Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, October 24, 2014

Jauhilah dosa fitnah dan mengaibkan mukmin

Jauhilah dosa fitnah dan mengaibkan mukmin. Walau perbuatannya sungguh sekalipun, ia tetap berdosa.. apatah lagi ianya bukan benar !!!



Pemfitnah akan muflis di akhirat
Ramai yang menganggap memfitnah itu hanya satu perbuatan kecil seperti berbohong atau menipu tetapi memfitnah dan kemudian menyebarkan kepada orang lain sehingga jatuh maruah orang yang difitnah sudah tentu besar dosanya.
Fitnah adalah mengada-ngadakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar. is berpunca daripada khabar angin atau gambaran dan bukannya berdasarkan perkara sebenar.
Hadis oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tahukah kamu apa itu fitnah? Para sahabat berkata: "Allah dan Rasulnya lebih mengetahui." Rasulullah s.a.w berkata lagi, memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Muslim) ketika dia tidak ada dan yang dia tidak suka. ditanya "Wahai Rasulullah jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang Muslim, apakah yang harus aku katakan?" Baginda menjawab, "Jika apa yang dikatakan itu benar, perbuatan itu adalah mengumpat." - Hadis sahih Riwayat Muslim
Walaupun dosa memfitnah adalah diantara manusia dengan manusia, namun ia tetap tidak diampunkan oleh ALLAH kecuali orang yang difitnah itu mengampunkan orang yang memfitnah.
Namun pada hakikatnya, perbuatan memfitnah amat dicela kerana boleh menjerumuskan kepada perpecahan dalam masyarakat sekali gus boleh terhindar daripada memasuki syurga.
Hadis oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w menegaskan, "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah."
Dosa menyebarkan fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebarkan fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Dalam Islam, meskipun sesuatu berita itu benar tetapi jika pemililk cerita tidak mahu ia disebarkan, ia tetap tidak boleh disebarkan. Jika disebarkan juga ada kemungkinan berlaku fitnah. Jika menyebarkan berita benar dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Untuk memastikan tidak berlaku fitnah, sebelum berceita kepada orang mengenai sesuatu perkara sebaik-baiknya pastikan sumber berita itu diperolehi. Kita perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.
Kita tentu tidak lupa pada sejarah kematian khalifah ketika kerajaan Islam di Madinah iaitu Usman Affan yang berpunca daripada fitnah dan disebarkan oleh kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Sayidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah.
Pesanan Rasulullah s.a.w, Islam melarang keras perbuatan fitnah dan menyebar khabar angin dan golongan penyebar maklumat palsu itu dijanjikan Allah dengan balasan azab yang amat pedih.
Maksud firman Allah s.w.t dalam surah an-Nur, ayat 19, yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksa tidak terperi sakitnya di dunia san akhirat. Ingatlah, Allah lebih mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahuinya."
Ayat di atas diturunkan setelah peristiwa yang menimpa Rasulullah s.a.w apabila isteri baginda, Aisyah dituduh melakukan hubungan tidak baik dengan sahabat bernama Safwan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej