‘Pegawai tanah masih menerima suapan di Cameron Highlands
oleh Cecilia Jeyanthi Victor
http://bm.theantdaily.com/…/-Pegawai-tanah-masih-menerima-s…
oleh Cecilia Jeyanthi Victor
http://bm.theantdaily.com/…/-Pegawai-tanah-masih-menerima-s…
PETALING JAYA: Adakah situasi di Cameron Highlands telah menjadi bertambah baik selepas peristiwa banjir dan tanah runtuh Oktober lalu?
Tidak, bahkan ia semakin buruk menurut pendapat Presiden Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH) R Ramakrishnan.
Beliau mendakwa “pegawai tanah masih menerima rasuah daripada peladang haram di beberapa kawasan.”
Disoal samada pegawai SPRM masih ditugaskan di Cameron Highlands bagi memantau kegiatan pembukaan kawasan secara haram, Ramakrishnan berkata pegawai SPRM nasih ada dan akan membuka pejabat mereka kelak.
Namun pasti ada yang melegakan Ramakrishnan secara peribadi, kerana dia tidak lagi diganggu gengster. Beliau merupakan individu yang lantang mendedahkan kegiatan perladangan haram di Cameron Highlands.
Akibatnya, Ramakrishnan menjadi sasaran kemarahan gengster. Mereka memotong gandar kenderaannya dan pernah mencaci-makinya.
Selepas kejadian Oktober lalu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel bertemu penduduk dan NGO berkaitan bagi mencari solusi.
Malangnya isu tersebut kurang dititikberatkan kerana Palanivel lebih memberi tumpuan kepada kemelut dalaman MIC. Rakyat merana akibat permainan politik di negara ini.
Perjumpaan Palanivel dengan pihak NGO membuahkan hasil dan sesi menanam tunas pokok di Cameron Highland dijadualkan pada 7 Mac ini bertempat di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Siku, Kompartment 5. Sebanyak 3,000 tunas dijangka ditanam.
Antara NGO yang terlibat termasuklah REACH, Malaysian Nature Society, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Sahabat Alam Malaysia dan Gunung Online. Mereka sedang galak mencari sukarelawan.
Usaha tersebut tentunya tidak akan dapat merungkai segala masalah, tetapi mereka bertekad memperbaiki keadaan.
Jika Palanivel dapat melupakan masalah MIC sejenak, mungkin beliau dapat melakukan yang terbaik bagi situasi di Cameron Highlands
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej