Menara Eiffil di Paris.

Tetapi, ketika MH370 tenggelam jauh ke dalam alam imaginasi, meninggalkan dunia tertanya-tanya kenapa kita sibuk membelanjakan billion untuk membina kekuatan ketenteraan apabila apa yang kita boleh lakukan adalah memanfaatkan biodiversiti kita, flora dan fauna dan amalan tradisional yang pelik.

Sudah tentulah kejadian misteri harus ditangani dengan langkah misteri. Namun, secara kebetulan, bukan sedikit masalah Malaysia yang boleh dikatakan sebagai misteri.

Antaranya; kehilangan billion ringgit dari 1MDB yang langsung tiada sebarang penjelasan munasabah; seorang wanita asing telah diletupkan sehingga lumat menggunakan C4 di tanah Malaysia tetapi langsung tiada rekod wanita itu memasuki Malaysia, begitu misteri sekali; seorang pembunuh dibenarkan melancong ke Australia juga misteri; pembangkang ditahan walaupun bercakap perkara yang sama dicakap pihak pro-kerajaan, itu misteri; dan mereka yang berada di kedudukan untuk berkata sesuatu tetapi tidak mahu membuka mulut itu misteri.



Begitu banyak perkara misteri menghantui negara ini dan pemimpinnya, justeru itu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak dapat menahan untuk bercakap kepada mereka yang ada mata butak (buta), ada telinga bengal (pekak) ada mulut bisuk (bisu).

Malaysia, tanah yang penuh misteri? Benar, ianya bermula dari tanah yang penuh misteri - rakyatnya penuh misteri dan politik dan polisinya yang sama sekali misteri.

Kita telah dipaksa untuk percaya - terjamin, malah - di Sarawak, ‘Allah’ tidak memilih siapa anakNya dari beberapa agama. Tetapi di Malaya, Dia hanyalah milik orang Islam.

Malahan, di Malaya terdapat beberapa darjah rasa kepunyaan. Jadi kita dipaksa untuk percaya golongan seperti Perkasa dan Isma yang telah mengambil langkah sendiri untuk bercakap bagi pihak Allah.

Di Malaya juga, kita melihat lebih 20 juta rakyat kelihatan seperti dipaksa untuk menerima satu sama lain dan selamanya berada di ambang peperangan.

Golongan minoriti dengan gementarnya berdoa agar kejadian seperti 13 Mei tidak akan berulang.

Turut berlaku di Malaya, kita melihat kepala babi dicampak ke dalam masjid, kuil dimusnahkan dan gereja dibakar.

Merentasi Laut Cina Selatan, rakyat Sarawak berasa geli hati apabila Adenan, sebelum jutaan penonton TV1, berkata: “Pembangkang juga adalah anak Sarawak, maka suara mereka juga harus didengari.”

Tetapi di Malaya, seorang pemimpin pembangkang telah dipenjarakan dan beberapa lagi ahli politik pembangkang telah diberkas.

Rakyat Sarawak juga berasa geli hati apabila Adenan berkata: "Di Semenanjung kini terdapat pelbagai ketegangan yang berkaitan kaum dan agama, sebab itu Sarawak menghalang mana-mana individu yang kami rasa boleh mengundang situasi yang sama di negeri ini.”

Sesungguhnya ketegangan bangsa dan agama tidaklah seteruk mana sehinggalah beberapa bulan kebelakangan ini, seperti seruan untuk menutup sekolah vernakular Cina dan memboikot perniagaan Cina.

Rakyat Sarawak memberi satu tepukan gemeruh kepada Adenan bila beliau berkata kerajaan negeri baru saja memberi RM3 juta kepada sekolah Cina dan beliau hanya akan bersetuju jika lebih dari 20 kumpulan etnik di Sarawak mahu digelar Dayak.

Perbezaan antara Sarawak dan Malaya adalah seluas Laut Cina Selatan, laut luas yang memisahkan kedua tanah ini, keduanya bersatu dan berpecah-belah dalam masa yang sama oleh perlembagaan yang digubal untuk memberi kelebihan kepada satu pihak dan mendiskriminasi pihak lagi satu.

Apabila memikirkannya, ini mungkin kerana kita di Malaysia Timur apa tiap kali matahari naik, ia bukan saja memberi cahaya tetapi meninggalkan kesegaran dan kehangatan di sini yang tidak dapat dirasa saudara kita di Barat apabila ia sampai di sana.

Tanpa kesegaran dan kehangatan ini, rakyat Malaya bimbang dan bertelagah tentang perkara asas kehidupan - bangsa dan agama.

Sejarah dipenuhi dengan peperangan dan pembunuhan yang berkaitan agama dan bangsa, dan ini membuatkan kita terfikir bahawa manusia dan kerajaan belajar darinya.

Malangnya, kerajaan Malaysia juga tidak terkecuali, dengan berdiam diri, membiarkan golongan taksub dan ekstrimis yang tidak sudah-sudah meminta pertumpahan darah kerana mereka mendakwa mereka dibebaskan dan dipilih Allah berbanding yang lain.

Mereka akan begitu terkejut betapa silapnya mereka jika mereka beranggapan dapat merasakan kesegaran dan kehangatan sinaran matahari dari Malaysia Timur.

Perbezaan antara Malaya dan Sarawak adalah seluas Laut Cina Selatan, yang memerlukan lebih dari secebis kata-kata dan janji politik untuk mengekang polarisasi yang semakin berkembang ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej