Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, October 30, 2016

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ‘menolak kelulusan’ Menteri Besar Perlis

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ‘menolak kelulusan’ Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man membenarkan satu majlis penerangan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 di negeri itu baru-baru ini.

Majlis itu dirancang oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) negeri Perlis pada 22 Oktober lalu tetapi terpaksa dibatalkan kerana Mufti mahu program berkenaan ditukar dan tidak menjurus kepada penerangan RUU355.

Menurut sumber memberitahu Watan Online difahamkan program itu menjemput, Prof Datuk Dr Mahamad Naser Disa selaku ahli panel.

NGO terbabit kesal dengan sikap Mufti Perlis itu melarang penganjuran sesi penerangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang bertujuan memberi kefahaman kepada umat Islam di Perlis.

Menurut sumber itu lagi satu pertemuan telah diadakan dengan Mohd Asri berlangsung antara wakil NGO dan Exco agama negeri Perlis. Selepas mendengar penjelasan mengenai program itu, Mufti Perlis berkenaan mahu program penerangan RUU355 itu ditukar.

“Begitu juga beliau tidak mahu ahli panel yang terbabit dalam program itu. Amat malang Exco agama tidak dapat berbuat apa walaupun program itu telah mendapat kelulusan Menteri Besar terpaksa dibatalkan kerana arahan serta kuasa mufti itu.

“Amat sedih Perlis mendapat Mufti sebegini. Usaha memartabatkan Islam dihalang kerana ada pihak tidak sehaluan dengan ideologinya,” kata sumber itu.

Watan Online dimaklumkan tindakan Mohd Asri itu bukan perkara luar biasa, malah, beberapa kali Mufti Perlis itu mengeluarkan kenyataan yang menolak pelaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS.

Malah, dalam isu RUU355 ini, Mufti Perlis itu dilihat lebih ‘senada’ dengan DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan PKR yang konsisten menolak RUU persendirian itu.

oleh: Haspaizi Mohd Zain
Watan-online.com

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej