Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, October 11, 2016

Sebelum ujudnya PAN... kita tak banyak masalah... masuk ja PAN , terus jadi masalah !

Sebelum ujudnya PAN... kita tak banyak masalah... masuk ja PAN , terus jadi masalah !

Mcm tu juga di timur tengah... umat islam tengah bermasalah dengan syiah !

***********************************

PETALING JAYA: PAS hari ini berkata tidak timbul isu satu-lawan-satu memastikan pembangkang menentang Barisan Nasional (BN), selagi Amanah tidak bertanding di kawasan di mana calon PAS bertanding.

“Masalahnya, Amanah masuk juga pertandingan itu. Kalau Amanah tidak masuk, bermakna kita akan ada ‘straight fight’,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kepada FMT.

“Untuk mengharapkan PAS keluar, memang tidak boleh kerana itu memang kerusi kita. Kalau itu kerusi PKR atau DAP sudah tentu kita tidak masuk, seperti di PRK Teluk Intan,” katanya.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sebelum ini meluahkan rasa tidak yakin pertandingan satu-lawan-satu pada PRU boleh direalisasikan selagi PAS tidak melihat BN sebagai musuh utama.

Bekas pemimpin PAS itu menganggap PAS tidak mempunyai masalah sekiranya BN terus membentuk kerajaan.

Takiyuddin bagaimanapun menolak dakwaan PAS mesra dengan BN, sebaliknya berkata mereka masih bermusuh walaupun parti Islam itu enggan menyertai perhimpunan Bersih 5 pada bulan depan bagi menggesa pengunduran Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, PAS masih kekal parti pembangkang dan ini dibuktikan apabila ia bertanding menentang BN dalam 2 pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Parti kerajaan adalah musuh utama kita termasuk Umno. Jika tidak, kita tidak jadi parti pembangkang, kita jadi parti mesra Umno atau parti bersama pemerintah.

“Bermula dari awal penubuhan PAS, kita tidak pernah menyertai kerajaan kecuali semasa tahun 1974. Selepas itu kita jadi parti pembangkang, sama ada kita bertanding solo atau bersama parti lain,” kata Takiyuddin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej