Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, October 1, 2014

Hanya UMNO saja yg layak perintah ?

Ada sahabat dari UMNO bertegas, hanya UMNO saja yg layak perintah, Kalau Malaysia ini diberi kepada pembangkang, hancurlah Malaysia tercinta ini !

Kami pula menegaskan, siapa saja layak memerintah asalkan dia diberi mandat dan kepercayaan. Tapi malangnya kita tiada ketelusan. Ruang kempen yg berat sebelah. Media Utama dimonopoli oleh pehak pemerintah. Pandangan Pembangkang hanya boleh diluahkan di padang padang, akhbar sendiri (tapi dikawal ketat oleh kerajaan), di ruang cyber dan kedai kedai kopi.

Padahal pehak kerajaan bebas sebebasnya menggunakan media nasioal 24 jam sehari. Media ini dibiayai oleh siapa kalau bukan dari poket semua rakyat jelata ?
Kaya sangatkah BN/UMNO ? Kalau tiada rakyat yg menyumbang dlm bentuk cukai dan sebagainya, bolehkah kerajaan meneruskan "hidup" mereka ?

Semasa PRU, berjuta juta malah berbilion pehak kerajaan menggunakan peruntukan untuk berkempen samada dlm ceramah, media dan sogokan terus kepada rakyat ??!?

Dari mana duit itu datang kalau bukan dari kocek rakyat jelata yg mana rakyat ini terdiri dari penyokong kerajaan dan juga penyokong pembangkang. INIKAH KONSEP KEADILAN YG DIAMALKAN ?

Bukankah kita semua orang Malaysia?
BN orang Malaysia dan PR orang Malaysia. 
Jadi, kenapa mesti Rakyat Malaysia "Dipaksa" mengundi BN, baru ada "keamanan" ??????

Apa yang penting adalah bahawa sebuah negara harus ada kerajaan (pemerintah) dan pembangkang supaya tidak ada hanya satu pihak yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.

Sekiranya PR membentuk Kerajaan Persekutuan menerusi PRU, BN akan menjadi pembangkang. Maka, tidak menjadi persoalan besar kerana tetap demokratik.

Jangan kita lupa bahawa masih ada banyak lagi isu penting untuk difikirkan dan diselesaikan berbanding memikirkan parti mana yang memerintah negara !

Harus dinyatakan bahawa persoalan utama di sini bukan mengenai “perebutan kuasa” antara BN dan PR. Sebaliknya, kuasa dan hak Rakyat untuk melakukan perubahan serta menuntut sebuah kerajaan yang benar-benar bekerja untuk Rakyat.

Jangan sampai politikus terlalu leka dan menganggap mereka adalah “bayangan Tuhan” dan perlu disembah oleh Rakyat.

Rakyat adalah pihak yang sebenarnya memiliki kuasa, jangan pula ada pihak yang mengandaikan bahawa Rakyat boleh menuntut apa sahaja daripada pemerintah.

Rakyat juga adalah ahli politik yang menentukan budaya dan gaya politik di Malaysia

Walaupun wujud BN dan PR, ramai yang terlupa peranan Rakyat. Malah, khabarnya sekarang ada Rakyat yang mengambil kesempatan daripada Wakil Rakyat dengan menuntut perkara-perkara yang tidak masuk akal dan membebankan Wakil Rakyat

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej