Konsep 1malaysia terkeluar dari Islam ?
Konsep Alquran dan Assunnah tak boleh pakai ke.......
Menteri Agama, Ulama Ulama dan mufti mufti dok buat apa ?
Agenda ini memang lama cuba dilaungkan cuma berbeza slogan, bangsa malaysia contohnya.
Setiap kali ombak melanda, setiap kali juga pantai berubah. Sekarang org politik mengambil kaedah ini.
Dulu wawasan 2020, lepas itu Islam Hadari, terkini 1Malaysia.... wasatiah.... Lepas ini apa pula ?
1Malaysia ?
Apa makna 1Malaysia kalau masalah perkauman semakin menebal dan api ini terus menerus menjadi semakin panas ?
Ada di kalangan pemimpin yg cuba nak satukan bangsa yg ada di Malaysia dengan pelbagai cara.
Kerajaan perumahan sedikit masa dulu mencampur dan mensosialkan penduduk dengan mencampur pelbagai bangsa dalam satu perumahan. Rumah org Melayu dengan rumah org cina bercampur dan berjiran.
Adakah ini akan menyelesaikan masalah perpaduan ? Apakah cara lain selain dari cara Islam yg boleh memadukan bangsa ?
Para pemimpin tak pernah pun mencari "ubat" yang dianjurkan dalam alquran untuk menyelesaikan masalah rakyat selama ini. Mereka hanya memikirkan secara logic aqal sendiri atau meminta pandangan dari kalangan yang sama sekular dengan mereka.
Akhir sekali semua jalan yg dicari buntu dan tidak dapat menyelesaikan masalah. Sebenarnya rakyat tidak bermasalah pun dari segi perpaduan khususnya masalah kaum. Cuma kerajaan yang sebenar benarnya menghadapi masalah. Masalah itu ialah hilangnya kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan memerintah.
Semua kaum sudah hilang hormat dan kepercayaan terhadap kerajaan memerintah. ?
Bagi umat Islam, mereka hilang kepercayaan kerana Kerajaan tidak perihatin terhadap Islam, maruah Islam dan keadilan. ?
Bagi bukan Islam, keadilan adalah hal yang utama yg menyebabkan mereka hilang kepercayaan. Hal hal rasuah, korupsi, penyelewengan dan tidak bertanggungjawab atas amanah adalah faktor utamanya.
Secara amnya faktor keadilan merupakan faktor asas yg menyebabkan rakyat muak dan loya terhadap kerajaan sekarang. Tidak adil sekiranya kerajaan masih menyanjung perasuah, tidak adil kalau kerajaan masih melayan mereka yg menyeleweng, korup dan tidak amanah.
Para pandangan saya, 1Malaysia yang diwujudkan ialah untuk menyatukan rakyat dan jalan untuk menarik semula rakyat menyokong UMNO dan BN.
Tidak mustahil kalau satu hari nanti rakyat akan cuba disatukan dengan "menyatukan aqidah". Mungkin rakyat akan disuap dengan makanan yg sama untuk semua kaum, aqidah yg sama untuk semua kaum, janji rakyat bersatu menyokong mereka.
Sekumpulan Org yg suka membuat maksiat mempunyai minat dan ransangan yg sama. Sekumpulan org yg sama sama ke kelab kelab malam mempunyai perangai yg hampir sama. Sekumpulan org yg kaki mabuk mempunyai sikap dan perangai yg hampir sama antara mereka.
Oleh itu untuk menyatukan manusia (menurut cara sekular) adalah menyatukan mereka di bawah satu bumbung maksiat, sama sama makan makanan haram di atas satu meja, menggalakkan hiburan yg berlawanan dengan syari'at Allah.....
INGAT ! CITA CITA FREEMASON AKAN BERJAYA DILAKSANAKAN DI BUMI MALAYSIA INI SATU HARI NANTI SEKIRANYA RAKYAT MENYEPAKATI MENAIKKAN PEMIMPIN DARI JENIS SEKULAR DAN BERFAHAMAN FREEMASON ! ?
Akhirnya ustaz ustaz yg dok anggok tanpa geleng akan turut menjadi sekular dan menjadi lebih jahat daripada syaiton !
Islam hadori ape cerita ?
Sejak diperkenalkan, kita tercari cari maknanya dan hampir semua rakyat malaysia keliru akan tujuan, makna dan halatujunya.
.... akhirnya ia terkubur mengikut tuannya.........
Slogan tinggal slogan.... konsep tinggal konsep.....cakap tak serupa bikin.... akhirnya duit rakyat habis dibuang, membazir untuk membangunkan dan melaksanakan konsep konsep tersebut
Pada pendapat saya, konsep wawasan 2020 sudah sangat bagus dan seharusnya diperjuangkan demi kelangsungan konsep itu. Apa guna menaikkan nama diri dengan slogan slogan yang langsung tidak praktikal yang akan mati bersama samanya ?
Saya memohon maaf sekiranya artikel ini membuat sesiapa yang berkenaan berasa marah dan tidak senang. Saya hanya menyuarakan pendapat...
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej