Tidakkah mereka mengetahui bahawa kemuliaan `arsy, syurga, ka’bah dan segala makhluk lain semulia mana pun tidak dapat sekali-kali menyaingi kemuliaan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.
Hal ini diakui sendiri oleh ulama yang jadi idola kaum Najdi, di mana Syaikh Ibnu Qayyim al-Jawziyyah dalam karyanya “Badaa-i`ul Fawaaid” juzuk ke-3, halaman 655 menukil seperti berikut:
Telah berkata Ibnu `Aqil: ” Seseorang telah bertanya kepadaku: “Apakah yang lebih utama (afdhal) hujrah Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam (yakni makam Baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam) atau Ka’bah?” Maka aku menjawab: Jika yang engkau maksudkan semata-mata hujrah, maka Ka’bah lebih afdhal. Namun jika yang engkau maksudkan adalah keberadaan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam yang bersemadi di dalamnya, maka demi Allah, tidak (yakni tidaklah Ka’bah lebih afdhal daripadanya), tidak pula ‘arasy dan para malaikat yang memikulnya, tidak juga syurga `aden, tidak juga segala bintang yang beredar, ini adalah kerana dalam hujrah tersebut terkandung satu jasad (yakni jasad Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam) yang jika dibandingkan dengan alam semesta dan segala isinya nescaya ia akan mengungguli semuanya (yakni tiada satu pun kejadian atau ciptaan Allah ta`ala yang dapat mengatasi keagungan dan kemuliaan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.)
Allahu … Allah, shallaAllahu wa sallama `alan Nabiyil Karim, maka wajarkah jika kita putarkan wajah kita daripada menghadap ke arah ciptaan Allah yang paling mulia, tanpa ada nash untuk mensyariatkan perbuatan tersebut ? Sesungguhnya baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah Washilatul `Udzhma yang tidak wajar untuk dibelakangkan ketika bermunajat kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Maka ambillah pengajarannya wahai kaum yang mahu berfikir, beradablah dengan Rasul kalian dan jangan biadab.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej