Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, October 26, 2016

Pas Jangan Terlalu Lemah Utk Menjawab "Undang-undang Islam juga Perlu Dilihat Adil"..


Ayob Hussin shared Hapiz Kodiang's post.
7 hrs
Hapiz Kodiang
9 hrs
Pas Jangan Terlalu Lemah Utk Menjawab "Undang-undang Islam juga Perlu Dilihat Adil"...
Nasihat saya kpd Pas, sebagai sebuah gerakan dakwah dan parti politik Islam tertua agar tidak terlalu merendah diri dalam soal khilafiyyah siyasiyyah... Dalam soal cadangan pindaan RUU355, ia adalah usaha politik atau ijtihad pas utk memperkasakan mahkamah syariah dan seterusnya undang2 kesalahan syar'iyyah (saya tidak guna jenayah syar'iyyah)... Itu yg Pas nampak sebagai orang politik... Soal bagaimana RUU itu berjaya diluluskan nanti, ia masih belum dicapai oleh minda saya.... setakat ini la..
Sepatutnya isu ini diselesaikan wacananya pada peringkat asas sblm cadangan pindaan... Hanya setelah mendapat pencerahan dan peluang utk dibentangkan dalam parlimen, maka teruskan krn tindakan pas bukan satu kesalahan hukum dan dibenarkan oleh demokrasi... Pedulikan suara2 yg mewakili ijtihad lain yg valuenya tidaklah tinggi pun daripada ijtihad Pas... Ijtihad pas adalah lebih praktikal daripada 'ijtihad-ijtihad' lain yg hanya bertaraf komentar, cadangan, jawapan soalan kuliah maghrib dll...
Satu kesilapan kecil Pas dalam hal ini, apabila melayani komentar2 org atau ilmuan bebas secara selektif... mungkin krn mereka ini mempunyai ramai followers dan Pas khuatir komentar itu memberikan pengaruh... Lain kali, lebih baik Pas dapatkan pandangan figura bebas lain yg tidak mempunyai kontroversi tetapi dihormati oleh umum....
Pas jangan lemah utk menjawab 'Undang2 Islam itu adil dan perlu dilihat adil'... Kerana syariat Islam sememangnya adil dan untuk kelihatan adil, ia memerlukan kuasa politik utk mempastikan keadilannya... Hanya umno/BN saja yg boleh menampakkan Islam itu adil... tetapi parti itu enggan menunjukkan kesemua keadilan Islam kecuali dalam sistem kewangan dan infrastruktur ibadah.
Dalam hal ini, Pas hanya berupaya utk menonjolkan nilai2 keadilan dalam peringkat kognitif/tasawwur/mental attitude masyarakat... seperti mana dahulu, org2 Paslah yg mendauhului penjagaan aurat dan batas2 pergaulan bukan mahram..ketika mana wanita2 parti kerajaan masih bersanggul tinggi.. yakni zaman kebangkitan Islam lewat 1970. Hari ini tudung menjadi industri fesyen.
Selagi sebagai pembangkang, Pas tidak perlu mendapatkan 100 peratus sokongan ilmuan di Malaysia... cukuplah dgn sokongan akademik dan ilmuan Islam yg takhassus benar dalam perundangan Islam dan Malaysia... Bak kata al-Maududi ketika diminta pandangannya apakah bentuk Perlembagaan Islam utk negara Pakistan?.. Beliau menjawab, menggubal perkara besar itu sebelum kita (jamaat islaami) berkuasa hanya membuang masa dan menimbulkan khilaf bagi sesuatu yg tidak praktikal...
Mana2 rakyat termasuk ilmuan agama yg mahukan 'undang2 Islam dilihat adil' oleh ijtihad Pas adalah MENGARUT dan TIDAK BERASAS .. Kerana tanpa kuasa di peringkat federal, selama2nya keadilan Islam hanya terpendam dalam nas syarak dan huraian fuqaha...
ان الله ليزع بالسلطان ما لا يزع بالقران
(Ucapan Khalifah Uthman : Kekuasaan politik dapat mencegah banyak perkara haram yg tidak dapat ditegah oleh al-Quran)...
Bayangkan, masa pemerintahan Umar al-Khattab yg dilihat adil dan saksama pun, ada sekumpulan manusia bengong (ekstrem) menemui beliau untuk kritik betapa banyak lagi tuntutan syariah yg 'diabaikan'nya... Inikan pula Pas yg hanya ahli Parlimennya tidak sampai 30 kerusi!
الله المستعان ...
*Status ini cuba utk memberikan nafas positif kpd Pas yg sentiasa dimangsai oleh org sekeliling...
Tajuk awal posting :> Pas jangan Terlalu Merendah Diri Dalam Hal Khilafiyyah... Kelak Makan Diri!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej