Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, October 10, 2016

MURSYIDUL AM PAS USTAZ HASHIM JASIN

MURSYIDUL AM PAS USTAZ HASHIM JASIN

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Perlantikan Ustaz Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am PAS dipandang sinis oleh haters PAS. Ada yang menganggap diri sebagai penganalisis politik membuat andaian bahawa perlantikan tersebut adalah disebabkan TGHH mahu terus menjadi Presiden, kerana Presiden lebih berkuasa dalam mengemudi eksekutif parti.

2) Bagi penganalisis spesis ini mereka menganggap Mursyidul Am ini tak ada apa-apa kemampuan untuk menegur dan menghalang Presiden kerana faktor-faktor kelebihan Presiden yang jauh lebih banyak berbanding Mursyidul Am. Pendek kata, Mursyidul Am ini hanya akan menjadi 'pak turut' dan 'tunggul' sekadar simbol Majlis Syura Ulama.

3) Rata-rata mereka memandang rendah individu yang dipanggil Ustaz Hashim Jasin. Mereka membandingkan beliau dengan TGNA dan TG Haron Din dari segi populariti. Ya, Ustaz Hashik Jasin tidak popular kepada mereka, tetapi popular kepada orang PAS terutama PAS Perlis.

4) Bagi saya, selain TGHH sebagai calon menjadi Mursyidul Am, Ustaz Hashim Jasin juga layak menyandangnya. Secara peribadi saya mengenali beliau sewaktu saya masih muda remaja sebagai salah seorang mentor kepada bapa saya. Walaupun tidak pernah secara terus belajar dengan beliau, tetapi saya dapat sedikit sebanyak ilmu beliau secara tidak langsung melalui bapa saya.

5) Ustaz Hashim bukan ustaz kampong. Beliau pernah berkhidmat dalam bidang profesional. Pada saya, beliau boleh diandaikan seperti Ustaz Azizan versi Perlis dari sudut ilmu, pengurusan dan ketegasan.

6) Melihat kepada budak-budak yang memandang rendah kepada beliau, saya hanya menggeleng kepala membaca tulisan mereka dalam blog dan komen-komen di Facebook. Dah sifat haters begitu.

Sekian

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej