Kolumnis kanan The Star Joceline Tan menulis dalam ruangannya:
" DAP telah mencapai pencapaian kemuncaknya dalam penguasaan undi masyarakat Cina dan kini ia memerlukan muka-muka Melayu sekiranya ia mahu menambah bilangan kerusinya (DAP pegang 35 dan PKR 3 dari 38 kerusi majoriti Cina di Parlimen) kerana itu ia sedang mempertingkatkan pengambilan ahli Melayu"
Tetapi tambah beliau:
" Tanda-tanda menunjukkan yang undi Melayu akan bersatu di belakang dua parti teras Melayu iaitu Unno dan PAS".
Soalnya adakah blok pengundi Cina akan kekal bersama DAP dalam PRU akan datang dan apakah pengundi Melayu bersedia memberikan undi kepada DAP?
Bagi soalan pertama Joceline menggariskan kebimbangan pengundi-pengundi Cina apabila DAP berkuasa mutlak namun kelemahan komponan BN mungkin mengekalkan trend PRU lalu.
Namun bagi soalan kedua saya yakin pengundi Melayu yang memang terbeban dengan pelbagai isu terutama kenaikkan kos hidup hari ini memang marah tetapi tidak sekali-kali akan menggadaikan masa depan mereka dengan mengundi DAP.
DAP bermusuh dengan Umno mungkin berasas kerana Umno punya banyak kekotoran tetapi PAS yang menerajui Islam juga dimusuhi DAP itu sesuatu yang keterlaluan.
Kedua-dua parti teras Melayu DAP musuhi dan lawan dan tiba-tiba mahu menagih simpati undi orang-orang Melayu.
Orang Melayu mahu hak Melayu dibela terutama ramai mereka yang susah dan terpinggir. Mereka mahu Institusi Raja-raja dihormati, dan paling penting agama Islam dijunjung dan dijadikan panduan.
Apa yang DAP mahu? Undi orang Melayu supaya mereka boleh bekuasa dan " call the shots"..... fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej