Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, October 8, 2016

Konvoi Lawan Konvoi, Bukan Konvoi Lawan Penendang

Konvoi Lawan Konvoi, Bukan Konvoi Lawan Penendang.
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
Naib Presiden Pas.
9/10/16

Tindakan baju merah menyerang dan menendang pasukan konvoi Bersih 5 perlu dikutuk. Jangan bawa budaya samseng dalam politik Malaysia. Walau pun Pas tidak sertai perarakan Bersih 5, bukan bererti Pas menyokong tindakan yang tidak bertamaddun ini. Pas juga bersetuju dengan tuntutan  Bersih untuk pilihanraya adil. Pas menentang sebarang bentuk kezaliman dan tindakan tidak bermoral. Kerana ini merupakan ajaran Islam sebagai mana sabda Nabi SAW bermaksud, " Bantulah saudara kamu yang dizalimi"

Sekarang zaman millennium baru, bukan cara politik tahun 60 an yang bersifat barbarian. Politik hujah melawan hujah, program lawan program. Bukan konvoi lawan penendang. Baju merah boleh kerah sebanyak mungkin untuk buat seperti konvoi Bersih 5. Bukankah negara kita, negara demokrasi?.

Pihak polis perlu ambil tindakan segera untuk kenal pasti siapa yang terlibat. Tidak payah mana untuk mengambil tindakan, kerana gambar jelas terpampang di media sosial dan audio. Jangan biarkan budaya samseng ini menular di dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej