Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, October 9, 2016

Surat terbuka kepada Husam

Surat terbuka kepada Husam

Assalamualaikum.. saya sebenarnya malas untuk mengambil tahu soal YB Dato Husam Musa ADUN Salor , tetapi kerap sampai ke telinga saya bahawa YB Dato Husam Musa , kerap kali menyebut soal saya di setiap ceramah beliau.. dengan terang dan jelas , saya hairan mengapa Dato Husam begitu berminat untuk menjadikan saya sebagai satu isu, sedangkan saya tidak mempunyai jawatan apa pun di dalam parti atau kerajaan. Saya hanya orang business.. kalau pon Dato Husam Musa berkehendak sangat nak rampas kelantan , itu urusan Dato HM dengan kerajaan , tak perlu nak libatkan saya. Segala perbuatan Dato HM menjejaskan periuk nasi saya .. sekiranya Dato HM tidak berpuas hati dgn kelulusan yg saya dapat, sila rujuk kepada SPRM dan badan yang berkaitan , tak perlu Dato duk berkokok sana sini menghabiskan air liur , baik Dato bykkan istifar dapat jugak pahala. Atau Dato HM menggelabah dgn pertanyaan sy berkenaan Tan Sik keong ?? Saya hanya bertanya , tak perlu nak menggelabah . Itu hanya satu soalan sahaja dato sudah seperti cacing kepanasan .. Ramai org menasihati saya utk tidak teruskan menjawab apa yg YB Dato katakan tetapi Dato sepertinya terus - terusan menyerang saya . Saya kesian dgn Dato sebenarnya,  apalah Dato nak hairankan sangat dgn saya . SAYA SEKOLAH setakat darjah 6 sahaja .. Dato HM , kalau ada yg mengkritik , ugut nak bawa ke mahkamah .. tapi Dato HM sendiri sibuk menjaja perihal saya , sampai ke kedah jauh sekali cerita saya Dato Bawa.. Saya tak KISAH kalau Dato HM nak serang saya tapi Dayus bila libatkan keluarga saya .. Keluarga saya , tak berkaitan dengan hal ini , disebabkan hal ini mereka turut terjejas , ayah saya sedang dalam keadaan tidak berapa sihat , dek kerana duk fikir soal saya .. dengan kesihatan yg tidak stabil. Cuba bukok mata hati tu , anok mano buleh tengok ayah dia sakit sebab sedih memikirkan perihal anak .. Kalau Dato x puas hati sangat sila kerah anok2 buah Dato tu , bawak kes ni ke mahkamah sebab saya pohon kawasan balak mengikut saluran yang betul tidak melibatkan rasuah , dan mengikut prosedur yang ditetapkan.. Ini adalah peringatan terakhir saya utk YB DATO ADUN SALOR sekali lagi Dato menyerang @ menyindir saya dalam ceramah Dato HM saya akan tamatkan karier politik YB Dato dengan soalan - soalan panas yg boleh menggegar dan menggoncang arena politik Tanah air. Jangan ambil kesempatan selama saya berdiam diri , mata mungkin terpejam tapi tak beerti ia tidur .. tak dinafikan kita manusia tak lepas dari kesalahan kita BUKAN malaikat tak pernah buat dosa . Saya tidak mahu teruskan menyerang isu yang melibatkan intergriti . Saya nasihatkan Dato HM kalau nak tawan kelantan , tawan dulu hati rakyat kelantan , tawan dulu hati pengundi DUN Salor, tak perlu buang masa dengan isu saya, masih banyak isu lain yg boleh Dato HM ketengahkan perihal kesusahan rakyat . Salam hormat dari saya

Hamba Allah

Ali Omar 8/10/2016

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej